Friday, June 26, 2009

Melayu Kawin Masa Cuti Sekolah

From: Abu Hasan Ahmad
Dalam tidak sedar, kita orang melayu banyak menghalalkan adat. Untuk menghalalkan adat, maka keluarlah dalil-dalil sama ada dari hadis, quran dan kata-kata ulamak. Ulamak pula ada juga banyak jenisnya, seperti ulamak part time, ulamak makan gaji, ulamak pondok (otrodok), ulamak moden dan sebagainya. Ada juga ulamak Dr. sama ada Dr. dalam bidang agama, Dr. perubatan, Dr.Pakar Motivasi yang dijadikan Idola oleh orang melayu. Artis juga menjadi ulamak rujukan bagi sesetengah kita dalam menjalankan hidup seharian. Berbalik pada orang Melayu kawin masa cuti sekolah ada adat yang orang melayu takut tukar... mesti nasi minyak. dan macam-macam lagi le. Alkisah maka berkahwinlah pasangan orang kita masa cuti sekolah...... Semua nak jadikan majlis perkahwinan itu very happening, gah dan sebagainyalah.....

Bermulalah akad nikah dalam mesjid, bila Mawi cium dahi Ikin di Mesjid Sultan Abu Bakar, maka semua orang kita nak ikut macam Mawi. Sekarang cium batal air sembahyang di tangan dan di dahi.. lama lama cium mulut pula kita dalam mesjid masa acara akad nikah. Tok kadi tak boleh buat apa-apa sebab dia dapat upah nikah. Tok imam pun tak boleh buat apa-apa. Kemudian bermulalah acara bersanding, sebiji macam orang hindustan siap tepung tawar. Sunnah orang India beragama Hindu Zaman pak abu muda-muda dulu awal 80an. Ramai ulamak cakap haram tiru budaya hindu, tapi pasal semua orang buat, artis buat, datuk buat, kerabat kerabat buat, maka halal balik acara sanding-sanding. Ulamak pun diam aje.

Businessmen pun suka boleh buat pentas sanding, bunga, hiasan, set yang mahal-mahal buat tontonan orang yang datang majlis. Mak andam dan pak andam pun bersyukur alhamdulillah, dapat solek pangantin...ambik masa berjam-jam. Start jam 11.30 pagi dan siap jam 1.30pm. Coz dah janji dengan kumpulan kompang berarak kerumah pengantin jam 2.00. Lambat tak boleh, sebab banyak rumah buat kenduri serentak.

Solek punyalah tebal, yang hitam manis jadi putih kuning dsb. Pasal tebal sangat maka tak bolehlah ambik air sembahyang. Maka masa azan zohor ramailah pangatin,pengiring, mak andam, bapak mak pengantin yang tak sempat sembahyang. Masa ni orang tengak pacak datang bertandang.Bila bertandang, maka sukalah sebab ramai orang datang, maka besar kemungkinan pulangan lumayan..balik modal investment berpuluh ribu. Puaslah hati.

Malam boleh kira anak beranak. Dalam mengira maka ada juga orang masukkan tisu dalam bekas wang sumbangan. Jadilah isu, riuh satu kampung ngutuk orang menyumbang duit tisu dsb. Bila nyumbang-nyumbang ni, kawan teringat majlis kawin orang Cina, sebiji sama.... tetamu mesti menyumbang duit. Orang Cina lagii hebat.... Jadi budaya angpau kawin tu Sunnah Cina ke. Keluar pula dalil, hasrat bantu membantu sesama Islam. Orang Melayu ambil rasuah pun sama juga cakap....saling bantu membantu, aku tolong kau, kau tolonglah aku.

Dalam kira mengira selepas majlis, maka keluarlah jumlah puluhan ribu telah digunakan dalam majlis kawin tadi. Orang start compare... Mawi habis brapa? Erra Fazira habis brapa? Pak cik sana habis brapa? Maka terjadilah perbualan itu di sana sini seolah-olah perbelanjaan itu memang sepatutnya dilakukan. Ada kawan Indon pak abu, menyatakan kami orang kampung Indon bergadaian puluhan juta rupiah untuk naik Haji atau naik Umrah. Kenduri Nikah buat biasa-biasa saja sekadar termampu.

Soalnya, priority hidup adalah selepas nikah kahwin dan bukannya acara nikah kahwin.Persoalan yang pak abu nak cakap adalah ... betapa taksubnya kita pada adat... yang menunjukkan kepada semua iaitu betapa taksubnya orang kita nakkan benda-benda yang suka-suka, hiburan, majlis gah, menunjuk2, attention seeker dan sebagainya. Kita merupakan pengunjung taksub majlis Jomheboh, konsert, pasar raya, jualan murah, AF7, dan apa-apa saja asal kita happy.

Masa bertugas di company Cina dulu, Pak Abu sorang aje Melayu, bila nak promosi GM cina cakap, "Apa susah-susah nak promosi pada orang Melayu, panggil satu artis, buat pertandingan Karoeke, kasi free gift hampers, Hadiah sikit-sikit, panggil RELA tak ada bayar punya, all... set. Melayu mesti datang. Hadiah pen sebatang pun semua Melayu datang"... Masa tu gugur semangat Pak Abu, menerima hakikat sebenar bangsa kita.

Jadi nak kawin masa cuti, kawinlah anak-anak. berpada-padalah. Tak payah grand sangat. Apa kata larikan satu ribu join kursus penjaggaan anak, kursus mana-mana le, beli buku rujukan banyak-banyak dan sebagainya. Belajar ilmu sains permakanan agar kita sihat dan bila anak terhasil selepas bersama diharap dapatlah yang kuat-kuat dan sihat-sihat. Jauhkan berhutang kerana nak kawin. Puluhan ribu tu kalau digunapakai tempat lain adalah lebih baik. Pergilah honeymoon. Orang melayu suka honeymoon kat rumah orang tua.......je. Pergilah umrah. Jadikan muka untuk beli kereta atau ASB atau beli rumah. Budaya senang, budaya kuat subsidi didalam darah daging kita perlu dikikis....zaman subsidi akan berlalu. Masa itu kita perlu kuat segalanya sebab kalaun kita lemah maka tangan yang di atas adalah tangan apek tua, tangan orang kafir.... dimana walaupun tangan dibawah itu ustad, pak aji ke.... tangan atas tadi lebih baik dari tangan di bawah. Betapa hebat majlis yang kita lakukan... yang OK dapat habuan adalah orang lain...Atau pernahkan kita buat statistik berapa kilogram nasi dan lauk dibuang di majlis perkahwinan orang Melayu.Pak Abu tak pandai agama.. sekolah pun kat Methodist Boys School.. sekolah mubaligh kristian masa tahun70an. Jadi kalau silap minta maaf....

Setelah merantau jauh dan bercampur pelbagai bangsa, pak abu merasakan macam ada tak kena kalau kita over-over buat majlis kawin, dan macam tak kena kalau semua kawin dalam masa tertentu dalam setahun...... baka yang keluar takut perangai sama je walaupun muka lain-lain.....Pak Abu lagi risau bila ramadan dan syawal datang tak lama lagi ni...

Sunnah orang kita dalam menyambut bulan ni amatlah menakutkan. Budaya duit raya pun Sunnah kita yang mengajar budak-budak kecik suka minta duit dan tak ada malu.. Bila besar maka jadi pakar pula minta rasuah.... niat asal baik... natijah macam tak kena le. harap komen balik aduhai anak-anak yang pandai semua.Allah lebih mengetahui...

No comments: