Thursday, November 12, 2009

Bala Atau Ujian?

Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Dalam hidup ini, kita sering berhadapan dengan pelbagai masalah. Tidak
kiralah sama ada masalah di dalam pekerjaan mahupun berkaitan dengan
kekeluargaan atau apa juga masalah. Ada kalanya masalah itu terlalu kecil
dan tidak langsung membebankan pemikiran kita. Namun acap kali juga datang
masalah yang besar yang hinggakan kita mula terasa beban dan terasa
bagaikan bala sedang diturunkan ke atas diri kita.

Persoalannya, benarkah ianya bala? Atau sebenarnya sekadar ujian? Dan
soalan seterusnya, apakah itu bala dan apakah pula itu ujian? Dan apakah
perbezaan di antara keduanya? Jawapannya adalah mudah. Sebab bala dan ujian
adalah dua perkara yang sama. Apa saja yang merupakan bala boleh dianggap
ujian dan begitulah sebaliknya. Yang membezakannya adalah cara penerimaan
kita.

Sebagai contoh, seperti yang saya ceritakan dan posting sebelum ini, kereta
saya terbabit di dalam kemalangan pada 29 September yang lepas. Pada
kejadian tersebut, saya boleh memilih sama ada hendak menganggap ianya
sebagai sebuah bala atau bencana yang Allah turunkan buat saya. Atau
sebaliknya, jika saya hendak menganggap ianya sebuah ujian dari Allah juga
tidak menjadi masalah dari segi istilahnya.

Namun, reaksi yang bakal terhasil oleh kita adalah berbeza mengikut
penterjemahan kita ke atas kejadian tadi. Sebagai contoh, sekiranya saya
menganggap kemalangan itu sebagai sebuah bala, sudah tentu yang akan
terhasil di dalam hati saya adalah kekecewaan dan rasa penyesalan. Sudah
tentu saya akan jadi tertekan. Malah, pada satu tahap, mungkin juga saya
boleh menyalahkan Tuhan.

Mungkin saya boleh berkata, "Aku dah mulakan perjalanan dengan doa menaiki
kenderaan pun accident juga!" atau "Apalah dosa aku sampai jadi macam ini
sekali...". Kedua² pengucapan tersebut, yang terhasil daripada tanggapan
bahawa kejadian kemalangan itu adalah bala dari Allah jelas sekali
menjejaskan iman. Sebagai seorang muslim, tidak wajarlah untuk saya berucap
sebegitu.

Namun saya juga punya pilihan untuk menerima kemalangan itu sebagai ujian
yang Allah turunkan buat saya. Dengan beranggapan begini, saya boleh
memujuk hati yang terluka dengan berbagai 'pujukan' yang manis. Saya boleh
menganggap ujian ini Allah turunkan demi untuk meninggikan darjat saya.
Juga boleh menganggap bahawa ini adalah satu cara untuk Allah mengurniakan
pahala yang lebih untuk saya dan berbagai 'pujukan' yang lain.

Amat nyata, bagaimana penerimaan kita terhadap sesuatu kejadian yang
menimpa diri kita mampu mengukuh atau melemahkan kedudukan iman kita. Dan
pada pengamatan saya sendiri, adalah lebih baik untuk menganggap setiap
kejadian itu sebagai ujian dari Allah daripada menganggapnya sebagai bala.
Kerana, sebagaimana seorang yang sedang mengambil peperiksaan, ujian hanya
akan membuatkan kita lebih berhati².

Pun begitu, adalah tidak mustahil jika kejadian ini sememangnya Allah
turunkan sebagai balasan atas kesilapan dan dosa yang saya lakukan. Tidak
mustahil juga jika Allah sebenarnya hendak memberikan saya amaran dan
peringatan agar lebih berhati² dan lebih berwaspada. Sesungguhnya, apa juga
yang tersirat di sebalik kejadian itu, Allah lebih mengetahui segala²nya.
Cuma yang ingin saya tekankan di sini adalah, reaksi atau cara penerimaan
kita apabila terjadi sesuatu kejadian yang tidak kita ingini berlaku
memainkan peranan penting dalam pertumbuhan iman kita. Sekiranya cara
penerimaan kita betul, maka insyaAllah iman kita akan membesar dengan lebih
sihat dan bertenaga dan begitu jugalah sebaliknya. Penerimaan yang salah
boleh membunuh iman kita.

Tidak sampai seminggu kereta saya kemalangan, ketika saya sedang membeli
tiket bas untuk kembali bekerja, saya telah tersilap langkah dan akhirnya
kaki saya tergeliat di Terminal Bas Larkin. Saya pulang ke rumah dalam
keadaan berdengkot. Kemudiannya saya meminta ayah saya untuk tolong urutkan
bagi mengurangkan kesakitan. Apa yang terjadi, bengkak semakin membesar dan
kaki saya mula kelihatan biru.

Ketika masuk waktu solat Asar, saya sudah mula menjadi malas untuk ke
masjid. "Kaki sakit ni... Macam mana nak berdiri..." Bisik hati saya.
Hampir² juga iman saya tertewas. Jika difikirkan, ya! Mengapa harus saya ke
masjid? Bukankah Allah yang memberikan kesakitan ini kepada saya? Jika
Allah mahu saya ke masjid, mengapa Allah tidak jadikan saya sihat sahaja
sepanjang masa?

Tetapi Alhamdulillah, seketika kemudian iman saya bangkit semula. "Ah...
Tidak. Ini adalah sebahagian dari ujian Allah. Aku mesti ke masjid. Pahala
lebih kalau pergi berdengkot begini... Pahala lebih..." Jadi saya pergi
juga ke masjid dalam keadaan sedemikian. Dan, pada waktu Maghrib, ketika
hendak menghidupkan enjin motorsikal entah macam mana motorsikal saya telah
tumbang ke sebelah kanan.

Yang sempat saya lakukan hanyalah menurunkan kaki untuk menahannya daripada
terjatuh. Tanpa disangka², ketika itu terdengar bunyi 'kelekuk' pada kaki
saya dan serta merta, kesakitan yang saya alami berkurang dengan banyaknya.
Alhamdulillah. .. Sesungguhnya Allah itu Maha Hebat. Siapa tahu, kerana saya
berkeras hendak ke masjid walaupun sakit kaki, rupanya dengan cara itu
Allah menyembuhkan kaki saya. AllahuAkbar. ..

Ketika ini, jika hendak dikira, ada banyak masalah yang sedang menghantui
saya. Tetapi saya telah mengambil keputusan untuk menerima setiap masalah
ini sebagai ujian dari Allah. Bukan sebagai bala. Dan saya amat percaya,
setiap kali Allah ciptakan masalah, maka Allah telahpun menyiapkan jalan
penyelesaiannya. Hanya terpulang kepada kita untuk mencarinya dengan usaha
yang kita tentukan sendiri.

Saya juga yakin, sentiasa ada orang yang punyai masalah yang jauh lebih
berat dari masalah yang saya hadapi. Sesungguhnya Allah amat² menyintai
setiap hambaNya. Dan tidak mungkin Allah akan menyiksa hambaNya yang
dikasihi. Saya percaya, ujian yang Allah berikan adalah sebagai satu
peluang untuk kita merebut kasih sayangnya. Barangsiapa yang berjaya dalam
ujian tersebut, insyaAllah akan lebih dikasihi olehNya kelak.

Sama ada bala atau ujian, ianya perkara yang sama. Terpulang kepada kita
untuk menilaikannya berdasarkan iman yang kita ada. Kita boleh hidup dengan
terus menyesali dan menyalahkan taqdir namun ianya tidak akan mengubah apa
pun yang telah terjadi. Sebaliknya, sekiranya kita menganggap ianya sebagai
satu ujian, kemudian menerimanya dengan redha dan dengannya kita mengambil
pengajaran, insyaAllah di sana kelak akan pasti ada balasan kebaikan yang
tidak ternilai dengan apa yang mampu kita bayangkan.

Itulah berkat kesabaran, insyaAllah.. ...

Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang tidak
baik adalah akibat kelalaian saya sendiri.

Wabillahitaufiq walhidayah.

Wassalamualaikum warahmatullah…

Petikan Drpd:
-Abu Naqibah-
Komen dan kritikan membina dialu2kan. Email saya di AbuNaqibah@gmail. com
atau lawati
http://abunaqibah. blogspot. com/

Wednesday, November 11, 2009

Jika Tak suka Pulangkan

Sebuah kisah untuk renungan kita bersama.
Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah.
Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj.

"Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

"Aimin bawa adik ke belakang."

Arahnya pada anak yang sulong. Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya.

Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.

"Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.

"Fail saya kat depan tu mana?"

"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."

"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi."

Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.

"Laila…" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

"Saya nak ke out station minggu depan."

"Lama?" Soal Laila.

"Dalam seminggu."

"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"

"Budak-budak? "

"Ikut jugalah."

"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana. Tengok masa kat Legacy dulu tu…"

"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila.
Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

"Bolehlah Pa! Lama sangat kita tak ke mana-mana."

"Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,Muktamad! "

Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"

"Manalah saya ada masa.."

"Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!"

Dia tersentak dari khayalannya.

"Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya.
Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..

"Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu.

"Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah."

"Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.

"Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?" Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

"Awak masak apa?"

"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"

"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.

"Keluar!"

"Mama dah masak Pa!"

"Awak saja makan!"

"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.

"Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.

"Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan."

"Abang tak suka tengok papa marah-marah. ."

"Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan?" Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris . Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa? Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

"Laila.." serunya.

"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

"Sunyi pulak rumah ni mak,"

"Lama-lama kau biasalah." Airmatanya menitis laju.

"Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."

"Tak ada lah?"

"Ingat papa ni cop duit?" Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang. Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.

"Awak tak sihat ke?"Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya. Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan.

Baju mamanya dipegang kejap.Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. " Ujar Laila perlahan.

"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana, kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni."
Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.

"Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.

"Abang!"

"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk.

"Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya.

Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.

"Laila…"

"Papa nak ke mana hensem-hensem gini?"
Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat.

"Wangi-wangi lagi. Dating ye?"

"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

"Ikut boleh?"

"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.

"Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."

"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "

"Papa pesanlah.."

"Nantilah besar sikit." Dalihnya.

"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."

"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"Laila terdiam.

"Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."

"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik."

"Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk

"Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?" Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.

"Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! "

Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..

"Kalau taksuka pulangkan," Kali ini dia benar-benar menangis.

Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga. Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya.

Laila…Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya.

Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya.

Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah.

Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.

Monday, October 26, 2009

Untuk Renungan Bersama

MIMPI SEORANG GADIS - MESTI BACA!

Bismillahirrahmanirrahim
Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) olehUstazah Noorbayah Mahmood

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis inisedang menanggung kesakitan yang amat sangat.
Lalu Rasulullahmenegurnya."Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apayang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :-"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi akutelah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku.
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.
"Aku bermimpiberjumpa ibuku di dalam neraka.Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amatdahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluarkerana kekeringan sekelip mata."
Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-duabenda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkanketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya duabenda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernahdisedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka danmenunjukkan kelebihan hartanya sahaja.Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuatberamal.

Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama."

"Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantasmenceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."

Panjang lebargadis itu bercerita sambil air matanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebutlalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. "Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadiiktibar kepada beliau dan semua umat islam.Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh".

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah.Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepadaibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH""WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGARTIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA

Terjemaahan bacaan solat yang kita baca setiap hari

Untuk renungan bersama…
Assalamualaikum wbt,
Segala puji bagi Allah , Tuhan yang menciptakan kita dari Air yang hina Sehingga menjadi bayi seterusnya menjadi manuasia. Tetapi apabila dewasa atau matang kenapa kita melawan segala Suruhan Nya .Adakah kita Tidak mengenang Budi ,Allah yang menciptakan dan dengan Rezeki yang kita dapat setiap hari dan menberikan udara utk kita bernafas setiap hari tidakkan kita berfikir atau bersyukur dengan segala anugerahNya. Jadui di kesempatan ini saya sebarkan/forwardkan Makna bacaan solat yang kita baca setiap hari…………… untuk dijadikan renungan dan ikibar yang boleh diamalkan .

Allah Maha Besar
Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat..
Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
"wahai tuhan ku,aku tak layak utk kesyurgamu ..namun tak pula aku sanggup keNerakamu... ..kami lah hamba yang mengharap belas kasihan darimu ."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Sumber: arkib taman2syurga

Kisah Ibu Yang Berdendam Terhadap Menantunya

Suzana (nama sebenar)dan razman(nama sebenar) adalah pasangan yang paling bahagia dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bersama di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas...
Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur... mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi........ .tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya.. ‘
Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya supaya mengikuti sgala kehendak nya.. Salmah adalah ibu kpd Suzana.
Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu drpd jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman & mnyimpan dendam terhadap Razman..
Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu........dengan niat utk memisahkan mereka.
Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman.
Setelah setahun berlalu mereka pan di ijab qabul kan ...... Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman...... . tapi malang telah menimpa mereka......
Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit muka nya tersiat. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan.. ....
Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya... ... tambahan mengetahui berita tentang wajah anaknya akan menjadi cacat seumur hidup.
Razman cuba utk memperbaiki keadaan..... ...Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya. Perkara ini Razman telah memohon agar doktor berjanji akan tidak menceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya.
Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.
Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu menjawab.... ..penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya berkali-kali.
............ ......... ....
Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kalai itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macamana erkkk reaksi ibu mertua



p/s:Pengajaran kepada menantu-menantu/ bakal menantu dan menhantu terhadap Mertua!!!
*HAHAHAHAHA

Awas puting bayi!

PENGGUNAAN puting bayi perlu dielakkan sejak peringkat awal lagi.
ADAKAH anak anda menggunakan puting bayi? Jika ya, anda mungkin perlu menghadapi kenyataan yang pahit hasil penemuan terkini bidang perubatan.
Kanak-kanak yang menggunakan puting bayi sebenarnya berisiko tiga kali ganda menghadapi kesukaran bercakap ketika usia mereka menjelang dewasa kelak.
Kajian saintis mendapati kanak-kanak prasekolah yang menggunakan puting bayi sekurang-kurangnya selama tiga tahun lebih cenderung mempunyai kesukaran membuat ucapan berbanding kanak-kanak yang langsung tidak menggunakan alat tersebut.
Penyelidikan tersebut turut membuktikan kanak-kanak yang menghisap jari juga menghadapi risiko lambat bercakap.
Kajian yang dijalankan sebelum ini oleh The American and Chilean adalah bagi mengetahui hubung kait antara tabiat suka menghisap ibu jari, penyusuan ibu dan penggunaan puting bayi bagi menenangkan bayi terhadap 128 orang kanak-kanak yang berumur antara tiga hingga lima tahun.
Mereka juga menggunakan ujian linguistik bagi mengenal pasti tahap normal perkembangan kebolehan bertutur dalam kalangan kanak-kanak tersebut terutama yang melibatkan sebutan dan bunyi huruf.
Menurut ketua penyelidik dari Universiti Washington, Dr. Clarita Barbosa, kanak-kanak yang menghisap jari, ibu jari atau puting bayi untuk tempoh sekurang-kurangnya selama tiga tahun akan mengalami gangguan dari segi perkembangan bahasa dan pertuturan sehingga tiga kali ganda.


BOTOL susu juga berupaya mengganggu perkembangan kanak-kanak.
Berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu sehingga mencecah usia sembilan bulan dan langsung tidak menggunakan botol susu, risiko terhadap mereka amat rendah.
"Hasil ujian ini menjelaskan bahawa lebih lama penggunaan puting bayi, kesukaran untuk bertutur akan semakin meningkat," jelas Barbosa.
Tambahnya, walaupun keputusan ini memerlukan bukti yang lebih mendalam terutama melibatkan jangka masa penyusuan ibu, orang ramai harus melihatnya sebagai langkah berjaga-jaga.
Perdebatan mengenai penggunaan puting bayi tersebut telah lama merunsingkan ibu bapa kerana sesetengah kanak-kanak amat selesa menggunakan puting tersebut bagi menenangkannya.
Doktor gigi bagaimanapun berkata, penggunaan puting bayi pada keadaan tertentu berupaya mengubah pembentukan gigi apabila digunakan terlalu lama.
Kajian itu dilakukan oleh sebuah pasukan dari de Rehabilitacion Club De Leones Cruz del Sur dan Universiti Washington. Ia diterbitkan dalam jurnal BMC Paediatrics.

Penggunaan secara berlebihan
Penggunaan puting bayi secara berlebihan, secara salah atau terlalu lama sehingga melangkaui zaman persekolahan boleh membawa kepada masalah mulut dan gigi.
Gejala-gejalanya ialah:
* Gigi beralih posisi - Gigi tertolak ke depan menyebabkan gigi bawah dan atas bahagian depan tidak bertemu dengan baik.
* Kerosakan gigi (bahagian depan) - Berlaku jika puting bayi dicelup ke dalam bahan manis sebelum dihisap.
* Bernafas melalui mulut - Anak anda mungkin akan lebih cenderung untuk bernafas melalui mulut berbanding hidung. Keadaan ini boleh menyebabkan anak mengalami masalah air liur meleleh berpanjangan.
* Masalah pertuturan dan bahasa - Anak anda mungkin tidak dapat menggunakan sepenuhnya pergerakan lidah yang diperlukan untuk menghasilkan semua sebutan dan peluang mereka mungkin lebih tipis untuk menggunakan bunyi bagi tujuan berkomunikasi.
* Menggalakkan anak berhenti menggunakannya - Kebanyakan kanak-kanak berhenti menghisap puting bayi, jari atau ibu jari pada umur antara dua dan empat tahun. Bagaimanapun, menghisapnya terlalu lama melebihi enam atau tujuh tahun (ketika gigi kekal sedang tumbuh) boleh mengakibatkan masalah gigi dan mulut

Cara jawab salam bukan Islam

Soalan:
SAYA selalu mengalami masalah di dalam pergaulan dengan rakan-rakan yang bukan Islam. Mohon penjelasan ustaz pendekatan terbaik yang disyorkan Islam seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW agar kekurangan yang ada tidak menimbulkan salah sangka terhadap agama yang suci ini akibat dari kejahilan saya.
Apa yang perlu dilakukan bila bertemu dengan sahabat yang bukan Islam, selalu kedengaran ucapan assalamualaikum tidak dibolehkan dan ucapan selamat dalam bahasa orang bukan islam tidak dibolehkan contohnya Vanakam (Tamil) Sastriakal (Punjabi) dam sebagainya?

Jawapan:
Seperti yang dijelaskan oleh para ulama di antaranya Sheikh Muhammad bin Shalih Al-Uthaimin menjawab: Mendahului ucapan salam kepada orang bukan Islam adalah haram hukumnya.
Sebab Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Janganlah kamu memulai salam kepada orang Yahudi dan Nasrani. Apabila kamu bertemu mereka di suatu jalan, maka paksalah mereka kepada jalannya yang paling sempit. (riwayat Muslim)
Tetapi apabila mereka mengucapkan salam kepada kita, maka kita wajib menjawabnya, berdasarkan kepada umumnya firman Allah yang bermaksud: Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisa': 86).
Soalnya, salam yang diucapkan oleh orang bukan Islam adalah lafaznya bermaksud baik, bukan cercaan dan bukan pula doa kehancuran seperti yang ucapkan oleh segelintir yahudi terhadap Rasulullah SAW.
Orang Yahudi mengucapkan salam kepada nabi SAW dengan ucapan: As-Samu 'alaika ya Muhammad! As-samu maksudnya kematian. Bererti mereka mendoakan mati kepada baginda. Lalu baginda menjawab: wa alaikum yang maksudnya, "dan ke atas kamu jugalah kematian".
Hari ini hampir kebanyakan orang bukan Islam fasih memberi salam. Sehingga kadang-kadang orang Islam yang mendengar menjawab secara spontan tanpa berfikir panjang akan hukumnya.
Kadang-kadang dah jawab baru perasaan yang bagi salam itu kawannya yang bukan beragama Islam.
Apabila bukan Muslim mengucapkan salam: Assalamualaikum, maka kita harus membalasnya dengan ucapan: Wa'alaikum. Perkataan beliau: Wa'alaikum, merupakan dalil bahwa apabila mereka mengucapkan: Assalamualaikum, yang bererti pada diri mereka ada keselamatan, maka kita juga membalas dengan ucapan yang sama.
Maka sebahagian ulama berpendapat apabila orang-orang Yahudi dan Nasrani mengucapkan secara jelas: As-salaamu 'alikum, maka kita juga boleh membalas dengan ucapan: Alaikum salam.
Kesimpulan jawapan ini dapat saya katakan: "Orang muslim tidak boleh memulai ucapan salam kepada bukan Muslim. Sebab Nabi SAW melarang hal itu, di samping hal itu merendahkan martabat orang muslim bila harus mengagungkan orang bukan Islam".
Orang muslim lebih tinggi kedudukannya di sisi Allah. Maka tidak selayaknya dia merendahkan diri dalam hal ini. Tetapi apabila mereka yang lebih dahulu mengucapkan salam kepada kita, maka kita boleh membalasnya seperti salam yang mereka ucapkan.
Namun di sini saya mempunyai cadangan salam diharus diucapkan kepada kawan-kawan kita yang bukan beragama Islam. Ucapan salamnya adalah: Assalamulaikum man ittaba' al-Huda' yang bermaksud: salam sejahtera ke atas mereka yang menurut (mengikut) petunjuk (Islam).
Maksudnya salam sejahtera yang diucapkan itu tertangguh sehingga dia mendapat hidayah dalam masa yang sama kita memohon hidayah daripada Allah SWT.
Salam inilah yang menjadi pembuka bicara dalam surat-surat yang dihantar oleh Rasulullah SAW kepada pembesar-pembesar negara dalam misi menyebarkan empayar Islam. Cuma di negara kita dan mana-mana negara Islam yang lain juga tidak digunakan ucapan ini.
Saya pernah mengucapkan demikian kepada seorang kawan yang bukan beragama Islam, lalu dia tanya. Apa maksudnya, dan kenapa lain?
Saya jelaskan bahawa kesejahteraan sebenarnya bagi seseorang itu ialah apabila dia menjadikan agama Islam sebagai cara hidup, dan itu satu-satunya jalan selamat bagi kesejahteraan.
Saya dapati dia berfikir panjang dan meneruskan soalan berkaitan Islam dengan penuh minat. Hari ini dia bergelar seorang muslim.
Manakala ucapan good morning dan selamat sejahtera tidaklah haram hukumnya. Kita juga tiada ucapan lain dalam uruf (suasana atau kebiasaan) hari ucapan selain itu.
Ada segelintir ulama mengharamkan ucapan salam sejahtera dan hampir sama maknanya dengan alasan orang Islam lebih mulia dan tinggi dari orang bukan Islam maka kita tidak seharusnya merendahkan diri dengan memberi ucapan kepada orang bukan Islam.
Mungkin ada benarnya dari konteks hukum tapi tidak dari konteks dakwah. Maka tidak salah dan harus kita mengucapkan salam sejahtera, very good morning dan seumpamanya, mudah-mudahan kerahmatan Islam lebih menyerlah.
Orang bukan Islam juga berhak menerima ucapan-ucapan yang baik dari orang Islam sebagai jambatan keharmonian dan kesejahteraan.

Friday, August 21, 2009

Adab Berpakaian Muslimah

1. Mesti menutup seluruh angota badan

Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nur ayat 30-31 yang bermaksud:
"Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menutuppandangan dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannyakecuali yang biasa zahir daripadanya."


"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya merekamenyekat pandangan mereka (daripada) memandang yang haram, dan memeliharakehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amatmendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan."

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandanganmereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, danjanganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya,dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; danjanganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami merekaatau bapa mereka atau bapa mentua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anaktiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara merekayang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dan orang-orang lelakiyang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan dan janganlah merekamenghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi perhiasan mereka danbertaubatlah kamu sekalian kepada Allah a.w.t. Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."


Menurut Imam Malik dan Imam Hanafi dan sebahagian besar fuqaha', maksud yang biasa zahir itu adalah muka dan tapak tangan. Pendapat itu juga disahkan oleh ijma' ulamak. Ertinya, kaum perempuan hendaklah memakai pakaian yang menutup seluruh perhiasan dirinya kecuali muka dan tapak tangan.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Ahzab 59 yang bermaksud:"Wahai Nabi! Perintahkanlah isterimu, serta perempuan yang beriman supaya mereka melabuhkanpakaian mereka bagi menutup seluruh tubuh mereka (semasa mereka keluar); cara yang demikiandikenal (sebagai perempuan-perempuan yang baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan(ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

2. Pakaian mestilah longgar, labuh serta tebal
Pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain-kain yang tidak terlalu licin dan lembut sehingga melekatdi tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian tersebut mestilah longgar dan labuh serta tebal. Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya:

“Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah saya lihat kedua-duanya itu. Pertama, kaumyang membuat tali cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang (penguasayang kejam). Kedua, perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Yang cenderungkepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar bonggol unta. Mereka tidak dapat jejakkan kaki ke syurga malah tak akan mencium bau syurga padahal bau itu tercium sejauh perjalanan begini-begini (maksud Rasulullah s.a.w dari jarak yang begitu jauh)”
- Riwayat Muslim

Dikatakan mereka itu berpakaian tetapi bertelanjang kerana pakaian yang mereka pakai itu terlalu ketathingga menampakkan bentuk tubuh badan. Kemudian kain yang digunakan terlalu nipis hingga warnakulit mereka pun jelas kelihatan.
Dari Saidatina Aisyah r.a katanya, Asma’ binti Abu Bakar masuk ke rumah Nabi dengan memakai pakaianyang nipis. Kemudian Rasulullah s.a.w memalingkan pandangannya sambil berkata:
"Wahai Asma', sesungguhnya seorang wanita apabila dia sudah baligh, tidak boleh lagi kelihatankecuali ini dan ininya."(Baginda mengisyaratkan kepada muka dan dua tapak tangannya)
- Riwayat Abu Daud

Usamah bin Zaid pula menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiahyang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Qalbi dan Rasulullah s.a.w pula menganugerahkankain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) untuk dibuat pakaian, tetapi Usamah pula memberikan kain tersebut kepada isterinya. Suatu hari, Rasulullah s.a.w bertanya kepada Usamah:
"Kenapa engkau tidak memakai kain qibtiah itu?"
Usamah menjawab:
"Saya telah memberikannya kepada isteri saya."
Lalu Rasulullah s.a.w berkata kepada Usamah:
"Suruhilah isteri mu mengalas kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya kerana aku bimbang sekiranya kain qibtiah itu tidak dialas, maka akan kelihatan besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk badan isterimu)."

3. Tiada daya memikat dan mempersonakan
Pakaian itu mestilah tiada daya memikat dan mempersonakan orang lain terutamanya kaum lelaki seperti memakai perhiasan yang berlebihan. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliah yang dahulu."

4. Tidak menyerupai pakaian orang Kafir
Dari hadis-hadis sahih, dapat difahamkan Allah s.w.t melaknat kita memakai pakaian yang menyerupaipakaian orang kafir. Dalam sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum itu, dia akan digolong ke dalam kaum itu."

5. Tidak menyerupai pakaian orang lelaki
Abu Hurairah r.a berkata yang maksudnya:
"Rasulullah s.a.w telah melaknat orang-orang lelaki yang berpakaian perempuan dan orang-orang perempuan yang berpakaian lelaki."
-Riwayat Abu Daud

6. Tidak memakai wangi-wangian
Rasulullah s.a.w melarang kaum wanita daripada memakai bauan ketika keluar dari rumah-rumahmereka. Riwayat daripada Nasa'i, Ibnu Huzaimah serta Ibnu Hibban dalam hadis sahih; Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Apabila seorang wanita memakai wangi-wangian, kemudian dia melalui satu kaum supaya mereka mencium wanginya itu, bererti dia dianggap berzina dan setiap mata yang memandangnya dianggap berzina."

Zainab Althaqafiah pula menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:
"Jika salah seorang daripada kamu (kaum wanita) keluar untuk beribadat di masjid, janganlah memakai bau-bauan."

Dari hadis ini, sedangkan kaum wanita dilarang keras memakai bau-bauan untuk ke masjid maka apakah hukumnya memakai bau-bauan bagi wanita yang akan keluar berjalan-jalan di bandar, ke pejabat dan sebagainya. Tidak syak lagi tentulah lebih utama diharamkan dan lebih besar pula dosanya.

Wednesday, August 12, 2009

Amalkan sikap membelai pasangan

Oleh ZUHAYATI YAZID


Jadikan pasangan sebagai rakan karib yang boleh berkongsi suka duka yang berlaku pada diri masing-masing.

--------------------------------------------------------------------------------



PERKAHWINAN adalah manifestasi cinta antara pasangan kekasih. Namun ironinya cinta di alam rumahtangga bukan sandaran yang kukuh untuk satu hubungan yang kekal hingga ke hujung nyawa.

Ia menagih begitu banyak pengorbanan, pengertian serta yang paling utama ialah kejujuran.

Dalam usaha memberi kefahaman itu kepada pasangan suami isteri seharusnya sikap kerjasama dan tolak ansur adalah penting dalam melayari hubungan rumah tangga.

Selain aspek kasih sayang, tanggungjawab, kewangan dan hubungan seksual juga mempengaruhi kebahagiaan hidup rumah tangga

"Setiap perhubungan mesti ada kerjasama, baru hidup berkekalan.

''Malah sikap terbuka dalam hubungan termasuk seks amat penting untuk mengekalkan hubungan."

Demikian menurut Perunding Psikologi dan Klinikal dan ahli fakulti Northwestern University Feinberg School of Medicine, Amerika Syarikat, Dr. Huang Wei Jen semasa memberi ceramah mengenai keintiman dan kebahagiaan pasangan dalam melayari rumahtangga.

Katanya, masalah intim dapat dilihat menerusi pelbagai aspek. Ia mungkin di sebabkan oleh masalah psikologi, rohaniah dan kebatinan serta tindak balas fizikal yang membuatkan kita memerlukan hubungan intim dalam perhubungan.

Jelasnya, intim di sini bukan bermaksud melakukan hubungan seksual, tetapi cara berinteraksi dan tindak balas dalam sesebuah perhubungan.

''Yang paling utama kita sebagai pasangan perlulah berkongsi hidup sama ada dari segi intelektual, sosial, emosional, kerohanian dan kebatinan serta fizikal.

Begitu juga dalam memenuhi kehendak seksual, suami harus memainkan peranan dalam memastikan hubungan itu saling memberi kepuasan bagi kedua-dua pihak.

"Jadi, dalam mendapatkan kenikmatan itu, suami isteri harus bersama-sama bertanggungjawab memberi kepuasan," katanya.

Menurut Wei Jen, seks merupakan salah satu kehendak manusia yang perlu bagi tujuan murni iaitu meneruskan kesinambungan zuriat dan untuk pasangan menikmati hubungan manis dalam satu ikatan yang sah.

''Namun jangan jadikan seks segala-galanya dalam perkahwinan semata-mata tetapi suami harus memberi keutamaan dalam perkara yang lain dalam meneruskan bahtera tersebut.

Bercerita tentang tanggungjawab, suami sebenarnya mempunyai kuasa yang cukup besar, tidak semata-mata memberi nafkah batin, tetapi sebagai ketua atau pemimpin dalam sebuah keluarga.

Tanggungjawab kepimpinan dalam sebuah rumahtangga ada kaitan dengan pemberian nafkah batin dan zahir, sifat kekuatan jasmaniah, azam, keberanian, kesabaran dan berpandangan jauh dalam sebuah rumahtangga.

Katanya yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang psikologi klinikal, dalam melayari sebuah rumah tangga, pasangan digalakkan supaya sentiasa menjalin hubungan mesra, saling faham memahami dan sentiasa berbincang antara satu sama lain.

Lebih menarik, dalam meneruskan hubungan, sikap membelai-belai antara satu sama lain perlu diamalkan dalam hubungan suami isteri.

Malah pasangan juga digalakkan untuk berterus terang mengenai semua perkara.

''Sememangnya kita tidak mahu badai besar merempuh rumah tangga kita, oleh itu hanya melalui sikap berterus terang dan bersemuka adalah cara yang paling tepat.

''Berterus teranglah dengan pasangan kita, malah jadikan pasangan kita sebagai kawan karib kita yang boleh berkongsi suka dan duka yang berlaku pada diri kita.

''Apa jua krisis yang dihadapi, harungilah sebagai satu unit dan bukan secara individu,'' katanya.

Malah akuinya lagi, buatlah keputusan bersama dalam meneruskan bahtera perkahwinan.

Tambah Wei Jen, prinsip ini pernah memberi impak yang tinggi dalam rumahtangganya sendiri.

Komitmen yang mempersetujui sesuatu keputusan akan memaksa pasangan untuk bercerita secara mendalam dengan pasangan.

Namun jelasnya, ketidakupayaan suami isteri berkomunikasi secara efektif adalah punca menyebabkan timbul pelbagai masalah seperti buruk sangka di antara satu sama lain.

''Oleh itu, kurangkan sikap sering bergaduh, saling tidak mempercayai dan salah sangka antara pasangan,'' ujarnya.

"Sebenarnya komunikasi antara suami isteri merupakan satu proses yang bermula dari dalam diri individu itu sendiri.

"Melalui komunikasi, suami isteri boleh menyampaikan segala maklumat terpendam, impian, hasrat dan harapan.

''Malah dengan cara ini, ia akan mengurangkan perasaan salah sangka dan dendam yang boleh menghancurkan hati.

''Komunikasi berkesan akan melahirkan rasa intim antara suami isteri dan perasaan ini boleh mencetuskan rasa bahagia,'' tambahnya.

Jelasnya, hanya melalui perkongsiaan bersama, ia mampu menyelesaikan permasalahan.

''Cuba amalkan sebelum tidur, bercerita dan berkongsi dengan pasangan mengenai kejadian yang berlaku pada diri anda hari ini.

''Pastinya ada komen dan juga pandangan antara satu sama lain, malah ia juga boleh menghangatkan lagi perhubungan tersebut,'' akhiri ceramahnya pada hari itu.

Aura cinta sebentuk cincin


Oleh NOOR FAZRINA KAMAL


Cinta sejati akan terus bersemi selama-lamanya,
cincin menyatukan dua hati menjadi satu.
Cincin di jari manis pengantin perempuan lambang cinta sejati.
Ibu jari mewakili ibu bapa,
Jari telunjuk mewakili adik-beradik,
Jari tengah mewakili diri sendiri,
Jari manis mewakili pasangan,
Jari kelengkeng mewakili anak-anak.
PETIKAN puisi nukilan pujangga Inggeris tidak bernama ini menjawab persoalan mengapa cincin dipilih untuk disarungkan pada jari manis pengantin perempuan.


Jari manis yang mewakili pasangan adalah tempat paling ideal untuk meletakkan sesuatu yang bermakna dalam perhubungan - berharga seperti sebentuk cincin.

Cincin juga ibarat kuasa yang menyatukan dua hati insan yang melafaz janji untuk setia sepanjang hayat.
Walau ada pasangan yang inginkan kelainan dengan menggunakan barang kemas lain seperti rantai atau gelang tangan, tidak akan sama nikmatnya seperti menyarung cincin pada jari manis si isteri.

Dalam kebanyakan adat, cincin diberikan sebagai tanda perkenalan, pengikat (pertunangan) serta perkahwinan. Bagi masyarakat Melayu pula, cincin seperti sudah menjadi item 'wajib bawa' semasa majlis merisik dan pertunangan.

Bagaimana hebat pun hantaran 'serba berdiri', aura cincin dalam majlis perkahwinan tetap relevan.
Namun jangan pula asyik kaitkan cincin dengan tanda dimiliki seseorang. Ini kerana wanita membeli cincin bukan hanya kerana mereka ingin berkahwin atau bertunang, tetapi mereka juga mahukan lebih keyakinan dalam penampilan.

Bagi kebanyakan orang Melayu, mereka lebih sukakan cincin emas kuning. Ada yang memberikan alasan kerana ia lebih menyerlah dan emas kuning juga diibaratkan seperti pelaburan jangka panjang yang menguntungkan berbanding emas putih.

Namun jika kita perhatikan trend hari ini, semakin ramai pasangan yang memilih emas putih sebagai cincin perkahwinan mereka untuk nampak lebih muda dan bergaya.

Pilih cincin ibarat memilih pasangan hidup?

Memilih cincin adalah satu proses yang tidak kurang pentingnya sama seperti memilih seseorang menjadi pasangan hidup.

Ini kerana sebentuk cincin yang dipilih untuk majlis perkahwinan akan kekal dan nilainya tidak akan sama dengan mana-mana cincin yang dibeli sebelum atau selepas detik bersejarah tersebut.

Ketua pereka bentuk cincin Tomei, Rizna Md. Aros berkata, faktor itulah juga yang menjadi cabaran setiap kali menghasilkan rekaan terbaru untuk jenama barang kemas tempatan itu.

"Sebelum mengilhamkan sesuatu rekaan saya perlu mendalami konsep dan meletakkan sepenuh jiwa pada rekaan yang akan dihasilkan untuk memuaskan hati," jelasnya pada satu temu bual eksklusif sempena Pameran Ekstravaganza Perkahwinan Tomei yang berlangsung di Pusat Membeli Belah One Utama, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Rizna berkata, cabaran utama yang sering dihadapi bersama ahli kumpulan perekanya ialah untuk menghasilkan rekaan yang memuaskan hati pasangan yang bakal mengikat tali pertunangan atau pernikahan.
"Sebenarnya reka bentuk cincin ini amat subjektif. Ia bergantung kepada pendapat individu yang biasanya mudah terpengaruh dengan rekaan dilihat di majalah atau Internet.

"Jadi sebagai pereka kami membangunkan rekaan hasil daripada cita rasa itu. Ia bukan bermakna kami meniru sebaliknya kami juga punya idea sendiri dan mengadunkan dengan selera tempatan.

"Dari segi bentuk pula memang ramai gemarkan yang ringkas tapi tak kurang juga sukakan sesuatu yang hebat dan besar. Oleh itu dalam satu konsep yang telah dipilih kami hasilkan pelbagai reka bentuk demi memenuhi cita rasa pembeli yang pelbagai," jelasnya.

Sejak menyertai Tomei lebih lima tahun lalu, Rizna melihat perubahan pemilihan bakal pengantin yang kini lebih berminat kepada emas putih.

Pada pendapat beliau, ia mungkin hasil pengaruh masyarakat Barat di mana mereka lebih cenderung memilih emas putih berbanding emas kuning.Beliau yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang reka bentuk barangan kemas mengakui ilham bagi menghasilkan sesuatu rekaan biasanya datang apabila dimaklumkan mengenai konsep yang mereka mahukan.

"Inspirasi lahir daripada pemerhatian. Rekaan menjadi mudah apabila pereka diberitahu tentang konsep. Contohnya kami diminta menghasilkan cincin kahwin, maka apabila diberitahu tentang konsep bunga seperti ros maka kami akan bangunkan rekaan daripada bentuk tersebut.

"Selepas menggabungkan idea dan meluahkan imaginasi dalam satu lakaran, kami akan meminta pandangan pihak atasan. Setelah diluluskan barulah diteruskan dengan proses berikut iaitu di bahagian produksi," ujarnya.

Bagi Rizna matlamatnya ialah menghasilkan satu rekaan yang kekal lama dan tidak lapuk ditelan masa, sesuai dengan maksud perkahwinan iaitu kekal abadi.

"Bagi cincin merisik atau pertunangan kebanyakan orang Melayu gemarkan yang ringkas dan tidak berbatu. Jika cincin emas biasanya cincin belah rotan yang dipilih untuk kedua majlis ini.

"Bagaimanapun untuk perkahwinan mereka kini gemar memilih cincin yang memiliki sebutir berlian atau solitaire.

"Kami turut menghasilkan rekaan cincin lelaki yang diperbuat daripada suasa. Bagi yang mampu boleh juga memilih cincin lelaki yang diperbuat daripada platinum," ujarnya.

Pameran Perkahwinan Ekstravaganza Tomei
Tomei, jenama yang tidak asing bagi rakyat Malaysia buat pertama kalinya menganjurkan pameran ekstravanganza di ruang legar pusat membeli belah One Utama, Kuala Lumpur.
Pameran yang berlangsung dari 27 Julai hingga 9 Ogos lalu bersempena dengan Jualan Mega Malaysia sepanjang Ogos .
Pengurus pemasaran Tomei, Christine Lim berkata, pada pameran itu, Tomei memperkenalkan koleksi cincin terbaru mengikut kategori.

"Untuk perkahwinan ada 12 reka bentuk baru, empat jenis untuk pertunangan, tiga rekaan untuk cincin tanda perkenalan dan untuk pertama kalinya kami melancarkan cincin sempena ulang tahun perkahwinan.
"Istimewanya koleksi julung kali ini ialah penggunaan emas ros dan bagi yang mahu menempah ukiran nama boleh dibuat di bahagian belakang cincin.

"Koleksi kali ini dikategorikan dalam tiga konsep yang diberi nama Cherish, Dazzling Amour dan Eternal Binding," jelasnya ketika ditemui di lokasi yang sama.

Tuesday, July 28, 2009

Gerhana matahari satu peringatan

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN utusan online

GERHANA matahari
BELUM pun berpisah dengan bulan Rejab yang mengingatkan kita tentang kekuasaan dan keagungan Allah melalui peristiwa agung Israk dan Mikraj, kita dijodohkan pula dengan peristiwa gerhana matahari yang menyaksikan satu lagi tanda kebesaran dan keagungan-Nya.

Selaku seorang Muslim, apatah lagi yang mengaku sebagai umat Nabi Muhammad SAW, kita seharusnya peka dengan fenomena alam ini. Seterusnya berusaha memahami iktibar dan pengajaran di sebalik setiap yang berlaku.

Ketahuilah, bahawa kejadian gerhana ini dijadikan oleh Allah bagi menakutkan hamba-hamba-Nya dan mengingatkan mereka tentang kebesaran-Nya.

Di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abi Bakrah r.a, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan itu merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. (Matahari dan bulan itu) tidak menjadi gerhana kerana kematian seseorang ataupun kelahiran seseorang, tetapi Allah menakutkan hamba-hamba-Nya dengan kedua-duanya."

Allah mengingatkan melalui firman-Nya yang bermaksud: Dan biasanya Kami tidak menghantar turun tanda-tanda melainkan untuk menjadi amaran (bagi kebinasaan orang-orang yang memintanya kalau mereka tidak beriman). (al-Israk: 59)

Adalah wajar kejadian gerhana dianggap sebagai suatu peristiwa yang menakutkan, kerana tiada siapa pun yang mengetahui apa yang Allah kehendaki daripada kejadian gerhana ini.

Namun, cukuplah sabda Rasulullah SAW dalam khutbah gerhananya ini mengingatkan kita tentang kehebatan Allah dan peringatan-Nya yang tersirat di sebalik peristiwa ini: "Wahai umat Muhammad! Demi Allah! Sekiranya kalian mengetahui apa yang saya ketahui, sudah pasti kalian akan ketawa sedikit dan banyak menangis."

Malangnya, betapa ramai umat Islam pada zaman ini yang memandang remeh dan tidak gentar bertemu dengan kejadian gerhana ini. Sedangkan ia adalah saat-saat yang begitu mencemaskan penghulu sekelian manusia, Nabi Muhammad SAW.

Berapa ramai yang leka dan asyik dengan pekerjaannya, sedangkan para salafussoleh begitu cemas dan gentar. Mereka berkejaran dan bersegera mengerjakan solat dan berdoa apabila menyaksikan fenomena ini sehinggalah kejadian yang mencemaskan ini berakhir.

Diriwayatkan, bahawa seorang Ahli 'Arifin bernama Tawus, apabila melihat kejadian gerhana matahari, beliau menangis ketakutan hingga hampir-hampir menemui maut. Beliau berkata, "Matahari itu lebih takutkan Allah daripada kita."

Ikutan kita yang agung, Rasulullah SAW gementar dan luruh hatinya semasa melihat kejadian ini. Terdapat banyak hadis yang meriwayatkan tentang reaksi cemas Baginda tatkala berlaku gerhana matahari dan bulan.
Di dalam Sahih Muslim diriwayatkan, ketika berlaku gerhana matahari pada zaman Rasulullah SAW, terkejut dan bingkas bangun ingin mengambil selendangnya untuk dipakai tetapi terambil baju besinya kerana fikiran dan hatinya yang sibuk dan cemas memikirkan kejadian gerhana yang sedang berlaku.

Baginda SAW menjadi begitu cemas kerana takut sekiranya Allah menurunkan bala atau mengisyaratkan akan berlakunya kiamat berikutan gerhana tersebut.

Kebimbangan Nabi SAW ini menyebabkan Baginda memanjangkan doanya dan mencucurkan air mata, lebih-lebih lagi memikirkan nasib umatnya.

Hal ini disebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi di dalam al Syamail al Muhammadiah, Abdullah ibn 'Amru r.a berkata: "Pada masa Rasulullah SAW (hidup), pernah terjadi gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW mengerjakan solat hinggakan seolah-olah Baginda SAW tidak akan rukuk (kerana terlalu lama berdiri). Kemudian Baginda SAW rukuk, seolah-olah Baginda SAW tidak akan mengangkat kepalanya.
"Kemudian Baginda SAW mengangkat kepalanya, seolah-olah Baginda SAW tidak akan sujud. Kemudian Baginda SAW sujud, seolah-olah Baginda SAW tidak akan mengangkat kepalanya (dari sujud). Kemudian Baginda SAW menghembuskan nafasnya dan menangis seraya berdoa:
"Wahai Tuhanku! Bukankah Engkau telah berjanji kepadaku, bahawa Engkau tidak akan mengazab mereka selagi aku berada bersama mereka. Bukankah Engkau telah berjanji kepadaku bahawa Engkau tidak akan menyiksa mereka, selagi mereka memohon keampunan, sedangkan kami memohon keampunan kepada-Mu".

Apabila Baginda SAW selesai melakukan solat dua rakaat, matahari terang kembali. Baginda SAW pun berdiri, lalu mengucapkan pujian kepada Allah. Kemudian Baginda SAW pun bersabda, "Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak akan gerhana kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahiran seseorang. Apabila terjadi gerhana, bersegeralah kalian berzikir mengingati Allah".

Sesungguhnya Baginda SAW tidak mengalirkan air mata kerana dirinya sendiri, tetapi Baginda mengalirkan air mata semata-mata kerana mengenang dan kasihkan umatnya serta bimbang Allah akan mengazab mereka disebabkan dosa dan maksiat yang mereka lakukan.

Lihatlah betapa dalam dan suci kasih Rasulullah SAW terhadap umatnya. Walaupun berada dalam keadaan cemas dan ketakutan, Baginda SAW tidak pernah melupakan kita.

Justeru, renungilah, apakah yang kita lakukan demi Baginda SAW? Apakah pengorbanan yang pernah kita lakukan demi mempertahankan agamanya yang tercinta?

Allah SWT dengan segala keperkasaan dan keagungan-Nya, mampu menjadikan atau tidak menjadikan kejadian gerhana matahari dan bulan. Namun, dari perspektif ilmu saintifik yang dicanang oleh sebahagian saintis moden mengatakan semua itu berlaku secara nature yang mesti berlaku mengikut kiraan ilmu bintang yang mereka cipta.

Semuanya itu tidak diyakini dengan pasti, malah berdasarkan sangkaan semata-mata, menurut agakan dan ukuran fikiran mereka yang masih rendah. Sedangkan Nabi SAW menyebut bahawa matahari dan bulan adalah tanda kebesaran Allah dan peristiwa gerhana dijadikan oleh Allah sebagai menakutkan dan mengingatkan hamba-Nya.


Hikmah di sebalik kejadian gerhana
Terlalu banyak hikmah tersirat di sebalik kejadian ini sebagaimana yang banyak disebut oleh ulama. Di antaranya ialah:
i-Menzahirkan penguasaan dan pentadbiran Allah terhadap matahari dan bulan.
ii-Menerangkan kejelikan dan kebodohan orang-orang yang menyembah matahari dan bulan. Firman Allah yang maksud-Nya: Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kejadian malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, sekiranya benar kamu hanya beribadat kepada Allah. (al-Fussilat: 37)

iii-Menggementarkan hati orang-orang yang berasa tenang dengan kelalaian dan dosa-dosa yang dilakukannya.

iv-Memperlihatkan kepada manusia contoh-contoh peristiwa yang akan berlaku pada hari kiamat sebagaimana firman Allah: Maka (hari Kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), dan bulan hilang cahayanya, dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama. (al Qiyamah 7-9)

v-Menggambarkan Allah mungkin akan mengazab orang yang tidak berdosa.
Merenung hikmah-hikmah ini, terlintas di fikiran saya, apakah kejadian gerhana matahari yang Allah datangkan sejurus selepas sambutan Israk dan Mikraj merupakan peringatan daripada Allah kepada hamba-hamba-Nya yang masih lagi lalai dan belum juga insaf dengan segala maksiat yang dilakukan sama ada maksiat zahir atau batin.

Sekalipun telah diperingatkan tentang kekuasaan-Nya melalui peristiwa Israk dan Mikraj?
Apakah telah hampir masanya untuk Allah menunjukkan kehebatan dan kekuasaan-Nya yang sebenar? Moga-moga Allah menggolongkan kita di antara hamba-Nya yang sentiasa sedar dan terselamat daripada kemurkaan-Nya

Amalan sunat semasa gerhana
Menerusi sekian banyak hadis berkaitan gerhana, terdapat beberapa perkara sunat yang dianjurkan supaya dilakukan semasa kejadian gerhana. Di antaranya ialah:
a) Solat dan berdoa. Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi".

b) Berzikir dan beristighfar. Abu Musa berkata: "Telah berlaku gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW berdiri dalam keadaan cemas kerana bimbang akan berlaku Kiamat. Lalu Baginda SAW tergesa-gesa pergi ke masjid dan solat dengan berdiri yang terlalu panjang serta rukuk dan sujud yang panjang, yang tidak pernah aku lihat Baginda SAW melakukan seperti itu.

c) Berlindung daripada azab kubur. Diriwayatkan oleh Aisyah ra: "Setelah Nabi SAW selesai menyampaikan khutbah gerhana matahari, maka Baginda SAW memerintahkan para sahabat supaya memohon perlindungan dari azab kubur."

d) Bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: "Apabila kalian melihat gerhana, maka hendaklah kalian berdoa kepada Allah, mengerjakan solat dan bersedekah."

e) Memerdekakan hamba. Asma' ra berkata: "Sesungguhnya Nabi SAW menyuruh memerdekakan hamba ketika berlaku gerhana matahari. "Dalam satu riwayat: "Gerhana bulan."

Inilah sunnah Baginda SAW ketika berlakunya peristiwa gerhana bulan atau matahari.
Marilah bersama-sama kita menghidupkan sunnah Nabi kita SAW kerana inilah jalan hakiki menuju kesejahteraan di dunia dan akhirat. Tinggalkanlah sunnah ahli bidaah kerana inilah jalan yang membawa kecelakaan di dunia dan akhirat.

Wednesday, July 22, 2009

SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR

Ertinya:
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".

H.R Muslimi

Keterangan

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema dikalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

6. Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7. Gempa bumi di Timur.

8. Gempa bumi di Barat.

9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Tanda-Tanda Kiamat Besar

Sedangkan tanda-tanda kiamat besar yaitu kejadian sangat besar dimana kiamat sudah sangat dekat dan mayoritasnya belum muncul, seperti munculnya Imam Mahdi, Nabi Isa, Dajjal, Ya’juj dan Ma’juj.

Ayat-ayat dan hadits yang menyebutkan tanda-tanda kiamat besar di antaranya:

Hingga apabila dia telah sampai di antara dua buah gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata, “Hai Dzulqarnain, sesungguhnya Ya’juj dan Ma’juj itu orang-orang yang membuat kerusakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?” Dzulqarnain berkata, “Apa yang telah dikuasakan oleh Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka.” (Al-Kahfi: 82)

“Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami.” (An-Naml: 82)

Dari Hudzaifah bin Usaid Al-Ghifari ra, berkata: Rasulullah saw. muncul di tengah-tengah kami pada saat kami saling mengingat-ingat. Rasulullah saw. bertanya, “Apa yang sedang kamu ingat-ingat?” Sahabat menjawab, “Kami mengingat hari kiamat.” Rasulullah saw. bersabda,”Kiamat tidak akan terjadi sebelum engkau melihat 10 tandanya.” Kemudian Rasulullah saw. menyebutkan: Dukhan (kabut asap), Dajjaal, binatang (pandai bicara), matahari terbit dari barat, turunnya Isa as. Ya’juj Ma’juj dan tiga gerhana, gerhana di timur, barat dan Jazirah Arab dan terakhir api yang keluar dari Yaman mengantar manusia ke Mahsyar. (HR Muslim)

Dari Abdullah bin Mas’ud ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda, ”Hari tidak akan berakhir, dan tahun belum akan pergi sehingga bangsa Arab dipimpin oleh seorang dari keluargaku, namanya sama dengan namaku.” (HR Ahmad)

Tanda-tanda kiamat kecil

Antara tanda-tanda kiamat kecil berdasarkan hadis:

* Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

* Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

* Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

* Menghias masjid dan membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

* Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

* Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui
yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

* Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua
orang mulia" - Riwayat Thabrani

* Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

* Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

* Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

* Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak
menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

* Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

* Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

12 Barisan Umat Nabi Muhammad SAW di Padang Mahsyar

Gambaran untuk Umat Nabi Muhammad s.a.w...

Barisan Pertama - Manusia tanpa tangan dan kaki. Mereka di dunia suka menyakiti hati jirannya.

Barisan Kedua - Manusia berwajah khinzir hitam. Mereka di dunia telah melalaikan solat atau bersolat tetapi masih melakukan kemungkaran.

Barisan Ketiga - Manusia seperti baghal (kaldai) dengan perutnya seperti gunung, penuh dengan ular dan kala jengking. Mereka di dunia telah enggan mengeluarkan zakat.

Barisan Keempat - Manusia yang mengalir darah dari mulutnya. Mereka di dunia telah berdusta dalam berjual beli.

Barisan Kelima - Manusia seperti angin yang bertiup, berbau tersangat busuk. Mereka di dunia telah menyembunyikan kederhakaan atau maksiat kerana manusia dan mereka tidak takut kepada Allah.

Barisan Keenam - Manusia yang tengkorak dan tengkoknya putus. Mereka di dunia telah menjadi saksi palsu, mengada-adakan cerita yang tidak berlaku hingga menyebabkan orang lain teraniaya.

Barisan Ketujuh - Manusia tanpa lidah dan keluar pula darah dari mulutnya. Mereka di dunia telah enggan memberi kesaksian atau menyembunyikan sesuatu kemungkaran menyebabkan hukuman tidak dapat dijalankan.

Barisan Kelapan - Manusia berjalan terbalik (dengan kaki di atas manakala kepalanya di bawah). Manusia yang telah melacurkan diri atau berzina tanpa bertaubat.

Barisan Kesembilan - Manusia berwajah hitam dan mata serta perutnya berapi. Mereka yang semasa di dunia telah memakan harta anak yatim.

Barisan Kesepuluh - Manusia bertubuh penuh dengan lepera (penyakit kusta) dan belak (sejenis penyakit kulit yang amat gatal). Mereka di dunia telah menderhaka kepada kedua ibubapanya.

Barisan Kesebelas - Manusia yang buta matanya, giginya panjang seperti tanduk, bibirnya melebar hingga ke dada, lidahnya pula terjulur sampai ke perut dan keluar kotoran yang sangat jijik. Mereka di dunia telah sentiasa meminum arak.

Barisan Keduabelas - Manusia yang berwajah berseri-seri serta bercahaya. Merekalah golongan yang beriman dan telah beramal soleh semasa di dunia

Kita semua di barisan keberapa agaknya ya? Untuk renungan bersama...