Friday, July 17, 2009

Tiada nas puasa tiga bulan

petikan dari utusan online
MEGA: Umat Islam digalakkan puasa sunat bulan Rejab dan Syaaban tetapi ada yang amalkan puasa tiga bulan iaitu dari bulan Rejab hingga Ramadan. Adakah ada dalil yang menyuruh berbuat demikian?

AHMAD HUSNI: Yang pertama nasihat saya kepada diri saya dan semua, agar melatih diri memahami sesuatu hukum terutama berkaitan ibadah secara jelas sebelum melakukannya. Dikhuatiri apabila ibadah itu dilakukan tanpa sandaran yang kukuh, ia akan tertolak.

Berkenaan puasa dalam ketiga-tiga bulan ini iaitu Rejab, Syaaban dan Ramadan berturut-turut sebenarnya tidak mempunyai asas pendalilan yang kukuh. Sebagaimana komentar oleh Ibnu Hajar al-Asqalani mengenai hadis-hadis tentang kelebihan berpuasa tiga bulan berturut-turut ini adalah hampir semuanya daif dan sebahagiannya maudhu' (palsu) dan tidak terlepas dari kritikan oleh para ulama hadis.

Antaranya ulasan Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya Al-Manar al-Munif bahawasanya ciri-ciri hadis puasa Rejab, Syaaban dan Ramadan berturut-turut adalah dikategorikan sebagai hadis yang tiada asal baginya.

Justeru, secara mudahnya kita dapat memahami dalam disiplin ilmu hadis sekalipun, hujahan hadis daif dalam perkara melibatkan hukum dan ibadat perlu dilihat dan diteliti terlebih dahulu. Jika terdapat hadis lain yang menyokong atau memperkuatkan maka boleh dinilai sebagai pembantu dalam hujah.

Namun pada masa yang sama terdapat beberapa hadis lain yang sahih memberi panduan kepada kita tentang puasa sunat ini yang seolah-olah mengisyaratkan perkara sebaliknya.

Contohnya, kita ambil hadis tentang puasa yang terbaik dikhabarkan oleh Nabi SAW ialah puasa Nabi Daud a.s yang bermafhum: Sebaik-baik puasa ialah puasa nabi Allah Daud a.s iaitu beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari. (riwayat Bukhari).

Ini bermaksud perakuan nabi Muhammad SAW sendiri terhadap kondisi puasa yang terbaik iaitu secara berselang seli hari, juga sebagai jawapan kepada persoalan sahabat yang datang bertemu baginda SAW dan menyatakan mahu berpuasa berterusan tanpa berbuka.

Begitu juga terdapat larangan menyambung puasa dua hari berturut-turut kecuali dalam Ramadan yang disebut sebagai wisal. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: Janganlah kamu menyambung puasa antara satu hari dengan hari yang lain (wisal). Jika ada yang menyambungnya sekalipun hanyalah sekadar sampai ke waktu sahur berikutnya sahaja. (riwayat Bukhari No. 1963,1967, Abu Daud 2361 Dan Ahmad 10671, 11152).

Berdasarkan kaedah fiqh jika wujud pertembungan antara sesuatu arahan dengan larangan maka larangan itu diutamakan. Jadi dalam hal ini kita harus berlapang dada dan menerima dengan baik apa yang thabit dari Rasulullah tentang anjuran dan kaedah berpuasa sunat kerana yang terbaik adalah menurut sunah Rasulullah.

Walau bagaimanapun tidak dinafikan terdapat beberapa hadis yang warid mengenai pahala berpuasa dalam bulan Syaaban antaranya seperti yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a dalam Sahih Bukhari bahawasanya beliau sering melihat Nabi berpuasa dalam bulan Syaaban.

Disebabkan ganjaran besar bagi yang berpuasa di bulan Rejab dan Syaaban, ada yang menunggu bulan-bulan ini untuk qada puasa Ramadan. Apakah hukum berbuat begini?

AHMAD HUSNI: Sekiranya seseorang itu meninggalkan puasa Ramadan kerana uzur syari'e, maka waktu baginya untuk mengqadakan puasa adalah bermula selepas Ramadan sehinggalah menjelang Ramadan tahun berikutnya. Justeru, tiada masalah bagi yang menangguhkannya untuk melaksanakan qada dalam bulan Syaaban.

Namun begitu, mengikut Abu Husain Yahya bin Abi al-Khair al-I'mrani dalam kitabnya Al-Bayan menyatakan sebaik-baiknya puasa qada itu disegerakan bahkan sunat dipercepatkan perlaksanaannya setelah berlalunya Ramadan.

Cuma ada sedikit peringatan yang diberikan oleh Dr. Yusuf al-Qardawi terutama dalam hal berkaitan dengan qada puasa dengan menyatakan bahawasanya manusia tidak memiliki umurnya sendiri dan tidak tahu bila ajal tiba.

Justeru adalah lebih baik disegerakan mengganti hutang kita dengan Allah sebelum tibanya ajal kerana hutang terhadap Allah adalah lebih berhak untuk ditunaikan dengan segera.

Akibat ghairah beribadat, ada isteri yang terlupa memberitahu suami untuk berpuasa sunat. Apa hukum puasanya?

AHMAD HUSNI: Puasanya tidak sah. Adalah wajib untuk si isteri memberitahu akan niatnya berpuasa dan meminta izin terlebih dahulu daripada suaminya kerana dikhuatiri suaminya berhajat untuk si isteri melayaninya. Jika suami tidak mengizinkan, maka sebagaimana kaedah fiqh sesuatu yang wajib jika bertembung dengan yang sunat maka yang wajib mesti diutamakan. Mentaati suami adalah wajib, manakala puasa itu pula adalah sunat.

Dalam hal ini terdapat satu hadis riwayat Imam Bukhari bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda: Tidak halal bagi isteri berpuasa sunat sedangkan suaminya ada di sisinya melainkan dengan izin suaminya. Dalam lafaz yang lain dari Abu Daud: "Kecuali pada bulan Ramadan."

Justeru, perbuatan menurut kehendak suami itu tidak termasuk dalam hukum tidak harus mentaati jika arahan melakukan maksiat, kerana puasa yang ingin dilakukan adalah tathawwu' (sunat).

Tetapi jika puasa itu adalah puasa yang wajib seperti Ramadan maka hukum untuk tidak mentaati suami yang menyuruh kepada maksiat ini adalah terpakai dan wajib bagi si isteri melaksanakan perintah Allah dengan berpuasa.

Ada juga mereka terlupa berpuasa sunat bulan Syaaban, sehinggalah ke penghujung bulan. Bolehkah mereka berpuasa pada tarikh-tarikh begini (antara 29 dan 30 Syaaban @ disebut hari syak)?

AHMAD HUSNI: Dalam masalah ini terdapat beberapa perbincangan ulama yang wajar kita perhatikan. Pertama apakah yang dimaksudkan dengan Hari Syak? Dalam kitab Al-Fiqh al-Manhaji dan juga Al-Imrani dalam Al-Bayan daripada Al-Mas'uudi menyatakan bahawasanya yang dimaksudkan dengan hari syak itu ialah pada hari ke 30 Syaaban. Iaitu hari yang padanya wujud syak di kalangan masyarakat, sama ada telah masuk 1 Ramadan atau masih lagi berada dalam bulan Syaaban kerana tidak nampak anak bulan Ramadan atau kemungkinan rukyah tiada.

Dalam hal ini, puasa pada hari tersebut dianggap haram mengikut pandangan dalam Mazhab Imam al-Syafie dan beberapa sahabat Nabi SAW antaranya Umar al-Khattab, Ali, Ibnu Abbas, Ibnu Mas'ud dan Abu Hurairah. Bahkan hendaklah dianggap bahawasanya hari tersebut merupakan hari terakhir dalam Syaaban iaitu hari ke 30.

Ini berdasarkan kepada satu hadis yang sahih menurut pandangan Imam al-Tirmizi dan diriwayatkan juga oleh Abu Daud daripada hadis Ammar bin Yasir bahawasanya Rasulullah pernah bersabda: "Barang siapa yang berpuasa pada hari syak, maka sesungguhnya dia telah mengkhianati Aba al-Qasim (Nabi SAW)".

Ada juga ulama yang berpendapat sekiranya pada hari syak tersebut jatuh pada hari kebiasaan seseorang itu berpuasa sunat misalnya pada hari Isnin dan Khamis, atau kebiasaan berpuasa sunat sebelum pertengahan bulan Syaaban maka diharuskan berpuasa namun meninggalkannya adalah lebih baik dengan mengambil pendekatan keluar dari khilaf (al-Khuruj min al-Khilaf) dalam sesuatu masalah fiqh, bahkan ia adalah lebih disukai (mustahab).

Pendapat ini adalah bersumberkan satu hadis daripada Abu Hurairah bahawasanya Nabi SAW pernah bersabda: Jangan kamu mendahului bulan Ramadan dengan berpuasa sehari atau dua hari lebih awal, kecuali puasa yang berkebetulan dengan kebiasaan (adat) seseorang di kalangan kamu… (riwayat Bukhari 1914, Muslim 1082, Abu Daud 2335 dan al-Tirmizi 684.)

Monday, July 13, 2009

KENAPA WANITA CANTIK APABILA MEMAKAI TUDUNG..??

1.sebab
DIA MENUTUP AURATNYA
2.sebab
DIA JAGA MARUAH DIRINYA
3.sebab
DIA INGIN MENUTUP KECANTIKANNYA(yg khas buat suaminya)
4.sebab
DIA ANAK SOLEHAH
5.sebab
DIA DENGAR CAKAP IBU BAPA DIA
6.sebab
DIA MENGHORMATI ORANG LAIN
7.sebab
DIA TAKUT APABILA DIA TAK PAKAI TUDUNG.. ORG TENGOK DIA CANTIK. DAN MEMBAWA KEPADA FITNAH.
8.sebab
DIA TAK NAK DIHAMPIRI LELAKI
9.sebab
TAK NAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN
10.sebab
DIA NAK DAPAT PAHALA
11.sebab
DAPAT MENGHINDARI MAKSIAT
12.sebab
SUPAYA DAPAT MENJADI CONTOH KEPADA WANITA LAIN
14.sebab
DENGAR SURUHAN NABI
15.sebab
DAPAT MENGURANGKAN NAFSU LELAKI
16.sebab
RAMBUT POMPUAN ADALAH MAHKOTA BAGINYA..JADI JANGAN SEWENANGNYA MENUNJUK KEPADA LELAKI..KERANA JIKA ANDA MENUNJUKKANNYA BERMAKNA ANDA TAK BERNILAI (low class)...(no offence hah..) KERANA MAHKOTA ANDA TELAH DILIHAT OLEH SEMUA LELAKI (kecuali keluarga)
17.sebab
DIA TAK NAK RAMBUT DIA DITARIK, DIGANTUNG DENGAN BARA-BARA API DAN DIBAKAR DENGAN DASYAT DEKAT AKHIRAT KELAK

"JADI WANITA DILUAR SANA BERAMAI-RAMAILAH MEMAKAI TUDUNG KERANA ANDA SEBENARNYA LEBIH CANTIK JIKA MEMAKAI TUDUNG SESUNGGUHNYA ALLAH SUKA AKAN HAMBANYA YANG MENGIKUT PERINTAHNYA"

Petua Menghafaz Al-Quran

Jom ikut petua-petua ni, insya Allah berkesan.. Try dulu baru comment! :)

Petua Menghafaz Al-Quran:
1. Ikhlas semata-mata kerana mencari keredhaan Allah.
2. Bersabar dalam menghafaz ayat-ayat Allah.
3. Banyakkan berdoa kepada Allah dan berselawat kepada Nabi s.a.w.
4. Menghormati mashaf-mashaf Al-Quran.
5. Sentiasa dalam bersuci dan menutup aurat.
6. Banyakkan berpuasa sunat dan sembahyang sunat.
7. Jangan banyak cakap dan gelak ketawa ketika menghafaz.
8. Jangan membaca ketika mengantuk dan menguap.
9. Berhenti membaca ketika ingin membuang angin (kentut).

Mudah je ni..Dimana ada kemahuan,disitu ada jalan..
Let's try to do our best to get through all this. :) Man Jadda wa jada...

Panduan Menghafaz Al-Quran:
1. Melancarkan ayat-ayat atau surah yang akan dihafal.
2. Pastikan tidak berlaku kesalahan pada baris, sifat-sifat huruf, makhraj dan hukum-hukum tajwid.
3. Tentukan bilangan ayat yang hendak dihafaz.
4. Melihat makna ayat yang hendak dihafaz.
5. Mula menghafal ayat pertama, sebaik-baiknya diulang sebanyak 10 kali.

Jangan beri dalih, tapi kata BOLEH!
Selamat menghafaz..Beramal lah dengan ayat yang telah kamu hafaz

Bukan mengutuk mana-mana jantina

‘Bengkok’nya Perempuan...

“ Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah nak merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut – lembut, cakap baik – baik….hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi – menjadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi.”

“ Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad ? Siapa yang buat hal kali ni ?”
“ Staf saya si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu.”

“ Entah – entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion.”

“ Alaaah….orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok ? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti takut patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah.”

“ Jangan cakap macam tu Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu.”

“ Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan ? Apa yang tak kena pulak, Naim?”

“ Maksud saya begini. Menafsirkan Hadis itu seolah – olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang “ disadvantaged “ atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah – olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertakwa. Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara – perkara yang tidak baik.

“ Buktinya apabila Rasulullah s.a.w, datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap “ golongan yang tak berguna “ kepada “ sayap kiri “ kepada masyarakat. Baginda ada memberikan tugas – tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan.

“ Tapi memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak melayan dia.”

“ Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan sahaja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk dan cara “ protes ” tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman yang lemah, bukan sebab jantina.

“ Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan lemah lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah – marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah – entah waktu itu kita lebih ‘ bengkok ‘ daripada mereka !”

“ Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje.”

“ Aku bukannya nak bela sesiapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu.”

“ Apa maksud sebenar Hadis itu.”

“ Orang perempuan yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi seebnarnya adlaah satu “ penyempurnaan .” Sepertimana juga usus manusia yang berlipat – lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat ‘ pelindung .’ Ia melindungi organ – organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru – paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu.”

“ Oh begitu. Jadi bila Nabi katakana yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?”

“ Begitulah. Selain itu, maksud ‘ tulang rusuk yang bengkok ‘ itu ialah sifat ‘ rahmah .’ Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat – sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak – anaknya dengan berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja – kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan.

“ Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu, jangan cuba buang sifat “ bengkok “ ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas – tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ –organ yang penting tadi tidak akan selamat.

“ Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkan betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar.”

“ Hmm, betul tu Naim.”

“ Sebenarnya tiada siapa yang ‘ bengkok ‘ mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat - sifat yang terkeji di dalam diirnya pun akan menjadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya.”

“ Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah -marah dan tidak sabar.

“ Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih ‘ bengkok ‘ daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah lebih ‘ bengkok ‘ daripada semua orang lain.


Kisah ini dipetik dari risalah Menyingkap Rahsia Insan..