Friday, May 16, 2008

Keluarga - Dengar anak cakap

Oleh NORAINON OTHMAN

JIKA mendapat anak pendiam, kita sering menggelarnya ‘berat mulut’ dan risau dengan perkembangan itu. Lebih-lebih lagi jika dia baru melangkah ke alam persekolahan, tidak pernah mengadu apa-apa mengenai kejadian yang berlaku di sekolah, tetapi sering pulang ke rumah dengan calar dan luka serta pakaian kotor. Pasti terdetik di hati ibu bapa sama ada anaknya menjadi mangsa buli.Berlainan pula dengan situasi dihadapi ibu bapa jika si kecil tidak berhenti-henti bercakap hingga terpaksa diminta diam buat seketika. Seperti orang dewasa, watak anak tidak sama walaupun mereka adik-beradik.

Kerenah anak kecil walaupun kadangkala memeningkan, tetapi itulah penawar duka dan penghilang kebosanan ibu bapa. Kasih sayang dan perhatian ibu bapa umpama semangat untuk anak terus hidup dan mempunyai perkembangan baik dalam kehidupan sehariannya.Anak bukan hanya perlu disediakan makan pakai, tetapi juga belaian dan kasih sayang.

Ibu bapa bertanggungjawab mengasuh dan memberi pelajaran secukupnya bagi membolehkan anak berkembang sebagai individu sihat.Dalam mendidik anak, adakalanya kita terlepas pandang beberapa perkara penting yang sepatutnya diberi perhatian kerana kesibukan urusan seharian, sama ada di rumah atau pejabat. Pada waktu senggang, mungkin ibu bapa beranggapan mahu berehat dan tidak mahu diganggu, sedangkan itulah waktu yang pada si anak dirasakan sesuai untuk dia meluahkan isi hati kepada ibu bapa.

Sebagai ibu bapa, kadangkala kita tidak memberi peluang untuk anak bersuara atau memberi pendapat, sebaliknya meminta dia mengikuti segala arahan dan kehendak kita kerana beranggapan ibu bapa memiliki kuasa veto terhadap si kecil.Beri kesempatan untuk anak bercerita, meluahkan isi hati serta pendapat. Dengar ceritanya dengan teliti dan jangan memotong percakapannya.

Hati anak perlu dijaga seperti anda menghormati orang dewasa lain.Apabila anak bercakap, duduk di depannya atau berdampingan serta tatap wajahnya supaya dia berasa dihargai, bukan melayan si kecil berbual sambil sibuk membuat kerja rumah (terutama ibu) dengan mata dan fokus terhadap pekerjaan yang dilakukan.

Selain itu, (terutama bapa) elak bercakap dengan anak dengan membelakanginya, membaca surat khabar atau menonton televisyen. Jangan disebabkan yang bercakap itu ialah anak kecil, kita melayannya sambil lewa, tidak seperti kita melayan orang dewasa atau sahabat kita berbual.Walaupun masih kecil, anak mengerti sama ada orang tuanya berminat atau tidak mendengar cerita yang disampaikannya.

Jika ibu bapa tidak berminat melayannya berbual, dia mungkin tidak berminat untuk bercerita di lain masa.Siapa tidak sayangkan anak, apatah lagi anak kandung, tetapi tidak semua ibu bapa mampu menyatakan perasaan itu secara terus terang. Ada ibu bapa berharap anak sedar segala pengorbanan yang dilakukannya selama ini adalah tanda kasih sayang pada anak.

Berharap saja tidak memadai, sebaliknya belajar untuk menzahirkan kasih sayang dengan belaian dan kata-kata terhadap anak. Ini kerana, anak kecil mudah memahami kata-kata daripada tindakan yang dilakukan ibu bapa.Jika dia dimarahi, dia tahu ibu bapa berbuat demikian kerana menyayangi, bukan sebab benci.

TIP
  • Suara anak kecil tidak harus diperkecilkan kerana kadangkala mampu memberi pandangan bernas.
  • Meminta buah fikiran anak dapat membantu anak mengasah ketajaman akal untuk berfikir.
  • Jangan memperkecilkan pendapat anak, sebaliknya beri galakan untuk dia menyediakan pandangan lebih bijak.

Panorama - Alam Sekitar

Syurga pencinta alam

oleh Yooga Rani Murugiah

"CAMERON Highlands di Banjaran Titiwangsa begitu popular di kalangan pelancong tempatan dan asing yang cintakan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna. "

CAMERON Highlands di Banjaran Titiwangsa begitu popular di kalangan pelancong tempatan dan asing yang cintakan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna.Sebagai pusat peranginan tanah tinggi terbesar di Malaysia, ia dikelilingi kawasan hutan simpan yang tebal.

Cameron Highlands memang menjanjikan percutian menarik. Dengan udara bersih dan nyaman serta suhu antara 14 hingga 22 darjah selsius, pusat pengeluar sayuran, bunga dan teh ini nyata memberi keselesaan dan ketenangan kepada mereka yang inginkan suasana privasi, tenang dan nyaman.

Oleh kerana iklim sejuk dan tanah subur di Cameron Highlands sesuai untuk pelbagai jenis tanaman seperti teh, strawberi, bunga ros, kaktus dan jagung, majoriti penduduk setempat menjadikan kegiatan pertanian sebagai sumber pendapatan mereka.Menaiki kenderaan sendiri merentasi jalan bengkang-bengkok dari Simpang Pulai atau Tapah ke lembah Cameron cukup meletihkan.

Namun, kepenatan ini tidak dirasai apabila mata segar dijamu dengan pemandangan sekeliling yang begitu mempesonakan.Memang pemandangan sekitar ke kawasan tanah tinggi ini memukau. Sama ada belok ke kanan atau kiri, pasti mata tidak lekang menyaksikan keindahan panorama tanaman sayuran, bunga dan teh yang bertaburan bagaikan hamparan permaidani hijau.

Apa yang istimewanya, melalui jalan berliku-liku yang dibina mengikut kontur bukit, anda boleh nikmati kehijauan tanaman di sepanjang lereng bukit, pelancong sibuk membeli pelbagai buah tangan dan hasil tani yang segar di situ, saujana mata memandang.Jika bertuah, sambil menaiki bukit ini, anda akan terserempak dengan Orang Asli menjual akar kayu dan hasil tani lain.Penduduk Orang Asli ini masih mendiami lereng bukit dan di sepanjang kawasan tanah tinggi Cameron Highlands sejak dahulu.

Sebaik sampai di Cameron Highlands, kunjungan anda tidak lengkap jika tidak menjamah strawberi segar atau melawat kebun tanaman strawberi yang diusahakan menggunakan teknologi hidroponik dan sistem tanaman semula jadi.Selain memetik sendiri strawberi yang harum di kebun strawberi Raaju Hill di Kea Farm, tinjau sekali ladang dan kilang teh yang menunjukkan cara daun teh segar dikutip dan diproses menjadi serbuk di Ladang Teh Boh di Sungei Palas.

Di samping Ladang Teh Boh dengan kafeteria yang unik, membolehkan anda menghirup teh harum sambil menyaksikan keindahan ladang teh dari puncak bukit, Cameron turut memiliki dua lagi ladang yang tidak kurang popular, Bharat Tea Plantation dan Blue Valley yang dibuka untuk kunjungan ramai.

Pengalaman bercuti di Cameron Highlands memang menyeronokkan apatah lagi jika anda sukakan alam semula jadi. Malah pelancong yang melawat setiap ladang teh dan kebun sayuran serta tanaman lain, pasti diberi penerangan mengenai kegiatan dijalankan di situ. Malah penjual juga tidak keberatan menunjuk ajar, selain membawa pelawat meninjau taman berkenaan.Untuk kemudahan penginapan yang selesa dan mewah, anda boleh memilih Hotel Equatorial Cameron Highlands yang menawarkan harga berpatutan ketika promosi selain pakej lawatan ke semua destinasi di Cameron Highlands.

Info

  • Lokasi : Cameron HighlandsTempat menarik: Ladang Teh Boh Palas, Ladang Teh Cameron Valley dan Blue Valley, kebun strawberi di Brinchang, kebun tanaman sayuran, Ros dan Cactus Valley, Taman Rama-Rama, Air Terjun Robinson.
  • Bagaimana ke sana: Perjalanan menaiki kenderaan sendiri dari Tapah atau Simpang Pulai ke Cameron Highlands mengambil masa kira-kira sejam setengah. Anda akan merentasi pekan Ringlet, Tanah Rata dan Brinchang.
  • Cameron Highlands mempunyai tiga pekan iaitu Ringlet, Tanah Rata dan Brinchang. Jika Brinchang menempatkan ladang teh dan strawberi, Tanah Rata tertumpu kepada penanaman sayuran. Bunga ros, matahari dan orkid selain sayur seperti kobis dan tomato yang dibungkus sekali dalam satu pek boleh dibeli pada harga RM5.
  • Bagi peminat bunga ros dan pelbagai pokok bunga eksotik, Pusat Ros di Brinchang menawarkan bunga ros pelbagai warna. Di sini, anda boleh mendapatkan kombinasi spesies bunga raya, orkid, periuk kera dan tumbuhan hutan.
  • Daripada pusat ros, anda perlu memandu beberapa kilometer ke hadapan hingga sampai ke Lembah Kaktus, yang juga di Brinchang.
  • Taman kaktus terbesar ini menempatkan lebih 1,000 spesies kaktus di kawasan berlandskap seakan-akan padang pasir.
  • Melihat bekalan kaktus yang diperoleh dari Belanda dan China ini begitu unik selain harganya begitu murah, pasti membuatkan penggemar kaktus membeli pulang beberapa pokok kaktus sebagai hadiah buah tangan untuk keluarga dan rakan.

Panorama - Alam sekitar

Tasik 340 pulau

Oleh Alias Mohamed

"TASIK Kenyir selain menjadi kawasan tadahan air utama di Semenanjung, kian popular sebagai lokasi pelancongan antarabangsa."
TASIK Kenyir selain menjadi kawasan tadahan air utama di Semenanjung, kian popular sebagai lokasi pelancongan an tarabangsa.Namanya semakin kukuh sejajar dengan penganjuran pel bagai acara sukan lasak dalam kalendar pelancongan Tahun Melawat Terengganu 2008.

Banjaran pergunungan dan lebih 340 pulau yang ‘wujud’ selepas pembinaan empangan mencipta panorama semula jadi yang mengkagumkan sesiapa saja yang pernah men jejakkan kaki ke situ.Malah, kawasan tadahan seluas 200,000 hektar itu kaya dengan khazanah semula jadi termasuk air terjun, gua, sungai, selain kepelbagaian flora dan fauna mempesonakan. Semuanya hidup harmoni dalam persekitaran mendamaikan.

Keluasannya saja hampir menyamai saiz Singapura, sekali gus menjadikannya tasik buatan terbesar di Asia Tenggara. Justeru, setiap sisinya memiliki pelbagai destinasi menarik untuk diterokai.Persekitaran tasik ini amat sesuai untuk kegiatan lasak - sama ada ‘abseling’, ‘flying fox’ dan merentas denai hutan atau ‘jungle trekking’.

Pelbagai pusat peranginan di sini turut menyediakan pel bagai aktiviti sampingan lain termasuk seperti ‘night walk’, ‘compass marching’ dan ‘low rope’.Jika ada yang mahu lebih dekat dengan alam, mereka boleh membawa khemah sendiri atau menyewanya di tapak per khemahan. Kemudahan rekreasi lain termasuk kenu turut disediakan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

Melihat keluasan tasik ini, pengunjung pasti dapat me ngagak banyak destinasi menarik menanti untuk dikunjungi. Tidak jauh dari Pengkalan Gawi, Bukit Lawit menjadi antara destinasi tumpuan pengunjung.Manakala, Air Terjun Saok pula terletak 20 minit perjalanan dengan menaiki bot. Aliran air gunung ini antara 14 air terjun yang menjadi produk pelancongan utama di tasik ini. Pengunjung juga boleh memilih untuk menyusuri Sungai Chacing, Sungai Pertang, Sungai Terenggan dan Sungai Lawit yang terkenal dengan keindahan semula jadinya.

Bagi mereka yang gemarkan cabaran, Gua Bewah dan Gua Taat menanti untuk diterokai. Mereka juga boleh mengikuti program pendakian ke puncak Gunung Gagau yang terletak antara sempadan tiga buah negeri - Terengganu, Pahang dan Kelantan. Mahu lebih mencabar, jangan lepaskan acara lasak berjalan kaki merentas denai hutan dari Sungai Terenggan ke Kuala Tahan di Jerantut. Ekspedisi sejauh 40 kilometer (km) ini memakan tempoh sehingga enam hari.

Info

  • Ada dua pintu masuk bagi pelancong sama ada dengan menaiki bot di Ampangan Jenagor atau Pengkalan Gawi.
  • Kedua-duanya terletak di daerah Hulu Terengganu, namun Pengkalan Gawi lebih menjadi tumpuan sebagai kawasan riadah popular.
  • Tasik Kenyir di Hulu Terengganu adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara.
  • Tasik Kenyir memiliki 340 pulau dan menjadi antara pintu masuk ke Taman Negara.
  • Empangan Kenyir siap pada 1985 dan membentuk kawasan tadahan air seluas 38,000 hektar bukan saja mampu menampung bekalan air untuk negara, tetapi turut me lahirkan satu lagi destinasi pelancongan menarik iaitu Tasik Kenyir.
  • Tasik Kenyir adalah syurga bagi pemancing berikutan pelbagai spesies ikan air tawar yang menghuni dasar tasik berkenaan.
  • Jika minat mandi-manda, Tasik Kenyir mempunyai 14 air terjun termasuk Tembat, Salok, Lata Terap, Lasir dan Petang.
  • Bagi yang ingin mengelilingi Tasik Kenyir boleh berbuat demikian dengan menyewa bot dari Ketengah. Kadar sewa antara RM450 dan RM600.


Maklumat lanjut mengenai acara menarik dalam kalendar pelancongan Terengganu, sila layari http://www.tourism.terengganu.gov.my/

Agama dan Dunia

Hargai hubungan dengan alam sekitar

DALAM surah Yasin iaitu pada ayat ke-80 ada membawa maksud: “Tuhan yang menjadikan api (boleh didapati ) dari pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu maka kamu pun selalu menyalakan api daripada pohon itu...”

SECARA umumnya surah Yasin yang mengandungi 83 ayat diturunkan di Makkah. Intisari ayat berkisar kepada ke pentingan al-Quran dan ajaran Islam kepada manusia te rutama penduduk Makkah yang enggan menerima ajaran Islam walaupun terbukti benar.
Mereka enggan menerima ajaran supaya menyembah Allah dan percaya kepada hari kebangkitan sesudah kematian di dunia.

Dengan itu Allah menerangkan bukti kekuasaan-Nya. An taranya, bumi yang mati dihidupkan dengan tanaman subur, kejadian malam dan siang, peredaran matahari dan bulan sehingga peredarannya kelihatan kembali pula kepada pe ringkat awal.
Begitu juga dengan kejadian manusia yang bermula da ripada tiada dan kemudian ada (dilahirkan di dunia) dan seterusnya meninggal dunia (tiada).

Pengulangan berlaku dan ini sebagai bukti kekuasaan Allah. Allah berkuasa menghidupkan manusia kembali apabila kita mengimbas kejadian kita sendiri.
Tafsir ayat 80 surah Yasin secara umum menceritakan kekuasaan Allah membangkit dan menghidupkan semula manusia selepas mati pada hari hari akhirat dengan melihat kejadian alam sekeliling kita.

“Tuhan yang menjadikan api (boleh didapati ) daripada pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu maka kamu pun selalu menyalakan api daripada pohon itu.”
Kebiasaannya batang kayu yang kering dijadikan kayu api. Bagaimanapun kejadian Allah yang luar biasa ialah apabila api boleh keluar daripada pokok yang masih hijau.
Menurut ahli tafsir, terdapat pokok kayu di negara Arab yang bernama pokok Markh dan Ñafar yang dapat mengeluarkan percikan api dengan sekadar menggesel kayu itu (Ibn Kathir, III: 582).

Ia amat berguna kepada musafir dan mereka yang tinggal di padang pasir yang sukar mendapat api untuk kegunaan harian.
Dalam ayat lain, Allah berfirman. “Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)? Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya? Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang musafir” (al-Waqi’ah (56): 71-73).

Mengenai hubungan ayat ini dengan era globalisasi, mung kin anda ingin menghubungkan dengan harga minyak yang melambung dan ingin mencari bahan bakar baru.
Bagaimanapun saya melihat era globasasi menyaksikan manusia begitu lalai mengenai hubungan dengan Allah, manusia dan alam sekitar.
Manusia hanya ingin mengeksploitasi sumber alam untuk kepentingan jangka pendek dan lupa kepada pencemaran alam. Mereka ingin berjalan di atas muka bumi dengan berlagak sombong dan menghambakan manusia lain. Semua yang berlaku berpunca daripada manusia yang bertindak rakus dan merajakan diri sendiri.

Allah berfirman: “Timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan tangan manusia (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak rasakan mereka sebahagian daripada balasan per buatan buruk yang mereka lakukan supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (ar-Rum (30): 41).
Sudah sampai masanya manusia menukar corak hidup yang buruk seperti pembaziran dan kembali kepada ajaran Islam yang mementingkan keseimbangan serta keadilan dalam perjalanan hidupnya di dunia.

Pedoman - Kisah Dari Tanah Suci

Mendengar suara ghaib membaca al-Quran di sisi Kaabah

Abdul Wahab Muhammad Noor Thu Jan 31, 08 11:26:46 am MYT

Ahmad dapat menunaikan haji selepas bertahun-tahun bersusah payah menabung dalam Tabung Haji. Sewaktu di Makkah, sedang Ahmad beribadat di depan Kaabah, tiba-tiba dia mendengar suara orang membaca kitab suci al-Quran, dengan suara merdu di situ.
Ahmad tercengang kerana ada suara sedangkan pembacanya tidak kelihatan. Dia berfikir, mungkin yang membaca itu malaikat suruhan dan utusan Allah untuk memberkati Baitullah dan Masjidilharam.
Selepas tamat musim haji, Ahmad menuju ke kota suci Madinah al-Munawwarah bersama-sama jemaah haji sekumpulan dengannya.
Di Masjid Nabawi dia berpeluang bersolat fardu berjemaah, solat sunat, berzikir dan berdoa, untuk kesejahteraan hidupnya di dunia dan di akhirat. Ahmad suka bersedekah kepada orang yang memerlukannya.
Pada suatu malam, kira-kira jam 11.00, sedang dia beribadat di dalam Masjid Nabawi, tiba-tiba datang seorang lelaki Arab kacak dengan wajahnya bersih nian, memberikan isyarat jari telunjuk kepada Ahmad.
Lantas Ahmad terlintas di dalam hati untuk memberikan sedekah kepada Arab tadi. Tiada wang kecil dalam koceknya, kecuali sekeping wang kertas 100 Rial (kira-kira RM100).
Tanpa berfikir, terus saja diberikannya kepada Arab tadi. Apabila dia menoleh ke belakang, lelaki Arab tadi telah ghaib daripada pandangannya.
Mungkinkah lelaki Arab itu malaikat Allah, yang berpura-pura memohon sedekah, untuk menguji ketulusan dan kemurahan hati seorang hamba Allah, apakah dia bersyukur atau kufur dengan segala limpah rezeki dan nikmat-Nya, demikian fikir Ahmad. - lanh

Rapuhnya nilai akhlak manusia masa kini

Ustaz Zainudin Hashim Fri Apr 11, 08 9:08:22 am MYT

Islam satu-satunya agama (cara hidup) yang diperakui oleh Allah SWT yang diperuntukkan sesuai dengan fitrah semula jadi manusia serta makhluk yang lain.

Islam yang menjadi mercu tanda kegemilangan di zaman Rasulullah s.a.w, kemudian disambung oleh para sahabat nabi, setelah itu diperpanjangkan oleh sistem pemerintahan Islam seperti pemerintahan Bani Umaiyah, 'Abbasiyyah sehinggalah ke era pemerintahan Islam 'Othmaniyyah di Turki.

Matlamat utama penubuhan negara Islam tersebut adalah untuk merealisasikan tuntutan agama menerusi al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Tetapi matlamat tersebut lenyap dengan berakhirnya negara Islam di Turki yang jatuh ke tangan British menerusi pengkhianat Islam iaitu Mustafa Kamal Atarturk. Di mana beliau menjadi dalang untuk melihat Islam dikikis dari bumi Turki.

Ini bermakna umat Islam hari ini di seluruh dunia kehilangan kepimpinan Islam dan mereka amat dahagakan kepimpinan tersebut, kerana teori barat ataupun isme ciptaan manusia yang sudah lama bertapak sejak puluhan malah ratusan tahun tidak mampu menjadikan manusia sebagai insan yang bertamaddun dalam segenap tindak-tanduk mereka.

Ini dapat dilihat kerakusan manusia dalam pentas dunia, meragut ribuan nyawa yang tidak berdosa, seolah-olah menggambarkan pihak yang kuat dan lantang menguasai yang lemah.

Kekuatan teknologi dan senjata nuklear menentukan segala-galanya, pengguguran bom di bumi Hiroshima dan Nagasaki membuktikan tindakan yang kejam.

Pencabulan Israel pada awal 80an di Sabra dan Shatila yang mengorbankan banyak nyawa, serangan Soviet Union (sekarang Russia) dan yang terkini serangan kuasa besar Amerika Syarikat ke atas bumi Afghanistan kononnya memerangi pengganas, sehingga ke hari ini Amerika tidak mampu mengemukakan sebarang bukti yang nyata bahawa Osama Bin Laden bertanggung-jawab memusnahkan bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) dan Pentagon yang dikenali dengan peristiwa 11 september.

Peristiwa 11 September itu, seolah-olah dilihat sebagai batu loncatan buat Amerika untuk bertindak atas slogan hak asasi manusia. Akibatnya orang tua, wanita, kanak-kanak serta harta benda awam musnah hasil bedilan bom tercanggih Amerika. Ini juga menggambarkan seolah-olah bumi Afghanistan medan raptai segala ciptaan nuklearnya.

Amerika yang dianggap dunia sebagai sebuah negara maju dalam segenap bidang hidup, antaranya pencapaian teknologi maklumat, ekonomi,hiburan dan lain-lain, namun tidak mampu membendung jenayah di wilayah Amerika yang berlaku setiap detik seperti yang dilaporkan oleh Polis Antarabangsa (Interpol).

Hollywood yang mengaut keuntungan luar biasa hasil penjualan filem, dilihat sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada terhakisnya nilai akhlak di kalangan manusia sama ada Islam dan bukan Islam. Sumbangannya itu tidak terbatas hanya kepada negara barat sahaja, malah menembusi pasaran Asia termasuklah Malaysia yang tidak terkecuali kerana Malaysia dianggap salah sebuah negara yang berpotensi dalam segala hal.

Kita tidak lupa rosaknya akhlak remaja di negara kita khasnya, adalah hasil hiburan yang mudah diperolehi, bermula di pawagam, pub-pub, internet, video-video lucah dan sebagainya yang memberi saham ke arah keruntuhan moral.

Fenomena ini merisaukan semua pihak, lebih-lebih lagi para ibu-bapa yang telah banyak mengeluarkan wang semata-mata untuk melihat agar anak mereka menjadi insan yang berguna pada satu hari nanti.
Tetapi dalam masa yang sama, mereka lupa persekitaran yang ada tidak mampu menjamin suasana yang baik. Kerana persekitaran itu dicipta oleh penguasa, pemerintah atau pemimpin. Sehubungan dengan itu, Islam telah menyatakan sikapnya iaitu "Rakyat bergantung kepada agama/pegangan pemimpin mereka".
Justeru, umat Islam khasnya di segenap pelusuk dunia, mesti bersedia untuk kembali kepada ajaran Islam tulen, iaitu mendalami ilmu Islam seperti Usuluddin dan Syari'ah, sejarah Islam seperti sejarah hidup Rasulullah s.a.w, para nabi, para sahabat, para 'ulamak serta tokoh-tokoh Islam.
Ini kerana semua maklumat tersebut dapat membantu daya tahan dalaman seseorang muslim, malah dapat menghilangkan krisis keyakian umat Islam terhadap agama mereka sendiri.

TAULADAN - Kisah isteri yang suka berleter

Ada seorang suami yang hidupnya tertekan kerana isterinya kuat berleter. Setiap hari isterinya akan beleter tak kira masa. Balik kerja lambat setengah jam, berleter. Bangun tidur lewat, berleter. Rumah berselerak sikit, berleter. Oleh kerana sudah tidak tahan dengan leteran isterinya itu, si suami berjumpa dengan Hj. Ahmad, imam di kampungnya selepas solat jumaat.

Hj. Ahmad ni memang terkenal dengan warak dan kepandaiannya mengubat pelbagai penyakit. Bila diceritakan oleh si suami tentang perangai isterinya, Hj. Ahmad ni tersenyum dan bagitau pada si suami. "Betoi ka hang ni dah tak larat dengaq bini hang berletiaq". "Betoi haji. Saya minta tolong sangat pada pak haji ni". "Kalau macam tu, hang bagi ubat ni kat minuman bini hang, biaq dia tidoq lena. Lepas tu hang pi buang dia kat dalam satu lubang yang dalam". "Itu saja ke haji?" "Itu saja. Hang pi buatlah apa yang aku suruh. Tapi hang jangan menyesal di kemudian hari." "Terima kasihlah haji, tengoklah nanti macam mana".

Si suami ni rasa tak tergamak nak buat apa yang Hj. Ahmad tu suruh. Tapi bila tiba di rumah saja, si isteri terus berleter. "Orang lain pun sembahyang Jumaat juga, tapi tak ada lah balik sampai lewat sangat. Awak ni merayau ke mana?. Lain kerja tak ada, asyik merayau, merayau, merayau. Cubalah ingat sikit orang kat rumah ni." Olah kerana tak tertahan dengan leteran si isterinya ni, si suami ni pun nekad nak buat apa yang Hj. Ahmad ajar pada dia tadi. Waktu maghrib tu, lepas saja selesai sembahyang, si suami ni bancuhlah ubat yang diberi oleh Hj. Ahmad tu tadi. Dia pun beri kat isterinya.

Si isterinya pun sambil mengambil air itu sempat lagi berleter, "Ni buat-buat baik ni ada lah sebabnya tu. Mesti ada hati nak tambah bini lagi. Tu yang konon-konon buat baik ni". Selesai saja minum air tu, si isteri terus tertidur tak sedarkan diri. Si suami pun angkat si isteri ni tadi dan bawak ke belakang rumah.

Di sana ada sebuah perigi buta yang dah 20 tahun tidak digunakan. Sampai kat perigi buta tu, si suami ni pun terus campak isterinya ke dalam. Si suami pun pulang ke rumah. Keesokkan harinya, si suami ni rasa aman. Tak ada orang berleter dia bangun lewat. Balik kerja pun tak ada orang berleter. Dia rasa selesa duduk di rumah.

Masuk hari kedua, si suami ni rasa lain macam. Rasa rindu pulak pada leteran isterinya. Dia dah mula rasa gelisah. Sepanjang hari tu asyik teringat aje pada isterinya. Masuk hari ketiga, si suami tahu dia tak boleh hidup tanpa isteri dia. Selepas saja solat maghrib kat masjid, dia pun berjumpa dengan Hj. Ahmad. "Haji, saya rasa menyesallah haji sebab buang isteri saya dulu. Boleh tak saya dapatkan balik isteri saya tu?". "Itulah hang. Aku dah bagitau kat hang. Kalau hang nak buat, jangan menyesal. Laa ni aku pun tak tau apa nasib bini hang. Aku nak tolong pun aku tak jamin bini hang selamat atau tidak. Tapi hang boleh pi cuba .. Malam ni juga, hang kena pi tempat hang buang bini hang tu, hang bawak sekali tali panjang. Hang campak tali tu masuk ke dalam lubang tempat hang buang bini hang, lepas tu hang selawat 3 kali. Lepas selawat 3 kali, hang tarik tali tu ke atas. Hang cuba 3 kali. Kalau lepas 3 kali pun bini hang tak keluaq, maknanya bini hang dah mampuih la."

Si suami pun tanpa berlengah terus balik ke rumah, ambil tali panjang dan terus pergi ke perigi buta tempat dia mencampakkan isterinya 3 hari yang lepas. Sampai saja di perigi buta tu, si suami tu terus mencampakkan tali ke dalam perigi buta tu. Selepas saja selawat 3 kali, si suami tu tariklah bini dia naik ke atas. Selepas habis tali tu di tarik ke atas, tiada isterinya keluar. Si suami cuba buat kali yang kedua. Kali ni dia selawat 7 kali pulak. Tapi usahanya masih hampa. Si suami ni pun mulai risau. "Dah mati ke bini aku ni?"

Si suami cuba buat kali yang ketiga. Kali ni dia selawat 11 kali. Bila ditarik tali tu ke atas, dia terasa berat. Hati si suami begitu gembira. Selepas habis tali tu ditarik ke atas, yang keluar dari perigi tu bukan isterinya tapi satu jembalang yang berbulu amat lebat. "Siapa kau ni? Mana bini aku? Celaka lah kau kalau kau makan bini aku!" Jawab si jembalang tu, "Aku ni penunggu perigi buta ni. Dah bertahun aku duduk kat sini. Tapi sejak bini kau datang, aku jadi tak senang duduk. Hari-hari, pagi, petang, siang, malam asyik berleter, berleter, berleter. Aku sampai naik berbulu satu badan. Aku dah tak tahan. Aku nak pindah pergi tempat lain. Kalau kau nak bini kau, kau ambillah dia kat bawah tu. Aku pun dah tak tahan lagi dah.

SURAT DARI SETAN UNTUK MU

( Surat Dari Iblis)
( Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir)
(Sebenarnya surat ini hampir membuatku gila saat aku membacanya, tapi aku harus forwardnya kerna catatan kecil dibawahnya)

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu. Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan solat Isya' sebelum berangkat ketempat tidurmu.

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu. Hai Bodoh, Kamu millikku. Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama, dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu . Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah. Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah. Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya.

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan. Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku, dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka. Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH.

Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua , Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk. TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja. Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita. Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu. Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu. Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu. Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa. Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu. Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda. Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa. Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin. Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya. Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang. Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi. Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu. Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit. Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh. Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu. Hanya saja kau harus menjadi orang tolol yang lebih baik dimata ALLAH.
Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini dengan siapapun.

Mengendalikan hawa nafsu termasuk jihad besar

Mengendalikan hawa nafsu termasuk jihad besar

NABI Muhammad SAW bersabda bermaksud: “Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

Di samping faktor luaran seperti dunia, manusia dan syaitan, faktor dalaman iaitu nafsu turut mendorong manusia melakukan maksiat kepada Allah.

lMengendalikan hawa nafsu adalah jihad terbesar yang sangat berat dan wajib dilakukan manusia. Tanpa kemampuan mengendalikan hawa nafsu, manusia akan jatuh ke jurang kehinaan kerana nafsu sentiasa mengajak kepada keburukan dan kemudaratan.

Orang yang mengikut hawa nafsu kerap semakin asyik dengan kesesatannya itu. Mereka, bahkan sampai tidak merasakan berdosa dengan maksiat yang dilakukan sehingga sanggup dan tanpa malu melakukan tindakan melampaui batas.

Contohnya, muda-mudi berkelakuan tidak senonoh seperti bercumbu-cumbuan di khalayak ramai dan seumpama, sedangkan mengetahui bahawa menurut hawa nafsu mengakibatkan kehidupan moral dan akhlak mulia manusia rosak.

Penting bagi setiap umat Islam memiliki nafsu yang selalu memperoleh petunjuk daripada Allah seperti nafsu yang dimiliki oleh Nabi Yusuf sehingga beliau dapat menghindarkan dirinya daripada segala bentuk kemaksiatan.

PETIKAN Mastika Hadis, Jakim
.

Kesihatan - Migraine

Migraine juga di kenali sebagai vascular headache, manakala dalam bahasa Greek ia di kenali sebagai henimikrania yang bermaksud sebelah tengkorak. Kebiasaannya penghidap merasa sakit atau berdenyut hanya pada sebelah kepala sahaja dan lama kelamaan pada kedua-dua belah kepala. Pada tahap yang teruk migrain boleh menyebabkan rasa pening(nausea), muntah, cirit birit dan juga sensitif kepada cahaya dan bunyi. Ia berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dam ia juga di kaitkan dengan proses pembengkakan (inflamasi).

Faktor-Faktor penting penyebab Migrain

Keturunan

Bagi individu tertentu saluran darah mereka begitu sensitif kepada kesan penyejukan dan membran platlet pula tidak mampu mengekalkan serotonin dengan efektif. Kesan ini menyebabkan mereka mudah mendapat migrain dan sakit kepala.


Pemakanan


Jenis makanan yang di ambil mempengaruhi kesihatan individu. Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (Ajinomoto), keju, coklat, kekacang dan beberapa jenis kandungan lain juga boleh menyebabkan migrain. Ini kerana ada di antaranya mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh menyebabkan saluran darah mengembang dan seterusnya menyebabkan migrain. Sestengah individu yang menghadapi masalah berat badan dan mengamalkan diet yang tidak betul juga boleh menyebabkan migrain. Ini kerana apabila kandungan gula dalam darah menurun dan menyebabkan saluran darah mengembang. Alahan (allergik) juga boleh menjadi penyebabnya, begitu juga dengan waktu makan yang tidak tetap atau tidak makan. Bagi individu yang kerap mengambil minuman yang mengandungi kaffein seperti kopi,t

Hormon

Secara terus kemungkinan oestrogen tidak mengakibatkan migrain tetapi paras oestrogen yang tidak menentu turun dan naiknya boleh menyebabkan migrain terjadi. Kadar kejadian migrain di kalangan wanita biasanya menurun semasa mengandung dan kebanyakan wanita akan mengalaminya sebelum, semasa dan selepas kedatangan haid. Ini keran paras oestrogen pada waktu ini tidak menentu. Bagi wanita yang mengambil pil perancang sesetengahnya mengalami masalah migrain kerana ada sesetengah pil mengandungi oestrogen begitu juga dengan wanita yang mengalami menopause dan menjalani rawatan HRT(hormone replacement therapy). Kaedah ini juga turut mengandungi oestrogen dan menyebabkan paras oestrogen dalam badan tidak menentu.


Gaya Hidup Dan Penyebab

Terlebih, terkurang atau masa tidur yang tidak teratur boleh menyebabkan migrain.

Pemakanan yang tidak teratur atau tidak makan.

Pengambilan ubat juga boleh meyebabkan migrain. Oleh itu minta nasihat doktor sebelum mengambil ubat.

Perubahan cuaca juga boleh menyebabkan migrain. Ini termasuklah keadaan pancaran matahari yang terang atau lampu.

Bunyi dan bau yang kuat.

Menonton TV atau menghadap skrin komputer dalam tempoh masa yang panjang.

Tekanan emosi atau stress. Ia bergantung kepada individu itu sendiri, samada sebelum atau semasa menghadapi tekanan.

Merokok.

Jantina ( 3 - 4 kali lebih kerap di hidapi wanita berbanding lelaki).

Thursday, May 15, 2008

Bersedekah demi keredaan Allah

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
Sayyid Qutub berkata: “Oleh sebab itulah satu peralihan pembicaraan dibuat iaitu daripada berbicara dengan orang-orang yang beriman kepada berbicara dengan Rasulullah SAW untuk menjelaskan beberapa hakikat yang besar dan mempunyai kesan yang mendalam dalam usaha menegakkan kefahaman Islam di atas asas-asasnya (yang kukuh) dan menegakkan tingkah laku Islam di atas jalannya (yang sebenar).
Ibn Abi Hatim meriwayatkan dengan isnadnya daripada Ibn Abbas r.a daripada Nabi SAW bahawa dahulu beliau menyuruh supaya jangan diberi sedekah melainkan kepada orang-orang Islam sehingga turun ayat di atas.
Ibn Jauzi berkata, sebab turunnya ayat ini kerana orang Muslim rasa kurang senang bersedekah kepada kaum kerabat mereka yang musyrikin, inilah pendapat jumhur.
Adapun urusan hati, hidayatnya dan kesesatannya, maka ia bukan urusan seseorang makhluk Allah walaupun dia itu Rasulullah SAW sendiri. Ia adalah urusan Allah Yang Maha Esa sahaja. Kerana hati itu adalah ciptaan Allah dan tiada siapa selain Allah yang boleh menguasai dan mengendalikannya.
Tiada siapa yang mempunyai kuasa-kuasa di atas hati-hati itu selain daripada Allah SWT. Tugas Rasul hanya menyampaikan perintahnya dan urusan hidayat terletak di tangan Allah. Ia mengurniakannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dari mereka yang diketahui wajar menerima hidayat dan berusaha untuk mendapatkannya.
Mengeluarkan urusan hidayat daripada ikhtisas manusia itu menjelaskan hakikat yang pasti ditanam di dalam hati setiap Muslim agar ia bertawajjuh kepada Allah Yang Maha Esa sahaja dalam usahanya untuk mencari hidayat dan agar ia menerima bukti-bukti hidayat daripada Allah Yang Maha Esa sahaja.
Kemudian hakikat ini juga melapangkan dada Rasulullah Sahibud-Dakwah dalam menghadapi kedegilan orang-orang yang sesat. Kerana itu hatinya tidak merasa bosan terhadap mereka apabila beliau berdakwah kepada mereka, malah beliau menaruh perasaan belas kasihan terhadap mereka dan menunggu keizinan Allah semoga hati mereka mendapat hidayat semoga hati mereka mendapat hidayat dan semoga Allah memberi taufik kepada mereka ke arah mendapat makrifat Allah apabila Ia kehendaki.
Firman Allah SWT: Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya.
Sayyid Qutub berkata: “Oleh itu hendaklah engkau lapangkan dadamu kepada mereka dan banyakkan toleransimu kepada mereka dan hulurkan kebajikan dan pertolongan yang diperlukan mereka darimu dan serahkan perkara mereka kepada Allah dan ganjaran setiap pemberi bantuan tersimpan di sisi Allah”.
Dari sinilah kita dapat melihat beberapa kemuncak toleransi yang tinggi dan gemilang. Kemuncak inilah Islam mengangkat hati kaum muslimin dan melatih mereka supaya mencapainya.
Islam bukan sahaja menegakkan dasar kebebasan beragama dan bukan sahaja melarang paksaan memeluk agama, malah Islam menegakkan dasar yang lebih jauh daripada itu, iaitu ia menegakkan dasar toleransi insaniah yang diambil daripada arahan Allah SWT yang menetapkan seluruh orang yang memerlukan itu berhak mendapat pertolongan dan bantuan.
Selama mereka tidak berada dalam keadaan perang dengan kelompok muslimin. Tanpa memandang kepada agama mereka, juga menetapkan bahawa ganjaran bagi orang-orang yang memberi pertolongan itu tetap tersimpan di sisi Allah dalam segala keadaan selama infak itu bertujuan mencari keredaan Allah.
Itulah toleransi yang membangkit dan menampilkan umat manusia ke depan. Hanya Islam sahaja yang dapat melakukannya dan hanya orang-orang Islam sahaja yang mengetahui hakikat-hakikatnya.
Firman Allah: Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), Maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah.
Al-Zajjaj berkata, ini khusus bagi orang yang beriman di mana Allah mengajar mereka bahawa ia sungguh Maha Mengetahui kehendak mereka di sisi begitu juga memberi tahu mereka dengan sahnya qasad dan nawaitu mereka. Maka sesungguhnya Allah juga mengkhabarkan kepada mereka balasan.
Al-Hasaan al-Basri berkata, orang yang beriman nafkah untuk dirinya dan ia tidak infak untuk mencari keredaan Allah. Sedangkan Ata’ al-Kharasani berkata, yakni jika kamu kurniakan semata-mata kerana Allah maka tiada dosa dan kesalahan bagi kamu apa yang dikerjakannya.
Ibn Kathir menyatakan ini adalah makna yang baik. Kesimpulannya bahawa yang bersedekah semata-mata mencari keredaan Allah, maka sesungguhnya ia pasti mendapat pahala dan tiadalah ke atasnya sebarang dosa daripada nafkah yang dilakukan sama ada bagi orang baik dan orang jahat.
Begitu juga orang yang berhak atau tidak ia tetap mendapat pahala berdasarkan niatnya.
An-Nasafi berkata, bukanlah nafkah kamu kecuali mencari keredaan Allah dan menuntut di sisi-Nya.
Firman Allah: Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikitpun tidak akan dianiaya (dirugikan).
Al-Baghawi berkata, ayat ini mempunyai syarat jika sekiranya kamu nafkahkan daripada harta yang baik sudah pasti Allah membalas untukmu dan kamu akan termasuk dalam golongan seperti yang difirmankan Allah.
Sebagai penutup penulis menukilkan hadis Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW: Seorang lelaki pernah berkata: Aku akan bersedekah pada malam ini kemudian beliau keluar dan memberi kepada seorang penzina, keesokan harinya orang ramai bercakap penzina telah diberi sedekah. Lantas lelaki ini berkata, Ya Allah bagi kamu segala kepujian atas penzina tersebut dan aku akan bersedekah pada malam ini kemudian beliau keluar dan memberi sedekah pada orang kaya.
Keesokan harinya orang ramai berkata, orang kaya mendapat sedekah maka berkata lelaki tersebut, Ya Allah bagimu segala kepujian atas orang kaya. Pada malam ini aku akan bersedekah dan aku memberi kepada pencuri. Keesokan harinya orang ramai berkata, pencuri mendapat sedekah. Lantas katanya, Ya Allah, bagi kamu segala kepujian ke atas penzina, orang kaya dan pencuri. Kemudian datang dan dikatakannya adapun sedekah kamu diterima. Adapun penzina semoga ia menjaga maruah dengan sedekah tersebut dari berzina. Dan semoga orang kaya mengambil iktibar untuk menjadi orang yang berinfak ke atas kurniaan Allah. Dan semoga pencuri menjaga maruahnya dengan sedekah tersebut daripada mencuri. (riwayat Bukhari dan Muslim)Bersedekah demi keredaan Allah

Kesihatan -Gangguan sindrom Internet

Gangguan sindrom Internet
Individu yang ketagih Internet akan menjalani kehidupan terasing, menderita keletihan dan menyisihkan diri.
DI sebuah kafe internet di Seoul, Korea Selatan, beberapa orang terbunuh kerana permainan video secara dalam talian.
ADAKAH anda geram atau marah kerana tidak dapat melayari Internet? Jika ya, maka anda memiliki sindrom iaitu ketagihan Internet.
Ketagihan Internet kini sudah menjadi isu kesihatan umum yang serius dan mesti segera ditangani bagi memastikan anak-anak anda tidak terjebak di dalamnya.
Menurut pakar psikiatri, sindrom ini dikenali sebagai gangguan klinikal terhadap mereka yang begitu asyik dengan Internet.
Dr. Jerald Block, salah seorang penulis dalam American Journal of Psychiatry, berkata, individu yang gemar bermain permainan komputer, melayari laman web lucah atau pornografi, menghantar emel dan sebagainya telah dikenal pasti sebagai mengalami punca gangguan kompulsif-impulsif ini.
Mereka yang ketagih Internet mempunyai empat komponen utama iaitu:
1. Menggunakan Internet secara berlebihan sehingga tiada masa untuk menjalani kehidupan normal.
2. Sering menyisihkan diri daripada orang ramai termasuk bersikap pemarah apabila komputer tidak boleh digunakan.
3. Memerlukan komputer yang lebih baik, lebih banyak perisian atau lebih banyak masa diperlukan untuk melayari Internet.
4. Mengalami kesan negatif termasuk sering bergaduh, menipu, tidak mencapai kejayaan, mengasingkan diri daripada aktiviti sosial dan sering keletihan.
Kajian kes utama ialah Korea Selatan yang mempunyai jumlah penduduk paling ramai menggunakan jalur lebar di dunia.
Dr. Block mengetahui perkara itu selepas 10 orang didapati mati akibat darah beku di dalam otak kerana duduk menghadap komputer dalam jangka waktu yang lama.
Di sebuah kafe Internet pula, beberapa orang lagi terbunuh kerana permainan video secara dalam talian. Ini menyebabkan kerajaan Korea Selatan menganggap ketagihan Internet sebagai salah satu masalah kesihatan umum yang serius.
Kerajaan menganggarkan bahawa sekitar 210,000 kanak-kanak di Korea Selatan mengalami sindrom ketagihan Internet dan perlu menjalani rawatan.
Kira-kira 80 peratus daripada jumlah tersebut mungkin memerlukan rawatan otak dan suku daripadanya harus menerima rawatan di hospital.
Dr. Block yang merupakan pakar psikiatri di Universiti Oregon Health & Science di Portland menulis bahawa kadar gangguan adalah lebih sukar dianggarkan di Amerika Syarikat (AS) kerana mereka cenderung melayari Internet di rumah berbanding di kafe.
Tetapi dia percaya terdapat kes-kes yang sama berlaku di AS. Katanya: "Malangnya mereka yang mengalami ketagihan Internet menentang atau enggan menjalani rawatan menyebabkan mereka berdepan risiko yang signifikan."
Ujar Dr. Block, beliau tidak percaya dengan laman-laman web spesifik seperti Facebook atau YouTube yang dianggap bertanggungjawab terhadap kes ini.
"Perhubungan adalah dengan komputer. Pertama, ia menjadi satu signifikan kepada mereka. Kedua, mereka meletihkan emosi yang boleh dilalui dalam dunia sebenar komputer menerusi pelbagai mekanisme seperti e-mel, permainan video dan laman pornografi.
"Ketiga, penggunaan komputer secara tidak langsung mengambil masa-masa berharga dalam kehidupan mereka. Kemudian, jika anda cuba menghindari tabiat tersebut, ini akan mengakibatkan mereka kehilangan 'kawan baik' sendiri, komputer," jelas Dr. Block.
Harry Husted, seorang lelaki bujang berusia 51 tahun dari New York, menghabiskan masa 16 jam sehari untuk melayari Internet.
Dia menegaskan bahawa dia bukan seorang yang ketagih Internet, tetapi mengakui sudah biasa dengan situasi tersebut.
LAMAN web porno, permainan, perjudian dan perbualan dengan rakan-rakan lebih popular di Amerika Syarikat berbanding di negara lain. - Gambar hiasan
"Saya perlu bekerja menggunakan komputer selama lapan jam. Kemudian apabila pulang ke rumah, saya akan melayari Internet selama tujuh atau lapan jam lagi. Saya akan berjaga sehingga pukul dua atau tiga pagi dan hanya akan tidur apabila sudah mengantuk.
"Saya tidak keluar membeli barang keperluan dan saya tidak peduli tentang kawan-kawan, televisyen atau apa-apa sahaja. Selepas beberapa ketika, saya menyedari apa yang berlaku dan membuat sesuatu untuk mengatasinya. Kini, saya menggunakan MySpace hanya untuk mengiklankan perniagaan saya."
Klinik ketagihan Internet telah banyak diadakan di seluruh dunia dalam percubaan untuk menghentikan tabiat individu yang terbabit.
Ramai orang telah bertukar dengan ketara tanpa ironi kepada laman web lembaga perbincangan dengan nama seperti Internet Addicts Anonymous.
Pusat untuk Internet Addiction Recovery di Bradford, Pennsylvania mengatakan ketagihan Internet telah berkembang menjadi isu sah dalam jenayah, perceraian dan kes-kes pekerjaan.
Ia turut menawarkan servis rundingan kepada peguam-peguam bagi menyelesaikan pelbagai kes yang ada.
Robert Freedman, Pengarang American Journal of Psychiatry berkata, pernyataan terhadap ketagihan mungkin boleh dipelbagaikan.
"Di Korea, ia kelihatan lebih utama terhadap laman-laman web permainan manakala di AS, ia seperti Facebook. Ia adalah mengenai porno, permainan, perjudian dan perbualan dengan rakan-rakan. Semua perkara ini telah wujud sebelum ini, tetapi kini ia lebih mudah."
Bagi mengatasi ketagihan, Freeman memberi nasihat berikut: "Kumpulan bantuan persendirian mungkin tempat untuk memulakannya. Mungkin anda boleh menggantikan talian secara berkumpulan dengan sesuatu yang realiti (perbincangan). - Dpa

Tuesday, May 13, 2008

Mencari Habil

Oleh Tn Iskandar Ismail
Pertemuan Gila
Ini cerita gila. Tentang manusia yang gila dan sebuah pencarian yang gila. Itulah kesimpulan yang dapat saya buat setelah mendengar cerita daripadanya. Dia, sahabat yang gila - gila sewaktu remaja dan agak gila setelah dewasa. Saya istilahkannya sebagai gila bukanlah disebabkan jiwanya yang sakit atau mentalnya yang rosak, tetapi kerana sikap dan prinsipnya yang selalu menyalahi kebiasaan dan menyanggahi kelaziman. Sebenarnya, sudah agak lama saya tidak bersua dengannya. Pertemuan di Pantai Tanjung Aru kali ini pun secara kebetulan sahaja. Tanpa dirancang dan tidak diduga. Semuanya bermula apabila dia menyapa saya yang sedang leka menikmati pantai yang indah. Sudah menjadi adatnya bila sesekali berjumpa, maka banyaklah perkara yang diceritakan. Cerita tentang saya, juga tentang dia. Hinggalah melarat ke cerita gila. ,
Katanya, ceritanya begini, “Ada seorang lelaki tua yang berlari-lari pada siang hari sambil membawa obor. Bila ditanya, tentang apa yang dicari, dijawabnya, dia mencari kemanusiaan dan keinsanan. Akibatnya, semua orang mentertawakannya.” Menurutnya lagi, ini kisah ribuan tahun sebelum Masihi dan berlaku di Yunani. Zaman kegemilangan falsafah atau lebih tepat, era Plato dan Socrates. Ahh! Gila. Memang gila. Tapi siapakah yang gila? Itulah persoalannya. Si lelaki tua itukah atau orang yang mentertawakannya ataupun pencariannya yang gila. Sakit otak, celaru minda dan serabut fikiran bila saya memikirkan jawapannya.
“Sudah berapa orang anak kau sekarang.” Sengaja saya menukar tajuk untuk dibual bicara. Semata-mata tidak ingin berterusan mendengar cerita gila daripadanya. “Aku belum kahwin.” Jawabnya ringkas dan bersahaja. Mendengar jawapannya itu, saya diasak beberapa pertanyaan. Betul-betul terkejut dan benar-benar hairan. Terkejut kerana dia masih bujang walaupun usianya menghampiri angka empat puluh. Padahal dia seorang usahawan yang berjaya dan memiliki wajah serta penampilan yang mampu mendatangkan pesona pada pandangan mata. Kenapa dia belum berumah tangga? Inilah yang menjadi tanda tanya. “Sedang mencari.” Katanya lagi tanpa dipinta. Patutlah masih membujang. Rupa-rupanya dia terlalu cerewet dalam memilih pasangan. “Perempuan macam mana yang kau cari. Jangan memilih sangat.”
“Bukan perempuan. Tapi lebih penting daripada itu.” “Habis tu.” Ternyata saya salah menduga. “Habil. Aku mencari Habil. ” Begitulah katanya. “Habil ?” Saya kembali ajukan tanya. “Iya, Habil putera Adam dan Hawa.” Jawabnya lagi diiringi anggukan kepala. Saya ketawa sebaik sahaja mendengar jawapan darinya. Saya anggap itu sekadar gurauan dan jenaka. Untuk menceriakan suasana semata-mata.
“Mungkin bagimu, ia aneh dan lucu. Tapi percayalah, ia amat perlu. Perlu untuk dua insan yang ingin bersatu. Perlu untuk dua jiwa yang ingin berpadu.” Jelasnya lagi. “Bersatu dan berpadu macam mana yang kau maksudkan?” Saya mohon penjelasan yang pasti daripadanya.
Bicaranya amat sukar untuk dimengerti. “Berpadu dalam ikatan perkahwinan dan bersatu sebagai suami dan isteri.” Itulah jawabnya. “Kau tak ubah macam dulu. Suka bergurau.” Kata saya sambil ketawa. “Aku tak bergurau. Percayalah.” Tegasnya lagi dengan suara yang lantang. Beberapa orang sumandak yang sedang menjamu selera di meja berhampiran memandang semacam ke arah kami. Mungkin suara sahabat saya yang agak lantang itu telah menyebabkan mereka terkejut. Saya juga amat terkejut.

Sekilas renung pada wajahnya, saya yakin dia benar-benar serius. Saya andaikan dia sudah tidak keruan hingga bercakap yang bukan-bukan. “Tuhan! Kegilaan apakah yang melanda sahabatku ini. Kegilaan mencari orang yang telah mati.” Hati saya berbicara sendiri. Manifestasi kebimbangan yang menguasai diri. “Habil masih ada. Cuma dia menyepi dan sukar dicari lantaran sikap kita yang tak acuh dan tak peduli.” Pernyataannya itu benar-benar gila dan menggilakan. “Tanyalah mana-mana ulama. Rujuklah mana-mana kitab tafsir. Jawapannya satu. Habil telah mati. Muktamad dan tiada khilaf lagi.” Sedaya yang boleh dan sekudrat yang mampu, saya cuba memahamkannya. “Aku yakin Habil masih ada. Aku nekad mencarinya.” Balasnya dengan penuh ketegasan, juga penuh kedegilan. Gila! Memang gila. Sah, sahabat saya ini sudah gila. Malah sudah sampai ke tahap kritikal. Persis lelaki gila dalam cerita yang gila, dia juga seorang pencari yang setia. Juga pencari yang gila. Mungkin ini yang tersirat di sebalik kisah lelaki tua yang gila dan pencariannya yang penuh kegilaan dalam ceritanya tadi.
Fatwa
Pernah dahulu dia ‘fatwakan’ jatuh cinta sebagai permulaan segala kesulitan. ‘Fatwa’ yang gila dan bercanggah dengan fitrah kemanusiaan. Bukankah cinta akan menyempurnakan kehidupan manusia yang dia istilahkan sebagai makhluk yang bertempat, berjirim dan berjisim. Bukankah segala kesulitan akan sirna apabila cinta mula bersinar. Paling tidak, orang yang kecanduan cinta tidak dapat membezakan bahagia dan derita. Bagi pencinta semuanya sama. Bahagia selamanya. Inilah yang dikatakan wahdatul fikr dan wahdatul amal dalam bercinta. Itu kisah dua puluh tahun yang lalu. Sewaktu usianya masih remaja dan sebelum dia menjadi pencari yang gila. ‘Fatwanya’ itu perlu dinasakhkan dengan segera sejajar dengan peningkatan usia. Tapi sayang, pencarian yang gila menyebabkan dia sasau dan nanar sebelum sempat berumah tangga.


"Pernah dengar cerita Habil dan Qabil.” Tiba-tiba dia bersuara. Mengusir sepi yang membungkus suasana. Sekali gus, membunuh ingatan saya terhadap masa silamnya. Saya jawab dengan anggukan kepala. Kisah dua orang putera Adam dan Hawa itu memang masyhur di mana-mana. Ia disebut dalam kitab-kitab tafsir yang muktabar. Habil anak yang taat dan hamba Tuhan yang setia. Qabil pula sebaliknya. Qabil tidak berpuas hati apabila Habil ingin dikahwinkan dengan kembar perempuannya. Dia juga tidak dapat menerima kembar perempuan Habil sebagai calon isterinya. Keadaan menjadi kalut. Adam resah dan Hawa gelisah. Allah membantu dengan menjadikan korban sebagai syarat penentu. Korban Habil diterima dan Qabil kecewa. Cinta itu buta, Qabil telah membuktikannya. Kerana kecewa dia telah mengikut telunjuk syaitan durjana hingga sanggup membunuh Habil, saudara seibu dan sebapa dengannya.
“Tau tak kenapa korban Habil diterima Allah.” Soalnya lagi. “Sebab Habil berkorban penuh keikhlasan.” Dia anggukan kepala tanda akur dan setuju dengan jawapan yang saya berikan. “Habil hidup dengan prinsip. Dia mendamba kasih Allah. Dia dahaga cinta Pencipta. Tiada apa pun yang mampu menggugat cinta dan kasihnya kepada Allah. Sebab itulah dia sanggup berkorban dan terkorban. Prinsip inilah yang perlu ada dalam diri setiap manusia.” Ulasnya lagi dengan panjang lebar.
“Prinsip! Maaf, aku betul-betul tak faham.” Saya mengemis pengertian darinya “Tak mengapa. Kau akan mengerti nanti. Percayalah.” Saya kebingungan. Benar-benar tidak mengerti. Betul-betul tidak faham. Saya menarik nafas panjang sambil mencicip kopi panas yang telah lama terhidang.
Dia ketawa melihat saya yang sedang lemas dalam lautan hairan sambil melontarkan pandangannya ke dada langit yang tenang. Sekumpulan burung yang bebas berterbangan di awan benar-benar menarik perhatiannya. Kemudian, sepotong hadis riwayat Imam Ahmad diperdengarkan kepada saya. “ Ikatan iman yang paling kuat ialah kasih sayang kerana Allah dan marah kerana Allah.”
“Manusia perlu diikat dan Allah lah yang mengikat. Segala- galanya termasuklah cinta dan kahwin, mesti ada keterikatan dengan Allah. Tanpa ikatan ini, manusia, cinta dan perkahwinan akan terbabas.”
“Terbabas macam mana yang kau maksudkan.” Saya mengerutkan kening tanda tidak mengerti dengan pernyataanya itu. Namun, soalan yang saya ajukan itu tidak dihiraukannya. Dibiarkan sahaja menjadi teka-teki yang tidak terjawab. Sekali gus membiarkan kebisuan mengganti bicara. Mungkin dia sudah bosan dengan karenah saya. Saya meneka-neka sendiri dalam hati.
“Persoalan cinta dan kahwin harus dipandang serius. Tidak memadai jika dinilai mengikut perkiraan matematik. Ia tidak sekadar satu nisbah satu, untuk menyatakan seorang lelaki yang beristerikan seorang perempuan. Atau satu nisbah empat, untuk seorang suami yang mempunyai empat orang isteri. Ia melibatkan hidup dan kehidupan. Memperkatakan tentangnya memerlukan hati dan perasaan. Hati dan perasaan pula haruslah tunduk kepada peraturan Tuhan.” Dia kembali bersuara menyambung semula bicara yang terputus buat seketika. Saya anggukan kepala. Memang saya sangat bersetuju dengan pendapatnya. Tapi kali ini, saya tidak melontarkan kata atau ajukan tanya. Saya ingin menjadi pendengar yang setia. Saya terus menanti dengan sabar tutur bicaranya yang seterusnya.
“Dalam Sahih Bukhari, ada diceritakan tentang wanita yang dihumban ke neraka lantaran tidak berterima kasih dan tidak bersyukur terhadap pemberian suami. Mungkin disebabkan si suami tidak mampu memenuhi segala keinginannya, lantaran ketidakmampuan dari segi kewangan. Inilah yang berlaku jikalau si isteri tiada keterikatan dengan Allah. Dalam Hadis riwayat Tirmizi pula, ada dinyatakan tentang lelaki yang mencapai kesempurnaan iman kerana berlaku baik dan berlemah lembut terhadap isterinya. Dia menjadi suami yang baik kerana ada jalinan yang akrab dengan Allah.
Ringkasnya, suami dan isteri mestilah ada keterikatan dan keakraban dengan Allah barulah hubungan diredhai dan rumah tangga diberkati.” Persis ahli panel dalam rancangan forum agama, dia berhujah dengan begitu teliti. Dibawanya dalil yang tidak boleh dipertikaikan lagi. “Maksudmu, kerana Allah.” Saya membuat kesimpulan sendiri.
“Iya. Nampaknya kau dah mula faham. Itulah prinsip Habil yang aku maksudkan. Cinta, kahwin dan kehidupan kerana Allah.” “Tapi, aku belum mengerti tentang Habil yang kaucari.” Dia ketawa lagi setelah mendengar pertanyaan itu. Mungkin baginya, pertanyaan saya itu setaraf dengan lawak jenaka yang mencuit hati. “Aku mencari Habil yang bermukim di hati keturunan Hawa. Maksud aku, perempuan yang menjiwai prinsip Habil. Atau lebih tepat, perempuan yang ada keterikatan dengan Allah dan keakraban dengan agama. Hanya perempuan macam ni yang dapat menjadi isteri yang baik kerana dia memahami pengertian cinta dan kahwin yang diberkati. ” “Astaghfirullahalazim!” Saya gelengkan kepala sambil beristighfar panjang. Rupa-rupanya ada makna berselirat seribu di sebalik pencariannya itu. Majaz cuma dan simbolik semata-mata. “Kalau macam ni, lambat lagilah kaukahwin.”
Saya meluahkan kerisauan yang bersarang di hati. Dia diam seketika dan dengan wajah yang muram dia bercerita perihal hidupnya yang malang. Katanya, dia pernah bertunang, tetapi terpaksa diputuskan. Sungguh malang, walaupun tunangnya cantik dan menawan, tapi tidak seperti yang diharapkan. Hanya bahagia yang sanggup dikongsi, tetapi derita dia bersendirian menghadapi. Sewaktu perniagaannya merosot atau lebih tepat ketika dia dalam kerugian, tunangnya meminta agar dileraikan ikatan. Tidak sanggup berkongsi hidup dengan lelaki yang tandus kewangan dan sifar kemewahan. Saya kira, tentu sahaja kegagalan itu benar-benar mendera hati dan perasaannya, hinggakan dia terlalu berhati-hati dalam memilih pasangan.
Kali ini bukan cantik yang diimpikan. Tapi dia ingin ikut formula Tuhan, seperti yang dinyatakan oleh Nabi junjungan, ‘kahwinilah perempuan kerana pegangan agamanya’ “Biar lambat asal selamat. Lambat yang membahagiakan lebih bermakna berbanding cepat yang membinasakan.” Ulasnya lagi dengan nada yang perlahan. Saya anggukan kepala tanda faham.
Malang sungguh nasibmu kawan, tapi lagi malang mereka yang mengabaikan formula daripada Tuhan dalam memilih pasangan. Mereka utamakan cantik dan seksi. Mereka lebih mementingkan jawatan yang tinggi. Tapi rumah tangga tetap haru-biru dan penceraian semakin menjadi- jadi saban waktu. Masalah ini semakin kronik. Ia perlu dirawat oleh doktor cinta. Dan saya amat meyakini hanya formula daripada Tuhan yang mampu menyelesaikan ini semua. Kerana ia sebenar-benarnya ‘doktor cinta.’ “Ampunilah aku Tuhan, kerana tersalah membuat andaian. Maafkan aku kawan kerana tersilap tafsiran.” Hati saya berbisik sendiri tanda penyesalan menghukum diri. Iya, saya benar-benar terhukum kerana terlalu ghairah melabelnya sebagai gila, sasau dan nanar. Padahal hatinya pedih terhiris dengan peristiwa tragis yang dihadapinya itu.
Harapan
Perbincangan kami berakhir tatkala senja. “Harap-harap selepas ini kita akan berjumpa lagi.” Katanya sebelum meminta diri. Saya anggukkan kepala dan berkata, “Aku pun begitu.” Memang saya ingin berjumpanya lagi. Seorang sahabat yang mengajar saya seribu erti dan sejuta makna. Erti isteri yang diberkati. Makna rumah tangga yang direstui. Usai bersalaman, dia pun berlalu. Mata saya mengekori langkahnya, satu demi satu hinggalah keretanya meluncur laju meninggalkan saya sendirian di pantai itu.
Saya teringat kembali kata-katanya tadi, “Habil masih ada. Cuma dia menyepi dan sukar dicari lantaran sikap kita yang tak acuh dan tak peduli.” Iya Habil masih ada. Teruskan pencarianmu wahai sahabat. Insya-Allah, Habil yang kaucari akan kau ketemui. Semoga Allah memberkati.
GLOSARI

  1. Wahdatul Fikr = Kesatuan Fikiran
  2. Wahdatul Amal = Kesatuan Tindakan
  3. Nasakh = Mansuh
  4. Majaz = Kiasan
  5. Sumandak = Gadis dalam bahasa Kadazan/Dusun