Wednesday, November 16, 2011

kek lumut sarawak(kukus)

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum (diayak)
1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus
250 g mentega
4 biji telur A
pewarna hijau secukupnya @ Pandan Emulco
4 sudu besar seri kaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla
Cara-cara
Sediakan pengukus dan didihkan air.
Griskan Loyang dengan mentega dan taburkan sedikit tepung.
Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna kelajuan sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
Masukkan susu dan serikaya. Pukul lagi
Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan
Tuangkan adunan ke dalam Loyang ( loyang 7 ” x 7 ” ) dan tutupkan dgn kertas foil.
Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)
***jika suka, blend gula halus seperti gula ising supaya cepat hancur & gebu semasa diputar dgn mentega

sumber dari http://resipi.mustaffa.org/

Biskut Cornflakes Crunchy

BAHAN-BAHAN
Bahan A
150gm butter
100gm gula castor
Bahan B
1 tsp esen vanilla
1/4 cup air sejuk
Bahan C
170gm tepung gandum
1/8 tsp cinnamon powder (tak ada pun tak apa)
1 tsp bicarbonate of soda (ayak semuanya)
Bahan D
80gm cornflakes – dikisar (boleh tambah lagi kalau nak cornflakes tu lebih terasa)
30gm chocolate rice
CARA-CARANYA
Bahan A diputar sehingga kembang dan masukkan bahan B
Ayak bahan C dan digaul bersama bahan D campurkan kedalam bancuhan pertama tadi. Adun sehingga sebati
Ambil 1/2tbsp dan bulatkan. letakkan atas loyang dan tekan dengan garpu
Bakar sehingga masak dan sejukkan

sumber http://resipi.mustaffa.org/

biskut gambir + kacang

BAHAN-BAHAN:
250 gm mentega
150 gm gula perang
50 gm kacang (blend hancur)- nk ganti kekacang lain pn boleh
50 gm asam gambir (hancurkan)
1 biji kuning telur
2 sudu makan madu
200 gm tepung gandum
BAHAN HIASAN:
Kuning telur
Gajus /kacang
CARA MENYEDIAKAN:
Pukul mentega, gula, telur dan madu hingga sebati.
Masukkan gajus, asam gambir dan tepung gandum, kacau menjadi doh.
Terap mengikut cita rasa dan hiaskan.
Bakar pada suhu 180 0C selama lebih kurang 15 hingga 20 minit.

Kek Cawan Coklat Dan Krim Putar (Cupcake)

Sumber dari http://resipi.mustaffa.org/
Bahan-bahan
2 cawan air panas
1 1/2 cawan serbuk koko ATAU 4 auns coklat masakan (unsweetened), dicincang
2 3/4 tepung gandum
2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 cawan mentega
2 cawan gula
4 telur
1 1/2 sudu teh vanilla
CARA- CARA
Panaskan ketuhar untuk 325° F ( kukus pun boleh )
Susun 12 kertas cawan kek pada acuan.
Cairkan coklat dan mentega di dalam mangkuk secara double boil.
(Coklat dan mentega di cairkan di dalam mangkuk yang diletakkan dalam periuk air yang mendidih, pastikan air yang mendidih tidak memasuki mangkuk)
Setelah coklat dan mentega cair sepenuhnya, tutup api dan sejukkan coklat tersebut seketika.
Setelah mencapai suhu bilik, masukkan gula, dan esen vanilla. Kacau rata.
Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.
Masukkan garam,tepung, baking soda & baking powder sedikit demi sedikit sehingga habis dan sebati.
Setelah sebati, agihkan adunan ke dalam setiap cawan kek yang telah disusun tadi.
Bakar selama 20 minit/ masak (uji dengan lidi)
Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sehingga suhu bilik.

Kek Tradisional Sarawak Hati Parek

sumber dari http://resipi.mustaffa.org
Bahan-bahan
10 biji telur Gred A (6 biji – putih + kuningnya & 4 biji – kuning sahaja)
8 sb gula hitam/browning sugar
600 g kismis hitam
16 oz mentega
9 gelas tepung gandum
3 sudu teh serbuk soda bikarbonat
1/2 tin susu pekat manis
3-6 gelas gula halus (ikut citarasa sendiri)
Pekakas
Loyang 9 inci
Kertas aluminium foil
Kain/tuala
Cara-Cara Membuat
Hiris halus kismis.
Kemudian, gaul bersama segelas tepung dan kismis tadi.
Pada mangkuk adunan yang berasingan, mentega dan susu diputar sehingga putih.
Guna mangkuk adunan lain lagi untuk memukul telur bersama gula hingga kembang.
Kemudian, gabungkan kedua-dua adunan tadi dan gaul sehingga sebati.
Tepung sebanyak 8 gelas ditambah perlahan-lahan dan diadun bersama adunan yang digabungkan tadi.
Selepas itu, masukkan gula hitam dan gaul lagi hingga sebati.
Akhir sekali, masukkan kismis dan kacau lagi hingga rata.
Sediakan pengukus. Gliskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan sedikit tepung.
Kemudian tuangkan adunan tadi ke dalam loyang dan tutup kemas dengan kertas aluminium foil.
Kukus kek ini selama 8 jam dengan api yang sederhana. Pastikan setiap 1 jam, pengukus diperiksa, lapkan air pada penutupnya (sebaik-baiknya tutup guna tuala). Jangan lupa tambah air kukusan jika berkurangan.

Resepi Kek Coklat Basah

Sumber : K.Liza (tq K.Liza.... )
Bahan
180 gm butter
250 gm gula kastor
3 biji telur
300 gm air
250 gm tepung gandum
50 gm serbuk
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonate (Ayak bhn2 y dboldkan)

Cara:
1. Gula dan butter dipukul sehingga kembang dan gebu.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan tepung gandum dan kahirnya masukkan air pula.
4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan 180'C selama 50 -60 minit.

Topping Coklat
250 gm cooking coklat
30 gm cocoa butter

Cara
1. Masukan bahan dlam periuk kecil.
2. Panaskan periuk kecil dalam periuk/pan yg lebih besar yg berisi air dan sentiasa kacau supaya coklat larut. 3. Sejukkan sebentar supaya coklat agak pekat.
4. Curahkan perlahan atas kek cokalt dan ratakan dengan spatula kek dan gunakan sikat kek untuk membuat corak.
5. Hiaskan topping mengikut kredibiti sendiri.

KUIH ASAM GUMPAL

Bahan-bahan
500 gm sagu mata ikan
1 biji kelapa [3 cawan santan
1 s/b halba2 cm halia [hiris]
2 ulas bawang merah [hiris]
1 cawan kacang hijau1 cawan gula
Cara:
1. Kacang hijau direbus sehingga empok dan nampak pecah.
2. Bila nampak agak kering masukkan gula dan kacau sehingga kering betul.
3. Tutup api dan biarkan sejuk.
4. Bulatkan inti kacang hijau dan ketepikan.
5. Sagu direndamkan dan toskan. Siramkan dengan air panas dan kacau rata.
6. Kepalkan sagu dan masukkan inti kacang hijau tadi.
7. Letakkan dalam kukusan. Kukuskan sagu sehingga masak.[lebih kurang 20 minit]
8. Masakkan santan dengan halia, halba, bawang merah dengan api perlahan sehingga mendidih.
9. Masukkan sagu dan masakkan sebentar.
10. Sejukkan dan hidangkan

sumber dari : http://jaya31.blogspot.com

Tuesday, November 1, 2011

filling dimsum (Siew Mai)

bahan-bahan
3-4 keping dada ayam, kisar hingga lumat
4 keping cendawan kering, rendam hingga lembut dan cincang halus
1/2 cawan sengkuang cincang halus
3 susu besar fresh bread crumbs
2 sudu besar cincangan daun ketumbar salt,
sugar, perisa and pepper to taste
cara-caranya
gaul semua bahan sebati,
isikan kedalam kulit wantan dan
kukus hingga masak...sekitar 15 minit...
hidang ketika panas dengan sos dan kicap...

Wantan Siew Mai

Bahan-bahan ( +-20 biji )
500g ayam, dicincang
100g isi udang, dicincang
1 sudu besar tepung jagung
2-3 ulas bawang putih, dicincang
1 cm halia, dicincang
1 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil gula halus
1 sudu kecil kicap cair
1/2 sudu kecil garam (atau secukup rasa)
*20 keping kulit wantan
*1-2 biji kuning telur masin, dibahagikan 20
Cara-cara
Gaulkan semua bahan-bahan kecuali yang bertanda * sehingga sebati. P
erap selama 30 minit.
Letak 1 sudu besar ayam yang telah diperap ke atas sekeping kulit wantan.
Rapatkan sekelilingnya dan letak sekeping kuning telur masin di atasnya.
Ulang sampai habis - 20 biji. (Saya takde telur masin, letak cili je.)
Kukus degan api besar selama 10-15 minit.
Sedap dimakan panas-panas.

resepi asal dr myresepi sky

Thursday, October 27, 2011

Resepi kulit Wantan

Bahan2:
600 gm tepung serbaguna
sedikit tepung iagung (untuk menabur)
400 ml air – boleh tambah jika perlu
1 biji telur
1 sudu teh garam

Cara-caranya:
-gaulkan tepung serbaguna dan garam bersama air (sebaik2nya air hendaklah di masukkan sedikit demi sedikit bagi memastikan ianya sesuai dengan adunan tepung)
-uli hingga menjadi doh yang lembut
-rehatkan doh selama 30 minit dan tutup dengan tuala lembab
-setelah 30 minit, uli lagi doh tadi dan biarkan 10 minit
-canai doh hingga nipis dan tabur dengan sedikit tepung jagung supaya tidak melekat
-terap dengan acuan berbentuk 4 segi atau potong mengikut suka
-lapiskan tiap-tiap keping wantan dengan tepung jagung supaya tidak melekat dan simpan dalam peti sejuk

from :haizaza

Air Mata Seorang Lelaki

Isn, 24 Okt 2011 12:12 Muhammad Hatta Editor: Srinkandi Malam
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pemimpinnya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,
Memadamkan api neraka kelak.

Rasulullah S.A.W telah bersabda:
"Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari Kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata:
"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan kerana sehelai rambut.

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari Kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
"Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jathiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh lima ratus tahun perjalanan.

Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan:
"Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad S.A.W berusaha menghalanginya dengan berkata:
"Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata,:
"Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah S.A.W meraihnya. Berkata Jibril A.S.:
"Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya."

Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S:
"Wahai Jibril, apakah air itu?"

Maka Jibril berkata:
"Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W:
" Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Biodata Penulis
Muhammad Hatta bin Mohamad Zoidin Lepasan Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur 2007/2008. Kini menuntut di UTM Kuala Lumpur. Penulis blog http://ceritapokta.blogspot.com/.
Petikan dari http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/3843-air-mata-seorang-lelaki.html

Pandan Muffin (eggless)

resepi asal : Joayee@MYR
sumber : DayangJack@DapurKu SaYang
Bahan-bahan ( 6 )
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula (DJ guna 80 g )
1/2 sudu kecil soda bicarbonat
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 cawan minyak masak (DJ guna mentega cair)
1 cawan santan pekat (kurangkan sedikit kalau santan cair)
1 sudu besar Andrews Liver Salt/antacid or di malaysia- ENO
sedikit perasa Pandan + Warna hijau (DJ guna Pandan Emulco)
1/3 cawan chocolate rice (DJ tambah) Cara-cara:
Campurkan bahan kering (tepung, gula, soda bicarbonat, baking powder) ke dalam satu bekas.
Campurkan bahan basah (santan, minyak, colour, perasa pandan) ke dalam satu bekas yang lain.
Masukkan (2) ke dalam (1), sambil dikacau dengan garpu.
Akhir sekali, ayakkan Andrew Liver Salt/ ENO. Kacau dengan garpu, biar sebati, tapi jangan terlebih kacau.
Rehatkan 5 minit.( cukup masa untuk ENO bertindak mengngeluarkan bubble)- mungkin tak berapa nampak, tapi mixture akan kurang likatnya.
Masukkan ke dalam bekas muffin, bakar selama 30 min, 160 deg C.
Untuk perasa lain boleh try contoh di bawah.
***Actually kukus lagi best kalau nak try option di bawah. kalau bakar kering sgt la pulak.OPTION1: @Banana Muffin@: 2 biji pisang size kecil, 3/4 cawan susu soya [x]OPTION2: @Apple Muffin@: 4 sudu besar Bramley apple source, 3/4 cawan susu soyaDari resepi ni, macam-macam perasa boleh buat. Selamat mencubaRead more: http://dayangjack.blogspot.com/search/label/kek#ixzz1bwohzmQy Under Creative Commons License: Attribution

Tuesday, October 25, 2011

Biskut Tembikai

BISKUT TEMBIKAI Resepi Asal : KAK WAN Sumber : KAK ITA Bahan-bahan
150 gm gula kastor
150 gm mentega
1 biji kuning telur
1 sudu besar susu pekat
320 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder (lain kali kena kurangkan)>>yg ni pun kita kurangkan
1/8 sudu teh garam
sedikit pewarna merah dan hijau
paper cups
bijan hitam
Cara-cara
Pukul gula dan mentega hingga sebati. Masukkan kuning telur dan susu pekat. Putar lagi hingga rata. Bubuh tepung gandum yang sudah diayak dengan serbuk penaik dan garam.
Uli perlahan menjadi doh. Bahagikan kepada 3 bahagian, merah, hijau dan plain. Buatkan bebola kecil dengan doh merah.
Canai doh plain nipis2 je..pastu salutkan dengan bebola merah tadi. C
anai doh hijau nipis2 gak, kemudian salutkan dengan doh tadi. Buat seperti buah tembikai.
Simpan sebentar di dalam peti sejuk (supaya mudah memotongnya).
Belah 4 bebola tadi, pastu letak lah bijan hitam sikit dan aturlah dalam paper cups dan barulah diletak di dalam tin pembakar. Bakarlah pada suhu 160 drj celcius selama 20-25 minit atau hingga masak.
Bolehlah fikirkan lagi teknik yg lebih pantas ya lepas ni :D pada sapa2 yg nak buat :D
Untuk setiap biji kita buat berat anggaran
>> Hijau: 15g Putih: 13g Kuning: 10g,
Bungkus kuning dulu dan tutup dgn kaler putih,
seterusnyer hijau, buat sampai habis, gunakan cling wrap utk bungkus setiap bebola tu ya.
Thanks to kak ita sbb pikirkan cara nak bulat2kan dia :-)

Puding tembikai

BAHAN-BAHAN
3keping roti
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair (agak2 dlm 1 cwan atau 1/2 tin susu cair)
8gram serbuk agar2 (boleh guna agar strip y 10 gram tu)
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
4 1/2 cawan air
pewarna merah@kuning /hijau
Cara-cara
-Didihkan 4 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
-Blend halus roti,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn).
-Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
-Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
-Bahagi kepada 3. 3/4satu adunan biarkan warna hijau. 1/2 adunan biarkan warna asal. dan baki nye warnakan Merah @ Kuning..kacau cepat2!
-Tuang ke dalam loyang secara turutan mula2 warna hijau,lps2 warna asal, lps2 baru merah! ketika melapis tuang dari tepi dan pastikan atas dia 2 agak2 licin.. lps2 baru leh tuang layer 2 dan klu nk ltk cincau atau biji selasih ..kacau dalam doh warna merah-Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

Resepi Puding Marble

BAHAN-BAHAN
4 keping roti
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair (agak2 dlm 1 cwan atau 1/2 tin susu cair)
8gram serbuk agar2 (boleh guna agar strip y 10 gram tu)
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan) - xletak xpe
31/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
Cara-cara
-Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
-Blend halus roti,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn).
-Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
-Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
-Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkanserbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
-Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudiansesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudahsejuk@membeku.
-Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!
sumber dr Ima

Resepi Murtabak Popia

Bahan A (Kulit Murtabak)
* 5- 6 keping kulit popia
* sedikit minyak untuk menggoreng
Bahan B (Inti Murtabak)
* 350 ubi kentang
* 100g daging cincang
* 1/2 biji bawang besar
* 3 sk serbuk kari babas
* 1 1/2 cawan air (anggaran)
* 1 sk garam (anggaran)
* gula
* sedikit minyak
* 2 biji telur
Cara Membuatnya :
1. Kentang di buang kulit, dibersihkan dan di potong dadu kecil.
2. Bawang besar di dadu kecil.
3. Panaskan sedikit minyak.
4. Tumis bawang besar sehingga wangi dan layu.
5. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.
6. Kemudian masukkan daging ayam cincang. Kacau rata.
7. Bila daging agak masak masukkan kentang dan air.
8. Kacau sebati, bila air separuh kering masukkan garam, gulasecukupnya.
9. Kacau sehingga air agak kering.
10. Angkat dan sejukkan.
11. Pecahkan telur di dalam mangkuk.
12. Masukkan inti kentang tadi dan kacau sebati. Boleh tambah bawangbesar yang dihiris nipis jika suka.
13. Ambil sekeping kulit popia.
14. Sudukan 2-3 sudu besar inti kentang ke atas kulit popia.
15. Lipat menjadi segi 4 supaya semua inti tertutup di dalam kulit popia.
16. Panaskan pan dengan sedikit minyak.
17. Masukkan murtabak. Bila dah masak, balikkan.
18. Angkat murtabak bila sudah masak.

PaU Daging

For the Dough:
1 paket dari tepung pau ready mixed
1 cawan susu / air
1 / 2 cawan gula

For the filling:
285g daging, dipotong dadu
5 ulas bawang putih, cincang
2 sudu besar daun ketumbar, cincang
1 sudu besar biji bijan, dibakar
2 sudu besar minyak
1 sudu besar tepung
Perasa: 3 sudu kecil kicap sos
1 / 2 sdt garam
1 / 2 tsp peras2 sudu kecil minyak bijan
1 / 8 sudu teh lada 2 sudu besar sos tiram
4-5 sudu besar gula 1 sudu besar air
Kaedah:
Campurkan bahan-bahan untuk doh dan menguli sehingga licin dan kenyal.
Biarkan di dalam mangkuk ditutup dengan kain lembap selama 15 minit.
Panaskan minyak dan goreng bawang putih, masukkan tepung dan kacau sehingga tepung masak.
Tambah daging dan perasa. Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan bijan dan dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk menyejukkan. Bahagikan adunan kepada 24 keping dan gulung setiap bahagian menjadi bola. Tekan untuk mendatar dan tempat 1 sudu kecil untuk mengisi di tengah-tengah. Isi kan inti, lipatkan bhgn tepi cam pinjut2 langsir(Stamp by pleating the edge). (Jika kedap tidak betul dilakukan, pau akan terbuka apabila ia dikukus). Letakkan kuih pau di atas sekeping kertas sqare menembus panas dan biarkan selama 10 minit di tempat yang hangat. Stim lebih cepat air mendidih yang mempunyai 2 sudu besar cuka ditambah selama 10 minit. (Jangan angkat penutup manakala mengukus) Hidangkan panas.
NOTA:
Apabila membungkus kuih pau, pastikan bahawa doh meleperkan sebesar mungkin dan bahawa minyak atau sos mengisi tidak menyentuh tepi bulatan. Jika adunan terasa kering, air berus di tepi sebelum pleating. ini juga akan memastikan pemeteraian itu tidak akan terbuka. Doh yang besar, menyebabkan ia lebih doh di bahagian atas kuih pau sebagai lipatan anda dan yang pastinya akan memberikan anda pau tersenyum.

Red Velvet Marble Cheese Brownies

Bahan-bahan
(loyang 4 segi 7x7 inci)·
125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus ·
1/2 sudu kecil garam ·
60g mentega - suhu bilik ·
110g gula halus ·
1 biji telur saiz A - suhu bilik ·
1/2 sudu kecil essen vanilla ·
120ml susu segar - suhu bilik ·
1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren ·
1/2 sudu kecil pewarna merah - maz guna merah strawberi ·
kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco ·
1/2 sudu kecil cuka ·
1/2 sudu kecil baking powder

Lapisan Cheese·
200g cream cheese - suhu bilik ·
1 biji telur saiz B@A - suhu bilik ·
60g gula galus ·
1 sudu besar jus lemon
Cara
1. Panaskan oven suhu 170 C.
Alas loyang dengan paper sheet.
Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nati.
2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.
3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
4. Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.
5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.
6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.
7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.
8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.
Lapisan Cheese
Cara
1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.
2. Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay agar jadi lorek seakan berpetak-petak gitu.
3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesekek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering). Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba..

KEK LAPIS CHEESE PERSONA

Bahan2: (Saiz 9x9)
A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang
600 g (ryo guna jenama LEE)
500 ml susu segar,dipanaskan

B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus

Caranya :
Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,
jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
Panaskan susu segar,padamkan api.Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

Doa untuk Nur Umairatul Aisyah

" Bismillah Hirrahma Nirrahhim,"
Dengan Nama Allah yang amat pemurah lagi amat pengasihani.
Ya Allah, Ya Tuhan ku,
Bimbinglah akhlak anak ini(nur umairatul aisyah binti khamarzul)., jadikan ia anak yang solehah, bijak dan pintar dalam semua urusan yang di redhai Mu Ya Allah, Lapangkan rezeki nya, seluas-luasnya Ya Allah..Engkau berikan lah kesihatan matanya, telinganya,dan tubuh badan yang walafiat.
Ya Allah. . permudahkan segala urusan baginya dan kedua ibubapanya samada di dunia mahupun di akhirat, Ya Allah
Ya Allah. berilah nikmat kesihatan yang berpanjangan kepadanya dan keluarganya , Ya Allah
Ya Allah…Jauhkanlah Dia dari semua perkara yang boleh mendatangkan keburukan kepadanya YA Allah..
Ya Allah…pertajamkanlah ingatannya seperti mana kau pertajamkan ingatan para nabi MU…
Ya Allah.kesungguhnya kesejahteraan anak ini(nur umairatul aisyah binti khamarzul)., dan hamba mu yang kerdil ini adalah di bawah kuasa Mu Ya Allah.
Ya Allah Ya Tuhan ku , ampunlah dosa-dosa ku ya Allah .Tiada apa yang boleh aku titipkan buat anak ini (nur umairatul aisyah binti khamarzul)., Ya Allah, melainkan titipan doa ni shj YaAllah.
Allahummassali aala saiyidina Muhammad Wa aala aali Muhammad ..ameen ya rabbal aalamin

CREAM PUFF/ECLAIR/CHOUX PASTE

Ingredients :
250g water
100g margarine
200g flour ~ sifted
6 eggs
1/2 teaspoon vanilla essence
Method :
1. Put water, margarine and vanilla essence in a pot on medium heat and leave to boil. Preferably, use
a non stick bowl with wooden spoon.
2. When boiling, add flour bit by bit and stir well till a soft dough is formed. Remove from fire.
3. Place the dough in the mixer bowl and using the flat beater, beat the dough till cool.
4. Add in eggs one at a time and continue beating till a sticky paste is formed.
5. Put the paste into a piping bag and pipe on the greased baking tray.
6. Bake for 15 minutes in a preheated oven at 170 C.
7. Leave to cool. Then cut in the middle by the side and pipe the filling. Drizzle with melted cooking
chocolate.

Custard filling
Ingredients :
100g instant custard
200g water (boiled and cool)
a bit of whipping cream
Method :
1. Mix instant custard with water.
2. Add in whipping cream and mix well.
Note :
1. For method number 3, make sure the dough is really cool before adding eggs.
2. To know whether the cream puffs are ready or not : if there's no more bubbles on the puff while in the oven, then it's ready.
3. I didn't use the custard filling. I just used whipping cream for my Eclairs this time.

CHOCOLATE ECLAIRS - RESEPI SAJIAN PLANTA

bahan-bahan
120 GM PLANTA
300 GM AIR
180 GM TEPUNG - DIAYAK
4 BIJI TELUR
BAHAN UNTUK INTI; TOPPINGNYA
200 GM CREAM - DIPUKUL HINGGA GEBU
150 GRM COOKING COKLAT CAIRKAN
50 GRM HIRISAN ALMOND
CARANYA
1] PANASKAN OVEN 200C
2] PANASKAN AIR + PLANTA BERSAMA DIDALAM PERIUK. TAMBAH TEPUNG DAN GAUL HINGGA SEBATI. 3] ALIHKAN DARI API, MASUKKAN DALAM MIXER DAN PUKUL HINGGA ADUNAN JADI SUAM2
4] TAMBAH TELUR SEBIJI DEMI SEBIJI - PUKUL HINGGA SEBATI.
5]MASUKKAN ADUNAN DLM PIPPING BEG DENGAN NOZEL BINTANG.
6] PIPEKAN ATAS DULANG MEMANJANG DLM 7.5CM , BAKAR SELAMA 25 MINIT.
7] BILA DAH SEJUK,POTONG PASTRY DIBAHAGIAN TENGAH LETAKKAN CREAM YANG SUDAH DIPUKUL AWAL2 TADI.
8] CURAHKAN COKLAT ATASNYA N TABURKAN ALMOND SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN...

BAKERY SEMPOI METHOD. MASUKKAN AIR + MARJERIN DLM BEKAS KACA PANASKAN DLM MICORWAVE TILL AIR MENDIDIH KELUARKAN MASUKKAN TEPUNG - KACAU KEJAP MASUKAN TELUR SATU PERSATU - KACAU HINGGA SEBATI. AKHIR PUKUL DENGAN HAND MIXER TILL ADUNAN SEJUK.MASUKKAN DLM PIPPING BEG N BAKAR DLM OVEN.

Biskut Dam

Bahan-bahan
1 cawan marjerin
4 sudu besar susu pekat
1 cawan gula halus
3 mangkuk tepung gandum
2 sudu teh esen ros
1 sudu teh baking powder
2 biji telur ayam
Sedikit serbuk koko

Cara:
Kacau marjerin dengan gula.
Masukkan telur.
Masukkan esen ros, susu, baking powder dan kacau perlahan-lahan.
Masukkan tepung dan gaulkan rata.
Kemudian dibahagi dua, sebahagian diletakkan warna koko dan satu lagi warna kosong.
Semasa dilapiskan, adunan itu sapukan sedikit putih telur.
Kemudian barulah dipotong. Bakarlah sampai masak

Menu SErat Tinggi

isnin
pagi:1 mangkuk bijirin(oat+buah2+kismis+pisang),susu krim,1gelas air suam
tengahari:1pinggan nasi,1ketul ayam,1cawan campuran brokoli+lobak merah,1biji buah pir,1gelas air suam
petang:4keping biskut serat tinggi
malam:1mangkuk nasi,1cawan kubis ,1ketul ikan bakar,1biji epal,1gelas air suam
selasa
pagi:1mangkuk bihun sup+sayur+ayam,1gelas air barli kosong
tengahari:1pinggan nasi,1ketul ayam masak merah,1 cwan petola goreng telur,1biji belimbing,1gelas air
petang:2 cwan buah-buahan,yougurt tanpa lemak,1gelas air suam
malam:1mangkuk nasi,1cwan ikan,1cwan masam pedas,1gelas air suam
Rabu
pagi:1keping tosai,1cwan kari dhal,1biji epal merah,1gelas air suam
tengahari:1pinggan nasi,telur dadar+sayur,1cwan kangkung,1gelas jus buah,1potong betik
petang:2 keping sandwich+tuna+daun salad+timun_tomato,teh "o"
malam:1mangkuk nasi.1 ketul ikan msak kari+telur,1per4 cwan tauge,1gelas air
khamis
pagi:1mangkuk kuey teow+sayur berdaun+bebola ikan,1gelas jus oren
tengahari:1pinggan nasi,1per2 sambal tempe,ayam tempura,1cwan kailan rebus,1gelas air barli
petang:1biji pau ayam,1cwan salad,`1cwan teh kekwa
malam:1mangkuk nasi,1ketul ikan masak nyonya,1cwan yougurt tnp lemak,1gelas air suam
jumaat
pagi:2keping sandwich telur+mayonise+lobak merah+tomato+tumin,1cwan teh hijau
tengahari:1mangkuk nasi,1cwan pajeri+terung+kerabu pucuk paku,1ptg tembikai
petang:2biji karipap,1cwan susu soyamalam:1mangkuk nasi,1ketul gulai asam tempoyak ikan talapia,1potong nenas,1gelas air suam
sabtu
pagi:1pinggan nasi lemak+timun,1potong mangga,1cawan teh
tengahari:1mangkuk nasi,1ketul ayam tanpa lemak,1cawan kubis,1biji oren,1gelas air
petang:1cwan teh o
malam:1mangkuk nasi,1ketul ikan kukus,labu masak lemak(susu),1potong tembikai,1gelas air
ahad
pagi:2keping roti bakar,1cawan kacang panggang,1sosej bakar,1cawan jus epal
tengahari:1pinggan nasi,1cawan sup kcg hitam,1ketul paha ayam+sos salsa,1biji kiwi,1gelas air suam
petang:1keping popiah,1cawan kopi
malam:1mangkuk nasi,1ketul ikan bkar,sawi putih tumis,1biji epal,1gelas air suam

Cinta Allah Cinta Abadi

Kadang-kadang kita berdoa utk kuat tapi kenapa byk dugaan,kadang-kadang kita minta cerdik tp masalah pula yang timbul,kadang-kadang kita minta bahagia tapi hura-hara pula dtg...Dugaan menjadikan mental kita kuat,masalah menjadikan kita berfikir,huru-hara menjadikan kita tabah...Hebat kan Allah...semua ada hikmah...Kalaulah manusia tahu hadis ini:Telah berkata Jibril: "Wahai Tuhan, kau sampaikanlah hajat hambamu", maka Allah menjawab: "Biarkan hambaku itu, kerana aku mencintai suaranya(doanya)" -Diriwayatkan oleh Anas bin Malik
Renung2kanlah...
Ya Allah... hanya pada Mu tempat ku mengadu & memohon, kurniakanlah kepada ku ketenangan hati & perkhabaran gembira... Aamiin

Kisah Si Pengemis

Di suatu hari, ketika sepasang suami isteri sedang duduk makan, datang seorang pengemis yang lusuh serta lapar meminta makanan:"Tolonglah tuan, sejak semalam saya tidak menjamah apa-apa".
Dengan muka yang bengis si suami menghalau dan menengking si pengemis itu.
Si suami berkata dalam hati " Aku membina kekayaan bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku".
Si isteri ingin bersedekah tetapi tidak dapat berbuat demikian melihatkan sikap suaminya. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin.
Dia menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya.
Setahun kemudian isterinya yang masih cantik itu berkahwin dengan lelaki lain.
Pada suatu hari, sedang si isteri dan suaminya mengadap makanan, datang seorang pengemis mengetuk sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.
Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menerkup muka sambil menangis dan berkata si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulunya pernah menengking seorang pengemis.
Suaminya yang baru itu menjawab dengan tenang "Demi Allah, akulah sebenarnya pengemis yang dihalau dan ditengking dulu."
Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya di atas. Ada masanya kita akan turun ke bawah dan naik semula atau sebaliknya.
Bersyukur dengan apa yang kita ada dan jangan lupa pada insan yang tiada apa-apa. moga Allah redha.
Sumber Oleh: ilmi-islam.com

UNtuk TaTapan dan IngAtan

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :” Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.” -Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi
Huraian:-
i) Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-tera...ngan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.
ii) Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.

Monday, October 24, 2011

Kisah Tauladan Saiditina Fatimah dan Anaknya Husin

Wajah teduhnya bercahaya,


Bekas air wudu' seakan tak kering dari kulitnya'


Matanya menunduk penuh kerendahan-hati,


seorang hamba Tuhan yang sempurna,


Bibirnya bergerak terus melantunkan zikir.


Dia tetap bekerja layaknya perempuan biasa.


Tak pedulikan nasab mulianya.Bilal menitikkan airmata memandang putri Nabi satu-satunya itu, Bilal menawarkan tenaganya untuk membantunya.


Senyum perempuan suci itu mengembang indah.


“Tak perlu, Bilal, ini tak seberat menggiling gandum.”


Puteranya, Husain kecil terus mengikutinya dari belakang. Tak lepas pandangannya memandang bonda yang tercinta. Sesekali, Fatimah menoleh ke putera tercintanya,“Hai pahlawan!” seru Fatimah lembut.


“Hai bondaku kesayangan atuk!” balasnya. Dibelainya rambut puteranya, dikecup keningnya,Tanpa sedar terasa airmata Fatimah menitis di wajah Husain kecil, Husain kecil terkejut, sambil mengusap airmata suci itu“Mengapa bonda menangis?”Fatimah berhadap-menatap dengan puteranya yang masih melihat genangan airmata mengambang di pelupuk mata bondanya.


“Suatu waktu kita kan berpisah, anakku…”


“Mati? Bukankah itu hal biasa, Bonda?”


“Kematian seorang pahlawan sepertimu tak mungkin biasa, anakku..”


“Bukankah kerananya aku masuk surga, Bonda?”


“Tentu, anakku..”


“Bukankah kematian seorang pahlawan di medan perang sangat mulia, Bonda?”


“Tentu, anakku…” Fatimah menunduk menahan tangisnya.


“Tapi, kenapa Bonda masih bersedih?”


“Seorang pahlawan sepertimu berbeza, anakku…”


“Apa bezanya?”


“Engkau seorang pahlawan yang berjuang ketika kerosakan moral sudah sedemikian kritis, tapi penyokong sejatimu hanya sedikit, malah engkau dikhianati sebahagian pengikutmu…inilah yang menyedihkan penduduk bumi dan langit.”


“Malaikat?”


“Ya”


“Mangapa mereka tidak menolongku, Bonda?”


“Engkau yang telah dewasa kelak kan menolak bantuan mereka, seraya berkata: “Wahai para malaikat mulia, ini adalah perjuanganku, perjuangan manusia dan kemanusiaan, bukan perjuangan kalian para malaikat…Hebat bukan, apa yang engkau ucapkan kepada mereka?” "Fatimah semakin tersedu.Husain kecil mengangguk seolah mengerti apa yang diucapkan Bondanya.Fatimah memeluknya.Tangisnya tumpah ruah, Husain kecil mempererat pelukannya.

Salamun ‘alayka ya Husain…Salamun ‘alayka ya Fatimatuz Zahra Salamun ‘alaykum ya Ahlal Baytar Rasulullah…Isyfa’ lanaa ya habibinaa…