Thursday, July 10, 2008

Ibu bapa kena terus terang dengan anak

Oleh Rohaniza Idris roha@bharian.com.my

GUNAKAN bahasa yang jelas untuk bercakap dengan anak.

Elak menipu jika tidak tahu jawab soalan
Kebenaran Apa yang diberitahu kepada anak mestilah perkara yang benar. Ibu bapa jangan menipu anak. Jika ibu bapa tidak tahu jawapan kepada persoalan yang diajukan anak, beritahu mereka bahawa kita tidak tahu dan mengajak mereka mencari jawapannya. Jika ada perkara yang mungkin sukar bagi kita menjawab sendiri oleh sebab-sebab tertentu, minta bantuan daripada orang lain dan beritahu anak perkara sebenar.

Bercakap terus terang dan tepat
Apabila kita bercakap dengan anak, kita mesti menggunakan bahasa yang senang dan cakap terus terang serta tidak berbelit-belit. Kadangkala kita terpaksa memberikan satu-satu jawapan kerana tidak ada masa memikirkannya dan terpaksa membuat satu keputusan yang mengelirukan. Contohnya, anak meminta kebenaran bermain di luar tetapi hari panas, kita terus menjawab , "tidak boleh nanti dikejar anjing". Sepatutnya kita beritahu terus bahawa "tidak boleh hari panas" dan beritahu bahawa nanti akan menyebabkan mereka (anak) sakit.


Sentiasa konsisten dan tepat
Apa saja yang kita terangkan kepada anak-anak atau mengajar mereka, mestilah dilakukan dengan konsisten dan tepat. Pembaharuan boleh diterima oleh anak-anak tetapi jangan membuat pembaharuan tanpa sebab yang munasabah atau tidak jelas.



Rangsangan
Keupayaan adalah asas membina semangat kepada anak-anak manakala kegagalan asas lemah dan boleh mematahkan semangat.


Harapan
Wujudkan perasaan positif dan tanamkan perasaan harapan yang tinggi dan jangan berputus harapan kepada anak-anak. Berulang-kali Anak-anak suka sesuatu yang berulang-ulang. Jika sesuatu itu dilakukan berulang-kali, maka lebih kuatlah pembentukan rangkaian di dalam otak mereka. Namun, elakkan perkara berulang atau pengalaman negatif terhadap anak-anak.



Jangkaan
Ajar anak supaya boleh membuat penentuan atau ramalan atas sesuatu yang terjadi atau apa yang bakal berlaku. Jika membuat sesuatu dengan anak berhenti sebelum anak masih minat dan seronok.


Disiplin/ Undang-undang
Anak tidak boleh dipukul, dicubit atau ditengking. Cara kita mendisiplinkan mereka mestilah diasaskan kepada: maruah yang tinggi, ilmu dan kefahamannya, wujudkan peraturan, terang dan tunjukkan cara, buat sebagai amalan dan menjadi contoh teladan.


Kegembiraan
Dilakukan dengan penuh kemesraan dan kegembiraan. Perasaan gembira boleh mewujudkan keselesaan diri yang menyebabkan anak sentiasa riang. Perkataan yang digunakan, lagu-lagu pantun mestilah mewujudkan perasaan gembira. Elakkan perasaan sedih, sayu, pilu merendahkan anak, menghina manusia dan perkara negatif lain. Berikan anak-anak ilmu yang banyak, menjaga diri dan membina kemampuan melakukan banyak perkara yang berguna.


Kecewa
Anak perlu mengalami kekecewaan dalam hidupnya. Kehilangan barang yang disayanginya, perpisahan ibu bapa, kematian dan sebagainya adalah kekecewaan yang akan dihadapi anak-anak. Semuanya mesti dijelaskan kepada anak secara benar dan bantulah anak mengatasi kekecewaan itu.


Teladan
Teladan daripada ibu bapa dan orang lain dalam hidupnya adalah pengajaran yang paling efektif. Teladan yang baik akan meningkatkan ciri yang baik. Teladan yang buruk merosakkan amalan hidup dan kewibawaan anak.


Konsep Downshifting (merendah-rendahkan atau menurunkan semangat anak)
Jangan pukul, cubit dan menghina anak. Elakkan mencari salah, membeza-bezakan anak-anak, menyebut jangan, tidak boleh tanpa sebab dan keterangan dan jangan menggunakan amaran yang marah tanpa sebab serta keterangan kukuh.


Konsep Expansion vs Replacement (Pengembangan lawan Pengambilalihan)
Membina keyakinan diri, maruah dan jati diri


Sumber: Pengerusi Institut Pembangunan Keluarga dan Kanak-Kanak Nury, Datuk Dr Noor Laily Abu Bakar, Bengkel Hak Perlindungan dan Keselamatan Diri Kanak-kanak anjuran Institut Kefahaman Islam (Ikim).

Wednesday, July 9, 2008

Rahsia Melawan Syaitan

Syaitan tidak pernah jemu menyesatkan anak-anak Adam. Justeru, mereka berusaha untuk terus menggoda dan mengganggu manusia. Bukan shaja ketika kita sedang beribadat bahkan sewaktu kita mula keluar dari rumah menuju ke masjid atau tempat-tempat lain untuk membuat kebajikan dan kebaikkan.

Mereka berusaha menggagalkan tujuan baik manusia.Sebaliknya apabila manusia keluar dari rumahnya untuk melakukan kejahatan atau ke tempat-tempat maksiat, syaitan akan memberi galakan dan kegembiraan.

Untuk itu, Nabi Muhammad s.a.w. mengajarkan kepada umatnya doa yang dibaca sewaktu keluar dari rumah menuju tempat-tempat yang baik. Apabila syaitan mendengar doa ini dibacakan, mereka akan segera melarikan diri.

Doa tersebut ialah: "Dengan nama Allah aku serahkan diriku kepada Allah. Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah."

Apabila seseorang membaca doa ini, akan dikatakankepadanya: "Cukuplah bagimu, kamu telah diberikan hidayah, kecukupan dan telah dipelihara."

Lalu syaitan pun segera meninggalkan orang itu dan pergi dari situ. Sambil itu mereka berkata sesama sendiri, "apakah daya kamu terhadap orang yang telah diberikan hidayah, diberi kecukupan dan telah dipelihara?"

Hadis di atas diriwayatkan oleh Abu, Daud, Nasai dan Tirmizi daripada Anas r.a.

Pilih Pasangan Elak Penyesalan

Menurut penceramah bebas, Shafie Jali mengenali pasangan, bukanlah bermakna boleh keluar dan berjalan-jalan tanpa batasan.Sebaliknya, ia lebih mengikut konsep lima `K' yang diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu `Kenal', `Kelas', `Kufu', `Kasih' dan akhir sekali `Kahwin'.

1) Menurut Shafie, seseorang itu disuruh mengenali pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran atau melihat fizikal semata-mata.Menerangkan maksudnya, beliau berkata, ia termasuklah mengenali hati budi dan pegangan hidupnya.``Sebaik-baiknya untuk mengenali orangnya, boleh meminta bantuan orang yang dipercayai dan merisik corak hidup, perangai serta keluarganya,'' ujarnya.

Keadaan ini bertujuan memastikan sama ada pasangan tersebut sesuai atau sebaliknya. Shafie berkata, pada dasarnya, seseorangitu boleh dikenali dari corak kelakuan sahabat-sahabat yang akrab dengannya. Seseorang itu kata beliau berhak untuk memilih supaya terjamin akhlak dan agamanya.

2) Menerangkan apa yang dimaksudkan dengan kelas, Shafie berkata, ia bukan hanya merujuk kepada golongan yang berpengetahuan agama sahaja tetapi juga mengamalkannya.Ini kerana, mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan sentiasa memegang perkara asas dalam Islam.``Mereka akan sentiasa peka, sanggup menerima dan memberi teguran dan saling bersifat membina untuk menjaga akhlak dalam Islam,'' ujarnya.

Menerangkan pula makna sekufu, Shafie berkata ia antara ciri yang amat diberatkan.Ini termasuklah dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu diseimbang.``Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam.``Ini kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya,'' ujarnya.

3) Sementara itu menurut Shafie, kasih yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang ditekankan ialah di antara kedua-dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur-unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis;``Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan.''

4) Shafie berkata, istilah sekufu banyak di tekankan dalam Surah AnNur ayat 26; ``Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik''. Istilah sekufu katanya, sangat di tekankan kerana jika isteri dianggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh diterima. ``Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami.

``Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat diwujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang,'' tegasnya. Misalnya, kata Shafie seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin. Sikap kurang mahu ini menurutnya,akan mengundang masalah sekiranya si isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa.

``Begitu juga sebaliknya masalah akan timbul jika ada sesetengah lelaki yang menyatakan dia akan dapat mengubah perangai isterinya apabila berkahwin. ``Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk,'' katanya.

Cinta..love...ishq..piyar..

Cinta... ... ? cinta, suatu perasan yang sukar digambarkan melalui kata-kata. Ia hanya dapat dinikmati secara mengalaminya sendiri. Cinta tidak dapat dipelajari tetapi dialami. Uniknya cinta kerana ia jelmaan kasih sayang yang teragung. > >
Sekiranya cinta sudah tiada di hati anda , tandanya salah satu nikmat Allah telahtercabut daripada anda, sedangkan cinta adalah nikmat teragung Allah terhadap hambaNya. Jika anda sudah tidak dapat menghargai cinta tandanya nilai kemanusiaan anda sudah mula terhakis. Ketiadaan cinta di hati anda bakal merubah seluruh kehidupan. > >
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulallah s.a.w bersabda " sesungguhnya Allah Taala berfirman pada hari kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan ku ? hari ini ku naungi mereka , dimana tidak ada naugan yang lain selain naungan ku. > >
Iktibarlah dari keutuhan cinta ini. ia kekal abadi & suci. Cinta Allah yang maha pencipta itu tidak memilih siapa, rupa , gaya & bagaimana keadanya . Cintanya boleh direbut oleh sesiapa saja. Cinta yang tidak pernah luput walau sesaat malah berkekalan terus. Bandingkan lah dengan cinta manusia yang biasanya bermusim & ada batasnya. Sewaktu disenangi dicintai apabila jemu @ benci " selamat tinggal " hadiahnya. Namun begitu
dalam hidup setiap manusia pastinya ingin disayangi & menyayangi , itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta... . > >
bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama & kerana cinta maruah tergadai. > >
Ketahuilah ... .gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta... . > >
benarlah kata-kata " cinta itu buta " cinta itu mampu membutakan mata & hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu & tidak kerana Allah SWT... . > >
Sebelum kau mendekati cinta ... . > >
cintailah dirimu terlebih dahulu , mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik , yang berasal dari setitik air yang tidak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah... > >
semoga di sana mampu melahirkan rasa keagunan & kehebatan terhadapNya & timbul rasa cinta & kasih pada pencipta mu... .. > >
Mencintai Allah & rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki & abadi kerana hati yang pecah & retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak & terburai tetapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali ... .


Dalam seusiamu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal & mampu membina syakhsiah muslimah mu... ...

sesungguhnya ilmu itu cahaya & ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat. > >
" Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal , cintakan manusia seringkali membuat seseorang itu gagal , kecewa, menderita & tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian & kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri " kata-kata Rabiatul Adawiah.

Namun Cinta mampu menjadi motivasi terbaik bagi manusia. Tiadalagi suatu rasa pun yang boleh memotivasi manusia kecuali rasa cinta & bahagia. Dengan cinta gunung kelihatan rendah untuk didaki. Dengan bahagia lembah kelihatan cetek untuk dituruni. Bercintalah sehebat manapun , selagi tidak membuahkan kebodohan sebagaimana Laila terhadap Majnun , serta pasangan Romeo & Juliet . Cinta ibarat cahaya, bukan pencetus masalah dan pembawa derita. tidak perlu berkorban kehormatan untuk cinta kerana cinta yang benar-benar suci dan semulajadi menjadikan pemiliknya bertambah matang, dewasa beriman malah berperibadi mulia. > >
Jika cinta dijelmakan dalam diri ia begitu memotivasi. > >
Jika diberikan kepada seseorang, ia ibarat menghadiahkan sebukit emas untukya. > >

Jika dijelmakan dalam rumah tangga, jawapanya adalah kerukunan & persefahaman yang berpanjangan

Monday, July 7, 2008

Erti Tangisan Wanita

TANGISAN WANITA

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya ? "Mengapa ibu
menangis?"

"Kerana ibu seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Saya tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernahmengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibusuka
menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki
dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.



Akhirnya dia mengetahuinya....



Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untukmenjadi
seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap
keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya"

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya"

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.

Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu:

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,
susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah
pintu hatinya... tempat dimana cinta itu ada."

Kirimkan ini kepada setiap wanita cantik yang Anda kenal hari iniuntuk
memperingati Bulan Sejarah Wanita.

Jika Anda lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi.

Anda akan menambah harga diri wanita!

Setiap Wanita itu Cantik