Wednesday, November 16, 2011

kek lumut sarawak(kukus)

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum (diayak)
1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus
250 g mentega
4 biji telur A
pewarna hijau secukupnya @ Pandan Emulco
4 sudu besar seri kaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla
Cara-cara
Sediakan pengukus dan didihkan air.
Griskan Loyang dengan mentega dan taburkan sedikit tepung.
Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna kelajuan sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
Masukkan susu dan serikaya. Pukul lagi
Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan
Tuangkan adunan ke dalam Loyang ( loyang 7 ” x 7 ” ) dan tutupkan dgn kertas foil.
Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)
***jika suka, blend gula halus seperti gula ising supaya cepat hancur & gebu semasa diputar dgn mentega

sumber dari http://resipi.mustaffa.org/

No comments: