Friday, June 26, 2009

Melayu Kawin Masa Cuti Sekolah

From: Abu Hasan Ahmad
Dalam tidak sedar, kita orang melayu banyak menghalalkan adat. Untuk menghalalkan adat, maka keluarlah dalil-dalil sama ada dari hadis, quran dan kata-kata ulamak. Ulamak pula ada juga banyak jenisnya, seperti ulamak part time, ulamak makan gaji, ulamak pondok (otrodok), ulamak moden dan sebagainya. Ada juga ulamak Dr. sama ada Dr. dalam bidang agama, Dr. perubatan, Dr.Pakar Motivasi yang dijadikan Idola oleh orang melayu. Artis juga menjadi ulamak rujukan bagi sesetengah kita dalam menjalankan hidup seharian. Berbalik pada orang Melayu kawin masa cuti sekolah ada adat yang orang melayu takut tukar... mesti nasi minyak. dan macam-macam lagi le. Alkisah maka berkahwinlah pasangan orang kita masa cuti sekolah...... Semua nak jadikan majlis perkahwinan itu very happening, gah dan sebagainyalah.....

Bermulalah akad nikah dalam mesjid, bila Mawi cium dahi Ikin di Mesjid Sultan Abu Bakar, maka semua orang kita nak ikut macam Mawi. Sekarang cium batal air sembahyang di tangan dan di dahi.. lama lama cium mulut pula kita dalam mesjid masa acara akad nikah. Tok kadi tak boleh buat apa-apa sebab dia dapat upah nikah. Tok imam pun tak boleh buat apa-apa. Kemudian bermulalah acara bersanding, sebiji macam orang hindustan siap tepung tawar. Sunnah orang India beragama Hindu Zaman pak abu muda-muda dulu awal 80an. Ramai ulamak cakap haram tiru budaya hindu, tapi pasal semua orang buat, artis buat, datuk buat, kerabat kerabat buat, maka halal balik acara sanding-sanding. Ulamak pun diam aje.

Businessmen pun suka boleh buat pentas sanding, bunga, hiasan, set yang mahal-mahal buat tontonan orang yang datang majlis. Mak andam dan pak andam pun bersyukur alhamdulillah, dapat solek pangantin...ambik masa berjam-jam. Start jam 11.30 pagi dan siap jam 1.30pm. Coz dah janji dengan kumpulan kompang berarak kerumah pengantin jam 2.00. Lambat tak boleh, sebab banyak rumah buat kenduri serentak.

Solek punyalah tebal, yang hitam manis jadi putih kuning dsb. Pasal tebal sangat maka tak bolehlah ambik air sembahyang. Maka masa azan zohor ramailah pangatin,pengiring, mak andam, bapak mak pengantin yang tak sempat sembahyang. Masa ni orang tengak pacak datang bertandang.Bila bertandang, maka sukalah sebab ramai orang datang, maka besar kemungkinan pulangan lumayan..balik modal investment berpuluh ribu. Puaslah hati.

Malam boleh kira anak beranak. Dalam mengira maka ada juga orang masukkan tisu dalam bekas wang sumbangan. Jadilah isu, riuh satu kampung ngutuk orang menyumbang duit tisu dsb. Bila nyumbang-nyumbang ni, kawan teringat majlis kawin orang Cina, sebiji sama.... tetamu mesti menyumbang duit. Orang Cina lagii hebat.... Jadi budaya angpau kawin tu Sunnah Cina ke. Keluar pula dalil, hasrat bantu membantu sesama Islam. Orang Melayu ambil rasuah pun sama juga cakap....saling bantu membantu, aku tolong kau, kau tolonglah aku.

Dalam kira mengira selepas majlis, maka keluarlah jumlah puluhan ribu telah digunakan dalam majlis kawin tadi. Orang start compare... Mawi habis brapa? Erra Fazira habis brapa? Pak cik sana habis brapa? Maka terjadilah perbualan itu di sana sini seolah-olah perbelanjaan itu memang sepatutnya dilakukan. Ada kawan Indon pak abu, menyatakan kami orang kampung Indon bergadaian puluhan juta rupiah untuk naik Haji atau naik Umrah. Kenduri Nikah buat biasa-biasa saja sekadar termampu.

Soalnya, priority hidup adalah selepas nikah kahwin dan bukannya acara nikah kahwin.Persoalan yang pak abu nak cakap adalah ... betapa taksubnya kita pada adat... yang menunjukkan kepada semua iaitu betapa taksubnya orang kita nakkan benda-benda yang suka-suka, hiburan, majlis gah, menunjuk2, attention seeker dan sebagainya. Kita merupakan pengunjung taksub majlis Jomheboh, konsert, pasar raya, jualan murah, AF7, dan apa-apa saja asal kita happy.

Masa bertugas di company Cina dulu, Pak Abu sorang aje Melayu, bila nak promosi GM cina cakap, "Apa susah-susah nak promosi pada orang Melayu, panggil satu artis, buat pertandingan Karoeke, kasi free gift hampers, Hadiah sikit-sikit, panggil RELA tak ada bayar punya, all... set. Melayu mesti datang. Hadiah pen sebatang pun semua Melayu datang"... Masa tu gugur semangat Pak Abu, menerima hakikat sebenar bangsa kita.

Jadi nak kawin masa cuti, kawinlah anak-anak. berpada-padalah. Tak payah grand sangat. Apa kata larikan satu ribu join kursus penjaggaan anak, kursus mana-mana le, beli buku rujukan banyak-banyak dan sebagainya. Belajar ilmu sains permakanan agar kita sihat dan bila anak terhasil selepas bersama diharap dapatlah yang kuat-kuat dan sihat-sihat. Jauhkan berhutang kerana nak kawin. Puluhan ribu tu kalau digunapakai tempat lain adalah lebih baik. Pergilah honeymoon. Orang melayu suka honeymoon kat rumah orang tua.......je. Pergilah umrah. Jadikan muka untuk beli kereta atau ASB atau beli rumah. Budaya senang, budaya kuat subsidi didalam darah daging kita perlu dikikis....zaman subsidi akan berlalu. Masa itu kita perlu kuat segalanya sebab kalaun kita lemah maka tangan yang di atas adalah tangan apek tua, tangan orang kafir.... dimana walaupun tangan dibawah itu ustad, pak aji ke.... tangan atas tadi lebih baik dari tangan di bawah. Betapa hebat majlis yang kita lakukan... yang OK dapat habuan adalah orang lain...Atau pernahkan kita buat statistik berapa kilogram nasi dan lauk dibuang di majlis perkahwinan orang Melayu.Pak Abu tak pandai agama.. sekolah pun kat Methodist Boys School.. sekolah mubaligh kristian masa tahun70an. Jadi kalau silap minta maaf....

Setelah merantau jauh dan bercampur pelbagai bangsa, pak abu merasakan macam ada tak kena kalau kita over-over buat majlis kawin, dan macam tak kena kalau semua kawin dalam masa tertentu dalam setahun...... baka yang keluar takut perangai sama je walaupun muka lain-lain.....Pak Abu lagi risau bila ramadan dan syawal datang tak lama lagi ni...

Sunnah orang kita dalam menyambut bulan ni amatlah menakutkan. Budaya duit raya pun Sunnah kita yang mengajar budak-budak kecik suka minta duit dan tak ada malu.. Bila besar maka jadi pakar pula minta rasuah.... niat asal baik... natijah macam tak kena le. harap komen balik aduhai anak-anak yang pandai semua.Allah lebih mengetahui...

Wednesday, June 24, 2009

Roti Kismis Prune Quaker Oat




Bahan-bahan ( satu sandwish loaf )
250 gram tepung roti
1 biji telur
1/2 cawan kismis
1/2 cawan quarker oat
4 biji dry prune ( dipotong nipis)
150ml susu segar @ air suam
4 gram yis ( 1 sudu kecil)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread softner atau bread improver ( kalau takde pun takpe)- cuma kalau letak tekstur roti akan jadi lebih elok.
Cara-cara
Kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan, kecuali kismis dan hirisan prune, kemudian pilih menu Dough dan On je, jika takde BM, masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
Bila doh dah lembut dan elastik baru masukkan kismis dan hirisan prune tadi, uli lagi. Kalau takde BM boleh guna cara saya ni Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan.
Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada dua bahagian dan lipat tiga, letak di dalam sandwish loaf. Biarkan naik sekali lagi, spray dengan air Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit.
Bila dah siap dibakar keluarkan dari oven dan glis dengan marjerin, untuk mendapatkan permukaan yang berkilat.
potong roti sandwish ikut kepingan yang disukai, tak kisah nak potong 8 ke 6 ke 5 ke jangan terlalu nipis ye.



kalau doh nak dijadikan bun boleh juga, tapi kena kurangkan masa membakar tu jadikan 20 atau 18 minit je, yang pastinya roti ni memang mengenyangkan.











Roti Oat

Bahan-bahan
450 gm tepung gandung protein tinggi
25 gram margerine
4 sudu Quicker Oat
1 sudu teh garam
Bahan A
300 ml air suam
25 gram gula halus
15 gram yis kering
2 sudu susu segar


Cara membuatnya
Ayak tepung dengan garam dan gaul dengan margerine serta oat hinnga sebati.
Tuangkan bahan A dan uli hingga kenyal.
Biarkan doh naik 2 kali ganda saiz asal.
Uli doh sekali lagi dan bentukkan kepada bentuk yang anda suka.
Atur doh dalam dulang pembakar dan gris permukaan doh dengan susu segar.
Taburkan sedikit lagi oat di atas doh.
Bakar doh hingga masak.

Kek pisang bercoklat


from: nor_67@myresipi.com



Bahan-bahan ( saiz loyang 9" x 9" )
250gm mentega/marjerin

3/4 cawan gula caster

2 cawan tepung naik sendiri

5 biji telur gred A

1 cawan pisang yg dilecek

1/2 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu teh esen vanila

150gm coklat masakan - diparut menggunakan pengupas kulit ubi kentang atau boleh juga dicincang



Cara-cara


  • Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan tepung.

  • Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.

  • Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. Saya hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.

  • Pukul mentega hingga putih dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang dan gula hancur.

  • Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul2 kembang. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.

  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.

  • Masukkan coklat yg telah diparut dan gaul tapi jgn terlebih gaul nanti coklatnya menjadi hancur.

  • Masukkan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.

  • Kek pisang ini lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lg cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup

Bukan Sekadar Paras Jelita

HAKIKATNYA, apakah lelaki berbangga memiliki seorang wanita yang jelita?Sebagai wanita, kesempurnaan bukan sekadar paras rupa kerana ia perlu ada gabungan perwatakan menarik dan keistimewaan tersendiri yang mampu menarik aura lelaki.Petua berikut mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda menjadi wanita yang sempurna di mata lelaki:

· Sentiasa tersenyum dan jangan sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
· Berperwatakan menarik dan lemah lembut.
· Jujur dan sentiasa merendah diri.
· Lakukan apa yang dia suka.
· Pandai menarik minat lelaki.
· Jangan terlalu mengongkong.
· Ketika berinteraksi, gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
· Jaga cara penampilan atau pemakaian anda.
· Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang anda minati untuk ‘perancangan’ pertama memikat dirinya.
· Lelaki sukakan wanita yang suka berterus-terang.
· Apabila berbual, renung matanya dan tunjukkan sifat humor. Ini bagi memberitahu si dia anda boleh didekati tetapi bukan perempuan murahan.
· Jangan bersikap selalu jual mahal.
· Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
· Tidak mudah putus asa dan berdikari.
· Elak bercakap benda yang tidak berfaedah.
· Jangan bandingkannya dengan lelaki lain.
· Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
· Jadi pendengar setia bukan membangkang.
· Lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.
· Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
· Mengetahui tarikh lahirnya.
· Menghormati dirinya, keluarga dan teman rapat.
· Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku.
· Jangan terlalu menunjukkan kegembiraan yang amat sangat ketika bertemu dan berbual dengannya.
· Bersikap feminin dan elak terlalu ganas dalam pergaulan.
· Elak menunjukkan anda terlalu baik atau sempurna.
· Jangan perasan anda jelita.
· Sentiasa sederhana dan tidak boros dalam perbelanjaan.
· Bersikap keibuan.
· Ketahui mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.
· Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum memulakan langkah memikat.
· Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!
· Jangan bersikap terlalu kuno.
· Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
· Jangan melampau, nanti lelaki meluat dengan anda.