Thursday, July 31, 2008

Mercun ancam sel deria dengar

MERCUN merupakan suatu yang sinonim dengan Ramadan, walaupun dari segi ajaran Islam perbuatan bermain mercun ini dilarang kerana ia merupakan suatu yang menjerumuskan diri ke lembah kebinasaan.

Bermula dari kes-kes melecur berdarah, jari-jemari yang meletup patah, keilatan kekal yang menyebabkan hilang upaya untuk bersekolah bahkan ada yang tergadai nyawa menyaksikan keluarga meratapi pemergian tanda menyesal tak sudah.

Bilangan mangsa yang terlibat akibat perbuatan bermain mercun ini nampaknya semakin pantas memintas bilangan hari umat Islam berpuasa.

Baru seminggu berpuasa, bilangannya telah bertambah berganda-ganda. Jika ingin dibilang dengan jari, maka tidak cukup jari-jari kita untuk menghitung bilangan jari mangsa mercun yang telah putus.

Kejadian empat buah rumah kedai yang hangus terbakar di Kampung Melor, Kota Bharu pada hari Jumaat lepas telah jelas menunjukkan bahawa mercun ini adalah suatu ancaman yang berbahaya, bukan sahaja kepada orang yang bermain dengannya bahkan meletakkan harta benda awam dan nyawa orang di sekeliling juga dalam risiko yang tidak kurang impaknya.

Sesungguhnya kesan mercun itu bukan sahaja terbatas kepada kemusnahan yang dapat dilihat secara fizikal sahaja.

Gangguan bunyi bising kepada jiran-jiran beranak kecil yang sedang tidur, jemaah yang sedang menghidupkan malam Ramadan dengan ibadat di masjid dan rumah, serta penghidap sakit jantung dan lemah semangat pastinya tersentak dengan setiap bunyi mercun yang diledak oleh budak-budak dan bapa-bapa budak yang meletakkan kepuasan diri mengatasi kepentingan semua.

Suatu kesan yang mungkin sering terlepas pandang akibat bunyi bising mercun ini ialah kerosakan deria pendengaran. Mercun yang diletupkan mengeluarkan bunyi pada tahap desibel yang melampau, bukan dalam julat yang selesa untuk telinga manusia normal mendengarnya.

Telinga manusia, spesifiknya struktur koklea pada bahagian telinga dalam telah dilengkapi dengan sel-sel deria dengar yang berhubungan dengan saraf pendengaran. Pendedahan kepada bunyi bising yang melampau akan menyebabkan sel-sel yang amat sensitif kepada bunyi ini mengalami kerosakan.

Mungkin pada peringkat awal, gangguan pendengaran ini adalah sementara iaitu pendengaran akan terganggu sebaik sahaja tamat stimulasi bunyi bising tersebut dan ia pulih semula seketika kemudian.

Keadaan ini disebabkan oleh fenomena anjakan tahap pendengaran sementara (temporary threshold shift). Walau bagaimanapun, jika pendedahan bunyi bising ini berlaku secara berulang-ulang atau berlaku dalam tempoh yang lama, kerosakan yang berlaku boleh menjadi kekal (permanent threshold shift).

Pada waktu tersebut, tiada apa lagi yang boleh dibuat. Nasi telah menjadi bubur, sel deria dengar telah pun hancur, pendengaran yang hilang tidak akan kembali walau air mata darah sekalipun yang dicucur.

Walaupun dentuman mercun menjanjikan sedikit kenikmatan, itu hanyalah amat sementara jika ingin dibandingkan dengan kerosakan yang akan kekal sepanjang hayat kita.

Kerajaan telah memainkan peranannya untuk menghalang kemasukan mercun namun ada sahaja yang berjaya melepasi halangan kastam lalu berjaya diseludup masuk.

Di sinilah ibu bapa sepatutnya memastikan bahawa anak mereka bukanlah salah seorang yang diburu oleh penduduk kampung akibat bermain mercun yang mengganggu ketenangan dan keheningan malam Ramadan.

Bukan itu sahaja, sebarang usaha anak-anak ini untuk membuat mercun sendiri patut dibanteras bermula sejak dari awal lagi.

Pastikan dengan siapa mereka bergaul, di mana mereka berada sewaktu para jemaah sedang khusyuk bersolat di masjid pada malam hari, ke mana mereka pergi setelah habis solat tarawih dan apa yang lebih penting ialah menerapkan dengan ilmu pengetahuan betapa bermain mercun ini bukan sahaja tidak disukai ibu bapa, bahkan jiran tetangga turut bengkak hatinya, sumpah seranah orang kampung menjadi seperti zikir yang sambung menyambung antara satu sama lain.

Semua ini adalah bertentangan dengan ajaran agama, jauh sekali untuk mencapai objektif puasa pada bulan Ramadan iaitu untuk menjadi manusia yang bertakwa.

Nikmat boleh mendengar yang telah dikurniakan Tuhan ini telah diciptakan dalam keadaan yang sebaik-baiknya.

Betapa mereka yang dilahirkan tanpa deria pendengaran terpaksa bersusah payah dan mengeluarkan belanja untuk menikmati suatu yang kita dapat secara percuma.

Pendengaran yang dianugerahkan adalah amanah kita, maka kita akan dipersoalkan tentang bagaimana kita mengguna dan menjaganya.

Hindarkanlah diri dari perkara-perkara yang boleh merosakkan pendengaran kita kerana pendengaran kita, tanggungjawab kita.

DR. IRFAN MOHAMAD
Pensyarah Jabatan
Otorinolaringologi (ENT)
HUSM, Kelantan

petikan dr utusan malaysia

Aplikasi mengukur kalori

Aplikasi yang berasaskan web dan telefon bimbit ini membolehkan pengguna memantau diet pemakanan mereka.


HIMPUNAN pelbagai sajian di dunia yang terdapat dalam aplikasi berasaskan web ciptaan pelajar dari Thailand.


OBESITI sering dikaitkan dengan pemakanan. Salah satu puncanya ialah pengambilan kalori yang berlebihan. Bagaimana kita boleh mengetahui bilangan kalori sesuatu makanan yang kita ambil dan bagaimana kita tahu bahawa kalori yang kita ambil itu sudah melebihi had?


Sehubungan itu, tiga orang anak muda dari Thailand telah mencipta satu aplikasi yang dinamakan Calories Assistant (Pembantu Kalori). Aplikasi mereka itu diisytiharkan sebagai pemenang dalam pertandingan akhir Java Jive Serantau 2008 Sun Microsystems, sebuah syarikat pembangun teknologi global, di Singapura baru-baru ini.


Objektif cabaran ini adalah untuk melihat keghairahan inovasi di kalangan pelajar di rantau ini dalam menggunakan teknologi Web 2.0 dan sistem tertentu seperti NetBeans, Java dan Solaris Operatis System.


“Kami dapati ia satu masalah yang semakin serius di mana-mana pun di dunia ini. Di Thailand, setiap enam minit, seorang mati kerana obesiti,” kata Sirisilp Kongsilp kepada pemberita. Ketiga-tiganya merupakan pelajar Fakulti Kejuruteraan, Universiti Kasetsart.


Aplikasi tersebut yang berasaskan web dan telefon bimbit akan membolehkan pengguna memantau diet pemakanan mereka dan merangsang gaya hidup sihat.


“Doktor kata kita patut mengambil 2,200 kilokalori setiap hari, tetapi bagaimana kita boleh mengetahui jumlah kalori yang telah kita makan? Aplikasi inilah yang akan membantu kita,” ujarnya yang mewakili kumpulan yang dinamakan Snooze Monkey itu.


Berasaskan informasi bilangan kalori yang dikumpulkan daripada setiap sajian menerusi komuniti-komuniti dalam talian dan maklumat daripada pangkalan data Kementerian Kesihatan Thailand, aplikasi ini berjaya dihasilkan dalam tempoh beberapa bulan.


Selain maklumat mengenai kalori, ia turut menyenaraikan kadar protein, karbohidrat dan lemak sesuatu makanan.


Dengan memasukkan data mudah mengenai makanan ke dalam aplikasi berkenaan, ia akan menghitungkan kalorinya.


Bukan itu sahaja, aplikasi webnya turut menyimpan data pelbagai resipi dari seluruh dunia yang lengkap dengan segala maklumat. Anda juga boleh mencipta resipi baru dan turut mengetahui bilangan kalori sajian tersebut.


PENGGUNA juga boleh mencipta resipi baru dan mengetahui jumlah kalorinya.


Kongsilp berkata, seperti Facebook yang mempunyai profil pengguna, aplikasi web ini juga direka sedemikian rupa. Pengguna juga boleh menetapkan Favourite pada resipi-resipi tertentu.


Dengan aplikasi telefon bimbitnya pula, pengguna yang berdaftar dengan aplikasi tersebut akan diberikan laporan mengenai tahap pengambilan kalori harian mereka dan jumlah kalori sasaran mereka. Dengan itu, mereka akan sentiasa beringat akan pengambilan kalori.


Kongsilp turut memberitahu, maklumat itu juga boleh digunakan oleh doktor untuk mengetahui maklumat pemakanan mengenai pesakitnya.


Pertandingan Java Jive Serantau ini merupakan kali pertama diadakan. Sebelum ini ia hanya dilangsungkan di peringkat Singapura sahaja. Kali ini, ia menemukan juara-juara di Singapura, Malaysia dan Thailand. Tema kali ini ialah penjagaan kesihatan.


Kejayaan sulung ini merupakan satu pengalaman manis bagi pasukan yang dianggotai oleh Kongsilp, Rapi Kamontalapisek dan Sara Sondhisirikrit.


“Kami juga tidak menyangka untuk menang kerana dua lagi pasukan turut menampilkan aplikasi yang amat mengagumkan,” kata Kongsilp. Selaku juara, pasukan Thailand membawa pulang $3,000 dolar Singapura (RM7,200) dan setiap ahli menerima Nintendo Wii.


Kumpulan yang tewas iaitu kumpulan Singapura dan Malaysia juga sebenarnya telah menampilkan aplikasi-aplikasi yang tidak kurang hebat.


Kumpulan Singapura dari ITE College West menampilkan aplikasi yang dinamakan EPIC yang membolehkan doktor dan pesakit merekodkan butiran temu janji mereka. Dengan sistem yang digunakan juga, jaringan komunikasi sesama ahli perubatan dapat dipertingkat.


Kumpulan Malaysia dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) juga memperkenalkan aplikasi menarik, ez.nosis yang boleh mengelak daripada berlaku kekeliruan ke atas catatan atau rekod perubatan doktor semasa melakukan diagnosis. Dengan antara muka mesra pengguna, para doktor akan merekod diagnosis berasaskan Klasifikasi Penyakit Antarabangsa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekali gus memperbaiki aliran kerja dunia perubatan profesional.


MENERUSI telefon bimbit, pengguna dilaporkan mengawal tahap pengambilan kalori harian mereka.


Pengarah Kanan Teknologi dan Rangkaian Pembangun Sun, Sun Microsystems, Matt Thompson yang juga salah seorang juri berkata, para juri amat berpuas hati dengan hasil kerja yang ditunjukkan oleh semua pasukan.


“Mereka semua amat pintar dan mencerminkan keupayaan masyarakat di rantau ini dalam bidang teknologi amat baik. Solusi yang mereka ketengahkan amat bagus. Kami kagum dengan apa yang mereka lakukan. Ia merupakan persaingan sengit dan markah-markah yang dicatatkan mereka sangat hampir,” katanya.

Why Women ARE So Special

Mengapa WANITA sangat Istimewa......

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air p ana s dalam flusk..takut habis pulak nanti malam ana k nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk ana k nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...s ida i kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg ana k untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...m ana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...." ..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru ana k satu dah macam ana k 4 pulak...huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...m ana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring. ..p ana s pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."... selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

Tuesday, July 29, 2008

Hukum Memakai Cincin Emas, Emas Putih dan Platinum

Hukum lelaki memakai emas amat jelas hukumnya, iaitu haram berdasarkan begitu banyak dalil-dalil hadith, antaranya :-

Ali bin Abu Talib r.a. berkata:“Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Tetapi Ibnu Majah menambah:“halal buat orang-orang perempuan.”

Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian oleh Nabi dicabutnya cincin itu dan dibuang ke tanah.Kemudian beliau bersabda:“Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya".

Setelah Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: ‘Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.’ Maka jawabnya: ‘Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.’” (Riwayat Muslim)

Dan seperti cincin, menurut apa yang kita saksikan di kalangan orang-orang kaya, yaitu mereka memakai pena emas, jam emas, gelang emas, bekas penghidup rokok emas, gigi emas dan seterusnya adalah haram hukumnya.

Bagaimanapun, bagaimana pula hukum emas putih?

Adakah hukumnya sama seperti emas biasa yang berwarna kuning?

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu memahami apakah itu emas secara umum.

Emas adalah unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki simbol Au (bahasa Latin: ‘aurum’) dan nomor atom 79. Sebuah logam transisi (trivalen dan univalen) yang lembek, mengkilap, kuning, berat, “malleable”, dan“ductile”.

Emas tidak bereaksi dengan zat kimia lainnya tapi terserang oleh klorin, fluorin dan aqua regia.

Logam ini banyak terdapat di nugget emas atau serbuk di bebatuan dan di deposit alluvial dan salah satu logam coinage. Kode ISOnya adalah XAU. Emas melebur dalam bentuk cair pada suhu sekitar 1000 derajat celcius. (http://id.wikipedia.org/wiki/Emas )Inilah namanya emas.

Sekarang, jika terbukti emas putih adalah dari jenis yang sama logamnya maka hukumnya adalah sama dengan emas kuning.

Jikalau kita melihat takrif emas putih di bawah :-White Golds: What are they?What are ‘white golds’? Are they a special form of gold? Do they contain gold? These are typical questions often asked of us. Well, they are not a special form of gold (which is why you cannot get 24 carat white gold). Actually, they are true carat golds, just like yellow or red carat gold jewellery. They are gold alloys that look white rather than yellow. The white colour is achieved by careful choice of the alloying metals, which bleach the deep yellow of pure gold.
( Rujuk :http://www.gold.org/jewellery/technology/colours/white.html

Juga disebut bahawa :-“White gold is an alloy of gold and at least one white metal, such as silver or palladium. Like yellow gold, white gold is measured in Karats.” (http://en.wikipedia.org/wiki/White_gold)

Berdasarkan keterangan dari sumber-sumber yang berwibawa ini, saya kira adalah jelas bahawa emas putih adalah jenis logam yang sama dengan emas kuning cuma ia terdapat campuran logam berwarna putih samada dari perak atau palladium.

Justeru, hukumnya adalah sama iaitu Haram buat orang lelaki dan halal bagi kaum wanita memakainya.Adapun Platinum, ia adalah jenis logam yang berlainan.

Dalam takrifannya Platinum adalah : “Platina adalah suatu unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki lambang Pt dan nomor atom 78. Sebuah logam transisi yang berat, “malleable”, “ductile”, berharga, berwarnaputih-keabuan. Platinum tahan karat dan terdapa dalam beberapa bijih nikel dan copper. Platinum digunakan dalam perhiasan, peralatan laboratorium, gigi, dan peralatan kontrol emisi mobil.” ( Rujuk :http://id.wikipedia.org/wiki/Platina )

Jelas dari penjelasan ini, bahwa emas putih bukanlah platinum sebagaimana yang didakwa beberapa pihak sehingga membawa kepada fatwa halal orang lelaki memakai emas putih kerana ia adalah platinum.

Kesimpulannya : Halal bagi lelaki memakai platinum dan haram baginya untuk memakai emas putih. Bagaimanapun yang terpilih tetap perak bagi orang lelaki, kerana ia adalah sunnah Nabi SAW jua.

Berapa ramai suami yang boleh jadi imam???

Mmm skrg nih ramai gak lelaki yang bleh masak kan..?
well pompuan pun apa kurang..terror je ..
ikutkan bleh je jadi imam.. tapi nanti malu la plak org lelaki.. ahakss.

makan luar?
itu masa bercintan-cintun bleh laaa.
dah kalau anak 2 , 3...nak ke gi kedai hari2. ? hahaha

maid ? itu kalau mampu.. mm ada gak yang masak tapi tak sedap..lelaki atau perempuan sndiri mau ingat.. hehehe

Iktibar utk sumer

In short: Ajarlah anak2 lelaki anda menjadi imam... dan jangan lupa ajar jugak cara sembelih ayam

Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam??

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar.

Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"

Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!"Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola.

Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.Betul juga.

Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Antara Pegang Awek & Pegang Anjing

LEMBU : Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING : Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : eh? kenapa ?

ANJING : aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU : Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING : Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU : Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.

ANJING : Wah .. ayat ko memang power la… manusia kena ubah pepatah "Pandai macam ..

LEMBU" Sedikit Penjelasan: Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa? Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram?. Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat... Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya , ?Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya .
(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

Monday, July 28, 2008

AgroHUB tawar tujuh perladangan kontrak

Peserta perlu memanfaatkan ilmu yang diperoleh dalam bidang akuakultur kerana berpotensi untuk dijalankan secara besar-besaran.

Pendekatan yang diambil oleh AgroHUB dengan menawarkan tujuh peluang perladangan kontrak dan kontrak jaminan belian semula melalui seminar di Institut Integriti Malaysia (IIM) pada 2 dan 3 Ogos ini, menampakkan petanda baik dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk melonjakkan sektor pertanian dan makanan negara.

AgroHUB yang merupakan projek Kumpulan Perintis Niaga bagi tahun 2008-2010 menjadikan slogan ‘Pertanian Adalah Perniagaan’ sebagai matlamat dan sasaran yang perlu dicapai dalam usaha memperkasakan sektor pertanian negara.

Hasrat murni kerajaan untuk menjadikan sektor pertanian sebagai sektor ketiga terbesar negara mampu direalisasikan sekiranya semua pihak bersama-sama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengatur langkah strategik dengan menawarkan lebih banyak perladangan kontrak yang dapat menyelesaikan masalah pasaran yang dihadapi oleh kebanyakan usahawan tani dan mempertingkatkan hasil pertanian dan makanan negara.

Menurut Ketua Pengarah Seminar, Norzana Rafie, dengan meletakkan sasaran ‘Pertanian Adalah Masa Depan’, projek AgroHUB 2008-2010 dilihat mampu membantu orang ramai memantapkan ekonomi mereka serta mengurangkan kadar inflasi negara dengan jumlah pendapatan per kapita negara dapat ditingkatkan.

Tambah beliau lagi, melalui projek yang direncanakan, jumlah pendapatan masyarakat dapat dipertingkatkan pada tahap yang rasional seiring dengan peningkatan kos sara diri penduduk di negara kita.

Orang ramai yang berminat untuk mengusaha dan memulakan projek ikan ketutu, ikan keli, cendawan, lintah, lembu, kambing dan cacing dinasihatkan menyertai seminar tersebut.

Pemilihan industri-industri tersebut adalah berdasarkan potensi, kadar pulangan dan berdasarkan permintaan yang tinggi terhadap hasil-hasil pertanian tersebut.

Turut menyertai seminar pada kali ini adalah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang kini membuka lebih banyak perladangan kontrak kepada masyarakat dan menggunakan konsep yang lebih menguntungkan pengusaha yang berada di bawah rangkaian mereka.

Peserta-peserta seminar pada kali ini berpeluang mendapat penerangan berkenaan teknik mengusahakan projek yang ditawarkan.
Ini termasuk keluasan tanah yang diperlukan, cara memulakan projek, modal yang diperlukan, pelan induk perniagaan, perangkaan keuntungan dan bentuk kerjasama yang ditawarkan oleh syarikat kepada peserta projek.

Asasnya, dua bentuk kerjasama yang ditawarkan sama ada melalui perladangan kontrak dan jaminan belian semula yang kedua-duanya meletakkan peserta projek terikat untuk menjual hasil ternakan dan pertanian kepada syarikat tersebut dengan harga yang telah ditetapkan.

Ironinya, kebimbangan pengusaha terhadap lambakan hasil pertanian tidak lagi berlaku dan peserta projek dapat membuat anggaran keuntungan dan pendapatan dengan lebih tepat.

Peserta-peserta yang memasuki projek tersebut akan dibiayai oleh Tekun Nasional bagi membantu mereka menjayakan projek tersebut.

Bagi mereka yang belum mendaftar, sila berhubung dengan urus setia seminar di talian 03-6187 3796 atau 019-3310985.

Cabaran penyusuan bagi ibu bekerja

Ibu-ibu diberi pendedahan mengenai penyusuan badan di Bilik Penyusuan Pusrawi.
“TAK cukup masa dan melecehkan,” itu antara alasan yang selalu diberikan oleh ibu- ibu bekerja ketika ditanya mengapa tidak memberi penyusuan badan kepada bayi mereka.


Bukan tidak cukup pengetahuan, siapa jua tidak menafikan kebaikan susu ibu yang tidak ternilai ini. Namun begitu, tuntutan kerja membuatkan kebanyakan ibu mengambil keputusan bertukar kepada susu formula.
“Bekerja bukan masalah untuk meneruskan penyusuan badan. Berapa ramai ibu yang bekerja telah berjaya menyusukan anak mereka, malah ada antaranya bekerja dalam sektor yang lasak namun tidak mempunyai masalah untuk terus memberi penyusuan secara eksklusif,” kata Ketua Jururawat dan Kaunselor Penyusuan, Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur, Marjinah Badli.

Menurutnya, tuntutan kerja bukanlah penghalang untuk ibu-ibu meneruskan penyusuan selepas habis berpantang asalkan mereka mempunyai niat dan keinginan yang tinggi.

Kemudahan yang ada ketika ini katanya, amat berkesan untuk membantu ibu-ibu meneruskan penyusuan biar pun mereka terpaksa berjauhan dengan bayi untuk beberapa ketika.

Katanya, masalah seperti susu tidak mencukupi, sukar melakukan penyimpanan dan pelbagai lagi boleh diatasi sekiranya ibu memperoleh pengetahuan yang sewajarnya.

“Perlu diingat, pengeluaran susu ibu adalah mengikut permintaan. Apabila tinggi permintaan, maka pengeluaran juga akan banyak.

“Sekiranya dari awal lagi kita memilih untuk memberi susu formula kepada bayi, maka badan telah memberi isyarat bahawa permintaan susu rendah lalu pengeluarannya pun menjadi berkurangan,” kata Marjinah yang telah terlibat dengan aktiviti penyusuan melebihi 20 tahun.

Bagi ibu-ibu yang bekerja, beliau menasihatkan mula melakukan penyimpanan stok susu dalam masa dua atau tiga minggu sebelum kembali bertugas. Ketika ini juga katanya, ibu perlu melatih bayi mereka menerima penyusuan bukan daripada payudara untuk membiasakan keadaan apabila ibu mula bekerja kelak.

Namun, penyusuan ini harus diberi oleh orang lain (bukan ibu) kerana ingatan dan sensitiviti bayi sangat tinggi terhadap ibu mereka.
“Kalau ibu yang berikan, memanglah bayi tak akan minum,” jelas beliau.

Proses mengepam susu harus dilakukan oleh ibu bagi menyediakan stok sepanjang ketiadaan mereka kelak. Untuk permulaan kata Marjinah, jika ibu berjaya mengumpul tiga botol kecil susu sudah mencukupi.
Aktiviti mengepam perlu diteruskan oleh ibu sepanjang waktu bekerja bagi menghalang proses pengurangan susu. Ketika ini, pengetahuan dan kelengkapan yang mencukupi mampu menjayakan hasrat ibu untuk terus memberi penyusuan secara eksklusif.

“Sediakan peralatan yang mencukupi seperti alat mengepam susu, botol penyimpan, beg penyejuk (cooler) dan pek ais beku,” katanya.

Menurut Marjinah, Pusrawi sangat menggalakkan ibu-ibu yang melahirkan bayi untuk memberi penyusuan anak secara eksklusif. Sekitar 60 peratus ibu yang memilih untuk bersalin di pusat rawatan itu katanya, berjaya melakukan penyusuan secara eksklusif selama enam bulan dan diteruskan sehingga dua tahun. Malah kakitangan Pusrawi juga digalakkan memberi penyusuan badan di mana bilik khas untuk mengepam susu turut disediakan.

Mengapa susu ibu?
“Susu ibu adalah manisan syurga kurniaan Allah SWT pada ibu-ibu untuk diberikan kepada anak mereka. Ia mengandungi kolostrum bermanfaat yang bertindak sebagai imunisasi bagi bayi dalam masa satu jam pertama selepas dilahirkan,” kata Marjinah.

Malah dalam surah al-Baqarah ayat 233, Allah SWT berfirman bahawa, “Para ibu hendaklah menyusukan anak- anak mereka selama dua tahun penuh iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.”

Polisi Kebangsaan Penyusuan Susu Ibu turut menggalakkan semua ibu menyusukan anak dengan susu ibu selama enam bulan dan meneruskannya sehingga dua tahun.

Menurut Marjinah, susu ibu adalah makanan istimewa yang menjadi penyambung silaturahim antara bayi dan ibu, membuatkan bayi berasa selamat dalam dakapan ibu dan mengesahkan bahawa itulah ibu yang melahirkannya.

“Pertama kali menyentuh puting payudara, mulut bayi akan menolak ke kanan ke kiri lalu meluahkan semula. Tapi ibu jangan berputus asa, teruskan memberi penyusuan dan selepas itu bayi akan menerima, ketika itulah kasih sayang antara ibu dan bayi terjalin,” katanya.

Keistimewaan susu ibu, kata Marjinah memanglah tidak ternilai. Ia jauh lebih baik dan selamat berbanding susu formula yang boleh mengundang pelbagai masalah kepada bayi. Pelbagai khasiat yang diperlukan oleh bayi sepanjang tumbesaran terdapat dalam susu ibu. Menurut penyelidikan yang dijalankan, anak-anak yang diberi susu ibu secara eksklusif dan meneruskannya sehingga dua tahun mempunyai tahap IQ yang tinggi serta mempunyai antibodi melawan penyakit yang kuat.

Berbanding susu formula yang penyediaannya merumitkan, susu ibu sedia diberi tidak kira masa memandangkan suhunya yang terkawal dan kebersihannya yang terjamin.

Selain manfaat kesihatan untuk bayi, penyusuan badan juga berupaya mengecutkan rahim ibu sekali gus membantu mereka menguruskan badan dengan berkesan.

Dari segi ekonomi pula kata Marjinah, dalam keadaan semasa yang memaksa kebanyakan keperluan harian meningkat, harga susu formula yang terdapat di pasaran juga turut melambung.

“Bayangkan satu tin susu formula dengan berat satu kilogram berharga sekitar RM50. Setiap bulan sekurang-kurangnya empat tin diperlukan, itu sekiranya mempunyai seorang bayi, bagaimana jika lebih?” soal beliau.
Bagi ibu bekerja yang ingin menyusukan anak mereka, Marjinah menasihatkan agar pertama sekali memasang niat yang betul dan perlu yakin dengan kemampuan diri.

“Dapatkan nasihat daripada mereka yang pakar dalam bidang ini dan perlu jaga pemakanan. Sekarang ini bukan lagi zaman ibu berpantang makan ikan masin salai dengan nasi bersama lada hitam. Ibu perlu pemakanan seimbang untuk menyusukan bayi,” katanya.