Wednesday, November 16, 2011

Kek Tradisional Sarawak Hati Parek

sumber dari http://resipi.mustaffa.org
Bahan-bahan
10 biji telur Gred A (6 biji – putih + kuningnya & 4 biji – kuning sahaja)
8 sb gula hitam/browning sugar
600 g kismis hitam
16 oz mentega
9 gelas tepung gandum
3 sudu teh serbuk soda bikarbonat
1/2 tin susu pekat manis
3-6 gelas gula halus (ikut citarasa sendiri)
Pekakas
Loyang 9 inci
Kertas aluminium foil
Kain/tuala
Cara-Cara Membuat
Hiris halus kismis.
Kemudian, gaul bersama segelas tepung dan kismis tadi.
Pada mangkuk adunan yang berasingan, mentega dan susu diputar sehingga putih.
Guna mangkuk adunan lain lagi untuk memukul telur bersama gula hingga kembang.
Kemudian, gabungkan kedua-dua adunan tadi dan gaul sehingga sebati.
Tepung sebanyak 8 gelas ditambah perlahan-lahan dan diadun bersama adunan yang digabungkan tadi.
Selepas itu, masukkan gula hitam dan gaul lagi hingga sebati.
Akhir sekali, masukkan kismis dan kacau lagi hingga rata.
Sediakan pengukus. Gliskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan sedikit tepung.
Kemudian tuangkan adunan tadi ke dalam loyang dan tutup kemas dengan kertas aluminium foil.
Kukus kek ini selama 8 jam dengan api yang sederhana. Pastikan setiap 1 jam, pengukus diperiksa, lapkan air pada penutupnya (sebaik-baiknya tutup guna tuala). Jangan lupa tambah air kukusan jika berkurangan.

No comments: