Thursday, January 29, 2009

Mengapa lidah kelu disaat kematian

sekadar renungan

Assalamualaikum wbt.
Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yang dirahmati ALLAH SWT,

Mengapa lidah kelu disaat kematian?

Tetapi kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang
tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak,
hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya
mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'. Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita
tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan,
Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah
kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahailla! llah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi
mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa
sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

No comments: