Wednesday, November 16, 2011

kek lumut sarawak(kukus)

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum (diayak)
1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus
250 g mentega
4 biji telur A
pewarna hijau secukupnya @ Pandan Emulco
4 sudu besar seri kaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla
Cara-cara
Sediakan pengukus dan didihkan air.
Griskan Loyang dengan mentega dan taburkan sedikit tepung.
Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna kelajuan sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
Masukkan susu dan serikaya. Pukul lagi
Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan
Tuangkan adunan ke dalam Loyang ( loyang 7 ” x 7 ” ) dan tutupkan dgn kertas foil.
Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)
***jika suka, blend gula halus seperti gula ising supaya cepat hancur & gebu semasa diputar dgn mentega

sumber dari http://resipi.mustaffa.org/

Biskut Cornflakes Crunchy

BAHAN-BAHAN
Bahan A
150gm butter
100gm gula castor
Bahan B
1 tsp esen vanilla
1/4 cup air sejuk
Bahan C
170gm tepung gandum
1/8 tsp cinnamon powder (tak ada pun tak apa)
1 tsp bicarbonate of soda (ayak semuanya)
Bahan D
80gm cornflakes – dikisar (boleh tambah lagi kalau nak cornflakes tu lebih terasa)
30gm chocolate rice
CARA-CARANYA
Bahan A diputar sehingga kembang dan masukkan bahan B
Ayak bahan C dan digaul bersama bahan D campurkan kedalam bancuhan pertama tadi. Adun sehingga sebati
Ambil 1/2tbsp dan bulatkan. letakkan atas loyang dan tekan dengan garpu
Bakar sehingga masak dan sejukkan

sumber http://resipi.mustaffa.org/

biskut gambir + kacang

BAHAN-BAHAN:
250 gm mentega
150 gm gula perang
50 gm kacang (blend hancur)- nk ganti kekacang lain pn boleh
50 gm asam gambir (hancurkan)
1 biji kuning telur
2 sudu makan madu
200 gm tepung gandum
BAHAN HIASAN:
Kuning telur
Gajus /kacang
CARA MENYEDIAKAN:
Pukul mentega, gula, telur dan madu hingga sebati.
Masukkan gajus, asam gambir dan tepung gandum, kacau menjadi doh.
Terap mengikut cita rasa dan hiaskan.
Bakar pada suhu 180 0C selama lebih kurang 15 hingga 20 minit.

Kek Cawan Coklat Dan Krim Putar (Cupcake)

Sumber dari http://resipi.mustaffa.org/
Bahan-bahan
2 cawan air panas
1 1/2 cawan serbuk koko ATAU 4 auns coklat masakan (unsweetened), dicincang
2 3/4 tepung gandum
2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 cawan mentega
2 cawan gula
4 telur
1 1/2 sudu teh vanilla
CARA- CARA
Panaskan ketuhar untuk 325° F ( kukus pun boleh )
Susun 12 kertas cawan kek pada acuan.
Cairkan coklat dan mentega di dalam mangkuk secara double boil.
(Coklat dan mentega di cairkan di dalam mangkuk yang diletakkan dalam periuk air yang mendidih, pastikan air yang mendidih tidak memasuki mangkuk)
Setelah coklat dan mentega cair sepenuhnya, tutup api dan sejukkan coklat tersebut seketika.
Setelah mencapai suhu bilik, masukkan gula, dan esen vanilla. Kacau rata.
Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.
Masukkan garam,tepung, baking soda & baking powder sedikit demi sedikit sehingga habis dan sebati.
Setelah sebati, agihkan adunan ke dalam setiap cawan kek yang telah disusun tadi.
Bakar selama 20 minit/ masak (uji dengan lidi)
Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sehingga suhu bilik.

Kek Tradisional Sarawak Hati Parek

sumber dari http://resipi.mustaffa.org
Bahan-bahan
10 biji telur Gred A (6 biji – putih + kuningnya & 4 biji – kuning sahaja)
8 sb gula hitam/browning sugar
600 g kismis hitam
16 oz mentega
9 gelas tepung gandum
3 sudu teh serbuk soda bikarbonat
1/2 tin susu pekat manis
3-6 gelas gula halus (ikut citarasa sendiri)
Pekakas
Loyang 9 inci
Kertas aluminium foil
Kain/tuala
Cara-Cara Membuat
Hiris halus kismis.
Kemudian, gaul bersama segelas tepung dan kismis tadi.
Pada mangkuk adunan yang berasingan, mentega dan susu diputar sehingga putih.
Guna mangkuk adunan lain lagi untuk memukul telur bersama gula hingga kembang.
Kemudian, gabungkan kedua-dua adunan tadi dan gaul sehingga sebati.
Tepung sebanyak 8 gelas ditambah perlahan-lahan dan diadun bersama adunan yang digabungkan tadi.
Selepas itu, masukkan gula hitam dan gaul lagi hingga sebati.
Akhir sekali, masukkan kismis dan kacau lagi hingga rata.
Sediakan pengukus. Gliskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan sedikit tepung.
Kemudian tuangkan adunan tadi ke dalam loyang dan tutup kemas dengan kertas aluminium foil.
Kukus kek ini selama 8 jam dengan api yang sederhana. Pastikan setiap 1 jam, pengukus diperiksa, lapkan air pada penutupnya (sebaik-baiknya tutup guna tuala). Jangan lupa tambah air kukusan jika berkurangan.

Resepi Kek Coklat Basah

Sumber : K.Liza (tq K.Liza.... )
Bahan
180 gm butter
250 gm gula kastor
3 biji telur
300 gm air
250 gm tepung gandum
50 gm serbuk
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonate (Ayak bhn2 y dboldkan)

Cara:
1. Gula dan butter dipukul sehingga kembang dan gebu.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan tepung gandum dan kahirnya masukkan air pula.
4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan 180'C selama 50 -60 minit.

Topping Coklat
250 gm cooking coklat
30 gm cocoa butter

Cara
1. Masukan bahan dlam periuk kecil.
2. Panaskan periuk kecil dalam periuk/pan yg lebih besar yg berisi air dan sentiasa kacau supaya coklat larut. 3. Sejukkan sebentar supaya coklat agak pekat.
4. Curahkan perlahan atas kek cokalt dan ratakan dengan spatula kek dan gunakan sikat kek untuk membuat corak.
5. Hiaskan topping mengikut kredibiti sendiri.

KUIH ASAM GUMPAL

Bahan-bahan
500 gm sagu mata ikan
1 biji kelapa [3 cawan santan
1 s/b halba2 cm halia [hiris]
2 ulas bawang merah [hiris]
1 cawan kacang hijau1 cawan gula
Cara:
1. Kacang hijau direbus sehingga empok dan nampak pecah.
2. Bila nampak agak kering masukkan gula dan kacau sehingga kering betul.
3. Tutup api dan biarkan sejuk.
4. Bulatkan inti kacang hijau dan ketepikan.
5. Sagu direndamkan dan toskan. Siramkan dengan air panas dan kacau rata.
6. Kepalkan sagu dan masukkan inti kacang hijau tadi.
7. Letakkan dalam kukusan. Kukuskan sagu sehingga masak.[lebih kurang 20 minit]
8. Masakkan santan dengan halia, halba, bawang merah dengan api perlahan sehingga mendidih.
9. Masukkan sagu dan masakkan sebentar.
10. Sejukkan dan hidangkan

sumber dari : http://jaya31.blogspot.com