Tuesday, February 24, 2009

Kurma/ Kismis / Madu

Sabda Rasulullah s.a.w
"Berilah makan buah kurma kepada
isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu
memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan
itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta
cerdas pemikirannya."
Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin
Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan
memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan
memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi
dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit
bayi.
Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah
kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.
Buah kurma tidak mengandungi gula yang
merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w.
Puan janganlah risau kerana takut diserang
kencing manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2
yang lain puan jauhkanlah.
Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana
ianya mengandungi banyak khasiat.
1) KURMA
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang
tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya
kurang sehat".
NabiMuhammad SAW bersabda: "Berilah makanan
kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan,
sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya
menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih
hatinya)".
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma
adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat
mensirnakan pengaruh sihir".
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang
memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari
itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak
diganggu setan".
Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda:
"Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka
cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".
2) KISMIS
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa
memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum
sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa
penyakit kecuali kematian".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah
memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan
kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir,
menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan
saraf dan menghilangkan letih".
Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan
21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada
jasadnya suatu yang tidak disenangi".
Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat
menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan
panas dan memulihkan kesehatan jiwa".
Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi
disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan
menyehatkan jiwa".
3) MADU
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa
minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat
Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77
penyakit".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa
ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum
madu".
Nabi Muhammad SAW
bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah
madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan
menghilangkan dingin yang ada di dalam
dada".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah
meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai
obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70
Nabi".
Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu
adalah obat
dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya,
ia
dapat menghilangkan lendir dan membersihkan
hati".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau
bersabda:
"Rasul saw sangat menyenangi madu".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau
bersabda:
"Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat
yaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

Sedikit pedoman buat tatapan. Dalam sebuah riwayat menceritakan pada masa dahulu, ada seorang lelaki sangat alim lagi warak. Lelaki itu menceritakan t

Petikan email dari Noor Azalina Mat Jali/UITM/Terengganu

Sedikit pedoman buat tatapan. Dalam sebuah riwayat menceritakan pada masa dahulu, ada seorang lelaki sangat alim lagi warak. Lelaki itu menceritakan tentang suatu kejadian ngeri yang dihadapi oleh seorang lelaki yang tinggal sekampung dengannya ketika menemui maut.
Selepas dikapan dan disembahyangkan, jenazah lelaki itu pun dibawa ke tanah perkuburan untuk disempurnakan pengkebumiannya. Semasa jenazah itu sampai di tanah perkuburan, keadaan dan suasana di situ begitu sepi sekali. Manakala liang lahatnya sudah sedia menanti di depan untuk dikebumikan jenazahnya.

Kemudian kaum kerabat dan sahabat handai lelaki berkenaan menurunkan keranda mayatnya perlahan-lahan ke dalam liang lahad tersebut. Sebaik sahaja mereka hendak meletakkan jenazah itu, tiba-tiba mereka begitu terperanjat apabila terlihat seekor binatang yang sama bentuknya seperti kucing sudah berada di dalam kubur itu. Apabila melihat binatang berkenaan, para jemaah terperanjat dan tercengang. Inilah pertama kalinya seekor binatang berada di liang lahad, menunggu mayat di kebumikan.

Beberapa orang dari kaum kerabat cuba menghalau binatang tersebut tapi hampa malah binatang itu terlalu bengis dan gerun,kukunya yang tajam mencakar-cakar batang kayu yang dijolok ke arahnya. Binatang itu tetap berdegil dan terus bertahan di dalam liang itu dengan mata yang memancar-mancar menampakkan kebengisan laksana harimau yang memerhatikan mangsanya.
Akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk menggali satu liang lahad yang baru bagi mengelakkan jenazah disimpan bersama-sama binatang misteri itu. Setelah siap digali dan para jemaah pun mengangkat jenazah ke arah liang lahad dan cuba menurunkan keranda perlahan-lahan.

Alangkah terkejutnya mereka apabila didapati binatang ganjil itu sudah pun berada
di dalam lubang itu. Setelah gagal mengusir binatang itu buat kali keduanya, akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk mengkebumikan jasadnya dengan binatang tersebut.

Sebaik saja tanah ditimbus separuh liang lahad, para jemaah terkejut bila satu bunyi yang menghairankan keluar dari kubur tersebut. Bunyi itu seakan-akan daging dan tulang jasad si mati itu dicakar dan dipatahkan oleh binatang buas, bunyinya amat menakutkan setiap yang berada di tanah perkuburan itu.

Seorang alim lalu menemui isteri lelaki itu dan bertanya adakah ada perbuatan yang buruk pernah dilakukan oleh si mati semasa hayatnya. Isteri lelaki itu lalu memberitahu yang suaminya merupakan seorang lelaki yang baik budi pekertinya, tetapi sepanjang perkahwinan mereka, suaminya itu tidak pernah menyucikan dirinya dengan "mandi hadas" setiap kali selepas melakukan persetubuhan.

Dalam riwayat lain, orang yang tidak mandi hadas Junub/besar) apabila dia mati, mereka ini akan diberikan pakaian hina dan terlaknat dari neraka. Mandi junub adalah satu mandi yang sangat dituntut dalam Islam.

Walaupun sesetengah orang kita memandangnya remeh tapi ketahuilah azabnya tak kurang pedih dan kalau nak rasa...Sila-silakanlah......